CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Adik Dipaksa Gosok Kemaluan Sepupu Hingga Keluar Cecair Macam "Susu"

28-6-2016 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 42913| Komen: 37

Description: Kes melibatkan jenayah seks ke atas kanak-kanak atau....

Oleh : Dean BZ


Kes melibatkan jenayah seks ke atas kanak-kanak atau dikenali sebagai pedofilia semakin membimbangkan dunia termasuklah di negara kita.



Seorang pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard berpendapat bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual.


Kisah seorang pengadu yang dipetik dari perkongsian di PIXEL MEDIA ini wajar dijadikan pengajaran buat semua tentang apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan kes melibatkan pedofilia.. Adakah hanya berdiam diri andai kata pelaku merupakan kalangan kaum keluarga? Jom baca kisah ini.


Assalamualaikum admin. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan. Minta hidekan nama saya. 

Kisah yang hampir serupa berlaku seperti kes kanak-kanak perempuan yang dicabul ahli keluarga mangsa, kes pedofilia. Kes saya pula, mangsa ialah adik lelaki saya yang berusia 7 tahun. Pelakunya adalah anak kepada makcik saya, kakak ibu saya. Kejadian berlaku pada pertengahan tahun lalu (2015).

Kami tinggal bertiga sahaja, memandangkan bapa sudah lama meninggal dunia. Ibu dan saya mempunyai pekerjaan masing-masing. Jadi, setiap kali adik pulang dari sekolah, dia akan menumpang di rumah makcik. 

Satu malam itu, adik saya mengadu yang anak makcik melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap adik saya. Pada mulanya saya fikir positif, mungkin anak makcik hanya sekadar bergurau dengan adik. Tetapi bila ditanya lebih lanjut, adik beritahu yang dia dipaksa untuk menggosok kemaluan anak makcik saya itu sehingga mengeluarkan cecair seperti susu. Bukan itu sahaja, dia juga cuba memasukkan kemaluannya ke dalam punggung adik saya. Tetapi cubaannya untuk berbuat demikian gagal. 

Terkejut mendengar pendedahan adik ini, saya dan ibu terus membawa adik melakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian dari doktor. Doktor pula menyarankan agar kami membuat laporan polis. Ya, kami buat laporan polis dan menceritakan satu persatu tentang kejadian yang menimpa adik saya. Pada malam itu juga, pelakunya ditahan untuk disoal siasat di balai. 

Reaksi keluarga yang lain?

Mereka menyalahkan kami kerana bertindak terburu-buru membuat laporan polis. Mereka menuduh adik mereka-reka cerita! Takat mereka cerita itu memang terbaiklah kan sebab detailnya memang terlalu detail. Ibu saya menerima desakan yang sangat hebat. Keluarga makcik datang merayu-rayu meminta kami menarik balik laporan polis kononnya malu. Keluarga yang lain pula sibuk nak menyalahkan ibu saya. 

Bayangkanlah ibu tunggal ditentang hebat seperti itu. Masa inilah betapa saya mengharap sangat yang ayah ada disisi. Akhirnya, ibu saya menarik balik laporan polis akibat desakan melampau dari sanak saudara. 

Akibatnya, saya dan ibu agak lama tidak bertegur sapa kerana saya kecewa dengan tindakan ibu yang membiarkan nasib anak semata-mata kerana lebih mengutamakan adik beradiknya yang lain. 

Saya pernah bertanya pada polis yang tugas, apa yang akan terjadi kalau laporan polis ditarik semula. Sarjan itu menjelaskan bahawa kes itu tidak akan dilepaskan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan turut sama memantau. Kononnya. 

Jangan percaya. Kes adik saya senyap begitu saja. Selepas 6 bulan kejadian, barulah JKM sibuk nak bertanya. 

"Kami dimaklumkan report dah ditarik balik ya?"

6 bulan selepas kejadian baru kau sibuk nak bertanya?! Dan sampai sekarang kes jadi senyap saja. Maaflah, saya tidak pernah percayakan polis. Di kawasan perumahan kami, aktiviti hisap gam, dadah, perjudian serta aktiviti yang tidak bermoral terlepas begitu sahaja. Iyalah, selagi tiada yang mati, buat apa nak ambil peduli? Maaflah, memang bukan semua polis begini, tetapi pada masa di kawasan saya, begitulah mereka.

Saya berharap undang-undang berkaitan hukuman ke atas pedofilia ini diberatkan lagi. Kalau boleh, gantung sampai mati pun tak apa. Golongan seperti ini tidak layak duduk atas muka bumi, merosakkan zaman kanak-kanak. 

Untuk para ibu bapa yang lain, tolong jaga dan pantau anak-anak anda. Anda tempat mereka mengadu dan percaya. 


Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sifat mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak atau pedofilia adalah sejenis penyakit mental. Jadi sama-samalah kita mencegah "golongan sakit mental" ini agar tidak terus bercambah di bumi Malaysia ini. Laporkan jika terdapat kes seperti kisah diatas tanpa mempedulikan samada pelaku adalah ahli keluarga atau tidak. 

Salah tetap salah, pesalah perlu menanggung akibat dari perbuatan jijik yang dilakukan. Jika hari ini dilepaskan, esok lusa masih tiada jaminan untuk si pelaku itu tidak mengulangi jenayah seks ke atas kanak-kanak. Tanpa pengajaran dan hukuman, manusia "rosak mental" memang sukar untuk berubah. Fikir-fikirkan lah. - CARI.



24

Bagus
35

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 28-6-2016 01:26 PM

elok poteng je konek pedo2 cilake tu
Quote aduh2sayang 28-6-2016 01:43 PM

geram betul baca berita2 macam ni. sakit hati kenapa ada manusia gila seks macam ni..memang mental sangat
Quote Emperor95 28-6-2016 01:49 PM
memang penyakit mental betul
Quote clarizsa 28-6-2016 03:07 PM
itulah hakikatnyaa.. segala2 dlm cerita di atas berlaku di msia sejak sblum zaman viral lagi..

tekanan ahli keluarga etc... mangsa mmg sgt malang..

melampau betul..

dan paling hebat di msia, kanak2 asyik dituduh penipu dan mereka cerita.. xmau percaya.. akibatnya penjenayah bersuka ria..

sepatutnya pengadu buat repot lagi sekali lepas mak dia tarik tu.. tapi itulah, polis mmg mcm tu.. setakat marhaen biasa ni xde dorg nk peduli pun.. sekalipun mati..
Quote AMDTurion 28-6-2016 03:16 PM
Edited by AMDTurion at 30-6-2016 01:45 PM

kalo golongan keluarga sendiri dah x boleh jadi pelindung berpindah keluarlah dari situ.

mereka dah gagal sbg sanak saudara kita. sepatutnya yg membela kita.

kenapa si pelaku pula yg dibela. yg mangsa pulak teruk merima tomohan. tipikal or melayu kita mcm tulah.
Quote catalina 28-6-2016 06:54 PM
So sick!

Kesian kanak2 yg tak berdaya melawan. Kdg2 cakap mereka org tak pecaya. Famili snd tak pecaya. Kpd saper derang nk mengadu. So sad.
pedo ramai yg terlepas sbb kn isu tak pecaya ni.
Quote LuLu^Lost 28-6-2016 07:09 PM
Ya Allah...makcik siapa la tu.

lepas ni kena byk bercerita dan bertanya kat budak2 pasal aktiviti diorg. selalunya diorg mmg jujur.
Quote Esmiria 28-6-2016 08:02 PM
Huh?bru x cya polis? aku dh x cya polis ni.aku dendam dgn polis.
Quote Esmiria 28-6-2016 08:02 PM
giler pedo nie..
Quote skinsandstars 28-6-2016 08:32 PM
What the hell. Means smpai mamat tu pancut ke? Kojiaq btl.
Quote Super-M 28-6-2016 08:32 PM
Anak aku dr kecil dah ajar jgn bogel-bogel.lepastu beritahu bahagian yg tak boleh disentuh..

Bila dia balik tuisyen,balik dr kampung masa aku tak ada,aku akan tanya ada tak orang pegang bahagian tu.biasanya budak tak menipu,tp org tua selalu menipu dgn cuba sorokkan kebenaran
Quote dusunmind 28-6-2016 11:21 PM
Cilake la!!! Geram aku baca ceta bgni. Baik potong
Quote qronaldo7 29-6-2016 07:51 AM
air susu
Quote shark 29-6-2016 12:24 PM
pedo lagi bahaya dari perogol wanita dewasa..pada aku la
Quote kicap_madu 29-6-2016 12:36 PM
makin gila dunia nie..
Quote kicap_madu 29-6-2016 12:36 PM
shark replied at 29-6-2016 12:24 PM
pedo lagi bahaya dari perogol wanita dewasa..pada aku la

betul tue.. dahlah bdk2 tak tau apa.
Quote M.Rose 29-6-2016 02:15 PM
So sick! Di rejam sampai mati lagi bagus. Musnah kan hidup orang takpe, malu dengan perbuatan jijik boleh pulak?? :
Quote M.Rose 29-6-2016 02:15 PM
So sick! Di rejam sampai mati lagi bagus. Musnah kan hidup orang takpe, malu dengan perbuatan jijik boleh pulak?? :
Quote pooh~key 30-6-2016 09:50 AM
Luak ke sis?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.801856 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top