CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pembikin Filem Dakwa Leo Burnett Malaysia Ciplak Ideanya Untuk Iklan Petronas 'Rubber Boy'

27-6-2016 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7174| Komen: 12

Description: Syarikat pengiklanan Leo Burnett Malaysia mendapatkan nasihat undang-undang..

Oleh : Dean BZ


Syarikat pengiklanan Leo Burnett Malaysia mendapatkan nasihat undang-undang kerana menghadapi kritikan daripada pembuat filem yang mendakwa filem bertajuk 'Rubber Boy' adalah hasil ciplak idea dari pembuat filem tersebut.



Leo Burnett Malaysia menghasilkan iklan yang mengisahkan cerita seorang ibu dan anaknya yang mengharungi suka duka kehidupan itu bagi pihak Petronas.

Memetik dari AstroAwani, perkara ini didedahkan oleh pembikin filem untuk Da Huang Pictures, Tan Chui Mui, menerusi beberapa kenyataan yang dimuat naik di Facebook.


Loading FB Post...

Antaranya, beliau berkata idea itu berdasarkan pengalaman kawan beliau ketika kecil, di mana ibunya seorang penoreh getah.

Rubber boy


“Pasukan saya telah memberikan kertas cadangan termasuk senarai pelakon, lokasi, filem rujukan, dan skrip penuh kepada pihak agensi (Leo Burnett). Cadangan itu untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas tahun 2015.

“Tahun itu cerita kami tidak dipilih dan tiada iklan Tahun Baru Cina Petronas pada tahun itu.

“Namun, Leo Burnett menggunakan cerita kami untuk iklan Tahun Baru Cina Petronas 2016. Kami sangat terkejut. Ini lebih daripada mencuri jalan cerita kami, katanya ketika dihubungi pihak Astro AWANI ketika diminta penjelasan lanjut.

Beliau turut menjelaskan bahawa penulis skrip John Cho We Jun dan penerbit Beatrice Leong ada berjumpa dengan pihak Leo Burnett pada bulan Februari.

“Saya tidak hadir ke mesyuarat itu kerana sedang hamil.

“Namun, pasukan saya diberitahu bahawa kami tidak boleh saman pihak Leo Burnett di bawah undang-undang Malaysia.

“Saya pun tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang kecuali jika ia dapat mengubah industri kreatif.

Tambahnya, sesi pitching merupakan proses yang paling sukar kerana harus menghasilkan idea atau jalan cerita untuk dipersembahkan.

“(Pekerjaan) kami diambil mudah dan juga tidak dibayar ketika proses pitching,” katanya.

Penulis skrip John Cho We Jun meluahkan kekesalan Leo Burnett tidak mahu mengiktiraf bahawa video ‘Rubber Boy’ merupakan dari idea asal Chui Mui.

“Jika tidak silap, idea asal bertajuk ‘Growing Up’. Ia berkisah tentang seorang lelaki yang teringat kembali tentang hubungan beliau dan ibunya, seorang penoreh getah.

“Walaupun ada babak dan tema utama telah bertukar, ia tetap filem yang sama. 

“Ia adalah adil untuk mendapatkan pengiktirafan yang sepatutnya untuk pekerjaan kami,” jelasnya.

Tan Chui Mui


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Group Malaysia Tan Kien Eng telah membalas status Chui Mui.  Katanya, beliau mahu berjumpa Chui Mui untuk memahami situasi ini sebelum mengambil tindakan.

“Saya tidak menyokong plagiarisme. Saya telah menghubungi pasukan saya setelah diberitahu tentang status ini dan penulis Leo Burnett telah menjelaskan sisi beliau.

“Saya ingin berjumpa kedua-dua pihak untuk memahami situasi ini sepenuhnya sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya di Facebook. 

Leo Burnett telah menciptakan banyak filem sempena perayaan untuk Petronas yang mana sudah selama hampir dua dekad.- CARI.








Sumber - AstroAwani/mumbrella.asia

15

Bagus
22

Marah
7

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Euro_2016 27-6-2016 10:13 PM
Kesian....
Quote shark 28-6-2016 11:09 AM
bukan ke video2 raya petronas arwah yasmin ahmad yang buat?
Quote chinta89 28-6-2016 12:20 PM
gegeh ciplak utk ape?
Quote Decaffeinated 28-6-2016 01:01 PM
shark replied at 28-6-2016 11:09 AM
bukan ke video2 raya petronas arwah yasmin ahmad yang buat?

Leo Burnett tu nama company she worked for.

Quote palmolive 28-6-2016 07:13 PM
Buat la iklan lain...Raba Boy ker
Quote minah_kidal 29-6-2016 08:52 AM
iklan raya petronas da keluar ke?
Quote supernaturalee 29-6-2016 10:27 AM
kenapa skrg br keluar ni


Quote alesandra 29-6-2016 10:31 AM
dah tiba masanya iklan raya kena ceria,kelakar.tolongla tukar mentaliti.
Quote johnazizul 29-6-2016 10:53 AM
Kenapa xtunggu diwali je baru buka mulut kak...
Quote brown_pupil 29-6-2016 01:16 PM
Kenapa time raya baru nak buka mulut, sedangkan iklan ni masa CNY?

bTW, kalau betul LB ciplak idea dia, memang haruslah dia meroyan. Zaman arwah Yasmin ada dulu, gaji dia untuk come out with the advertising idea dalam 8K - satu jam. Baru nak kuar idea, belum shoot lagi..
Quote turboturtle 1-7-2016 11:49 AM
Cash kepada Leoburnett & kampeni advertising kokesen di malaysia, semenjak makin racist idea design & iklan makin sendu, yg bagus ditendang.
Quote nonok22 15-7-2016 01:04 PM
Ciplak kerrrrr

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.161489 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top