CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Impian Intan Ladyana tercapai

23-7-2013 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15377| Komen: 47

Description: Setelah tujuh tahun menjadi anak seni, pelakon cantik berdarah kacukan Melayu-Siam, Intan Ladyana kini boleh tersenyum riang apabila impiannya untuk bergelar penerbit akan menjadi kenyataan.


Setelah tujuh tahun menjadi anak seni, pelakon cantik berdarah kacukan Melayu-Siam, Intan Ladyana kini boleh tersenyum riang apabila impiannya untuk bergelar penerbit akan menjadi kenyataan.

Menurut Intan, sebagai permulaan dia bakal menerbitkan sebuah telefilem dan bakal menjalani penggambaran hujung bulan ini.

“Saya ada projek istimewa ketika bulan puasa ini, yang terpaksa saya jalani penggambaran hujung bulan ini, kerana saya berharap ia akan ditayangkan selepas Aidilfitri nanti.

“Memandangkan ini projek pertama dan ‘first baby’ saya, saya sendiri akan berlakon dan ini pula projek kecil-kecilan. Ini merupakan projek kerjasama dengan rakan saya dan kami juga sudah beberapa bulan merancang tentang projek ini,” ujarnya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut Intan, dia sudah lama memasang impian untuk menjadi penerbit dan setelah segala perancangan dilakukan, barulah dia bersedia berkongsi berita gembira ini.

“Saya memang dah lama mengimpikan untuk menjadi penerbit dan apabila saya dah dapat slot dari stesen TV, pelakon juga sudah ada dan hanya tinggal beberapa 20 ke 30 peratus yang perlu disiapkan, barulah saya berani berkongsi.

“Risau juga jika beritahu awal-awal dan perkara ini tak jadi, orang akan kata saya ini cakap tak serupa bikin pula,” katanya.

Intan berkata, selain akan memasuki set penggambaran, dia juga lebih menumpukan majlis-majlis berbuka puasa kali ini, kerana dengan cara ini dia dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah, jadual saya hampir penuh dengan undangan berbuka dan pada bulan puasa inilah kita berpeluang mendekati anak yatim, golongan kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka,” katanya yang akan muncul dengan filem Adnan Sempit 3 pada hari raya Aidilfitri nanti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkaddict 23-7-2013 04:57 PM
OoooooOooOoooo impian terbit drama..
Ingat impian kawen dlm taman ke hape tadi..
Quote LoVe1412 23-7-2013 05:04 PM
cantik sangat dia ni..i like!!!
Quote timahterung 23-7-2013 06:50 PM
LoVe1412 posted on 23-7-2013 05:04 PM
cantik sangat dia ni..i like!!!

btoll ke masa dngn  kevin zuhri dulu tue diorang asik  berzina jehhk??
Quote AdamBillionaire 23-7-2013 07:01 PM
timahterung posted on 23-7-2013 06:50 PM
btoll ke masa dngn  kevin zuhri dulu tue diorang asik  berzina jehhk??

kevin zahri tu siapa? fitness punya coaching ye? yang selalu ajar orang kuruskan badan tu ke/
Quote edoraixora 23-7-2013 07:09 PM
bile la kamal adli nk msuk mminang die ni
dok bercinta lelame kang bosan pulak
Quote timahterung 23-7-2013 07:22 PM
AdamBillionaire posted on 23-7-2013 07:01 PM
kevin zahri tu siapa? fitness punya coaching ye? yang selalu ajar orang kuruskan badan tu ke ...

Iyork   yg fitness coach tue, diorang mase kapel dulu selalu  'projek'
Quote AdamBillionaire 23-7-2013 07:50 PM
timahterung posted on 23-7-2013 07:22 PM
Iyork   yg fitness coach tue, diorang mase kapel dulu selalu  'projek'

kevin zahri tu bukan dh nikah ke? ada bini? mana kau tahu selalu projek? ada video ke?
Quote batman_2007 23-7-2013 07:57 PM
Nk jugak bunyi kacuk.
Dgn siam pun jadi la
Quote xdielzx 23-7-2013 08:01 PM
AdamBillionaire posted on 23-7-2013 07:50 PM
kevin zahri tu bukan dh nikah ke? ada bini? mana kau tahu selalu projek? ada video ke?

Dulu ada gambar "pelanduk dua serupa" katanya...

tu la igtkan impian kawin.. Bertahun2 dah bercinta org lain kawin beranak cerai habis semua dah
Quote leon_mclaren78 23-7-2013 08:04 PM
oooooo...ingatkan impian beli rumah banglo 5 tingkat...
Quote timahterung 23-7-2013 08:27 PM
AdamBillionaire posted on 23-7-2013 07:50 PM
kevin zahri tu bukan dh nikah ke? ada bini? mana kau tahu selalu projek? ada video ke?

mase blom kawen dulu orang cakap diorang selalu  'bersenam' sama-sama   Nak bideo tanya intan, kut-kut dia simpan dlm hardrive dia
Quote timahterung 23-7-2013 08:30 PM
xdielzx posted on 23-7-2013 08:01 PM
Dulu ada gambar "pelanduk dua serupa" katanya...

tu la igtkan impian kawin.. Bertahun2 dah berc ...

jawapan  klice  artis , bila dah kantoi '"OH! Itu bukan saya, tapi pelanduk dua seropa "  walaupun sah-sah dialah orangnya. Lana nordin kantoi tak posa pun bleh guna alasan sama
Quote AdamBillionaire 23-7-2013 08:32 PM
timahterung posted on 23-7-2013 08:27 PM
mase blom kawen dulu orang cakap diorang selalu  'bersenam' sama-sama   Nak bideo tanya intan ...

urm. aku cm nk tgk tp nasib baik ni bulan puasa. aku pun nk delete dosa. topup pahala.. insya Allah nafsu ku mampu di kawal lg.. kalau nk tgk tgk bini punya je.. nak skill dugong pun xpe
Quote moyas 23-7-2013 08:45 PM
Hingat impian haper la tadik
Quote kakikuDibibirmu 23-7-2013 08:48 PM
gosip yang tak berbaloi untuk diambil tahu
Quote ninnamina 23-7-2013 08:49 PM
dia ni banyak belakon jd heroin pilem.. tp sendu gak.


BTW suka dgn kulit dia bersih je..
Quote mitnick 23-7-2013 09:02 PM
puteri himpian?
Quote prettyuglybabe 23-7-2013 09:07 PM
ingatkan kamal adli dah masuk meminang.. rupanya cerita lain
Quote jerukkedondong 23-7-2013 09:23 PM
Intan..tshun ni raya balik Bangkok ke..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.291894 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top