CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Raja Farah tunggu zuriat sendiri

25-7-2013 02:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6815| Komen: 28

Description: LUMRAH bagi pasangan berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan pelakon Aku Masih Dara, Raja Farah, 25, setelah mendirikan rumah t ...


LUMRAH bagi pasangan berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.
Begitu juga dengan pelakon Aku Masih Dara, Raja Farah, 25, setelah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum, sejak tiga tahun lalu.

Menurut Farah, sebagai wanita, dia sememangnya teringin untuk bergelar ibu, namun buat masa ini dia hanya mampu berserah pada Ilahi.

"Siapa tidak mahu anak, baik saya atau suami, masing-masing hanya mampu berdoa dan terus berusaha.

"Pelbagai jenis rawatan tradisional dan juga moden sudah kami lakukan, tapi sehingga kini masih belum ada rezeki.

"Bagaimanapun, hasil rawatan menunjukkan kami berdua tidak mempunyai masalah tentang tahap kesuburan. Mungkin ini dugaan untuk kami," ujar Farah.

Tambah Farah, sebelum ini, dia pernah merasa tertekan apabila sering ditanya tentang zuriat. Sementelah ia menjadi persoalan utama bagi sesiapa saja yang mendekatinya.

"Dulu memang saya tertekan, tetapi sekarang saya dah jadi 'lali' dengan semua itu.

"Alhamdulillah, keluarga kami sangat memahami. Mereka tidak pernah mendesak mahupun bertanya.

"Sebaliknya, mereka sentiasa memberikan kami semangat untuk terus berusaha," katanya yang pernah merancang untuk mengambil anak angkat.

Sibuk mengacara

Sempat berkongsi karier terbarunya, Raja Farah memberitahu, dia baru sahaja selesai mengacarakan program Siri Jelajah Rasa Halal Antarabangsa musim terbaru untuk saluran Astro Oasis.

Menurut Farah, dia begitu gembira ketika diberi tawaran bagi menjayakan program tersebut.

"Saya sangat teruja ketika diberi tawaran tersebut. Mengendalikan rancangan ini sedikit dapat mengenali budaya pelbagai negara yang dilawati.

"Melalui rancangan ini sedikit sebanyak saya dapat menimba pengalaman di negara orang dan memperluaskan lagi bidang pengacara dengan lebih mendalam.

"Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi pengacara pelbagai jenis seperti Soal Wanita Bual Bicara yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, tawaran yang diterima sebegini ia dapat meningkatkan lagi minat yang sedia ada" katanya.

Kata Farah lagi, gandingan bersama Akhtar Sahari mampu memberi kelainan tersendiri buat penonton.

"Rancangan yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip, sekali gus dapat menarik minat penonton," kata Farah.

Dalam pada itu, Farah memberitahu, dia masih rancak menerima tawaran lakonan meskipun sudah berhijab.

"Alhamdulillah, keputusan saya untuk berhijab tidak pernah menyekat tawaran seni yang datang.  

"Sekarang saya ada menerima lima tawaran lakonan antaranya sebuah telefilem yang bertajuk Siratul Mustaqim.

"Walaupun waktu agak terhad dan jadual saya semakin padat, namun ia tidak menghalang saya untuk menerima sebarang tawaran lakonan," katanya.

Raya di Kelantan

Ditanya mengenai persiapan menjelangnya Syawal, Farah berkata, segala persiapan belum dilakukan lagi kerana sibuk dengan kariernya dalam bidang lakonan dan juga pengacara.

Menurutnya, segala persiapan Aidilfitri akan dilakukan selepas semua kerjanya selesai nanti.

"Ini merupakan tahun ketiga saya beraya bersama suami. Keseronokannya sememangnya tidak dapat digambarkan.

"Tahun ini, saya akan menyambut raya pertama di kampung suami di Kelantan. Selepas itu kami berdua akan beraya di kampung saya di Negeri Sembilan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 25-7-2013 10:58 AM
nama megat dok kelantan..do wonder la megat2 yang aku jumpe ni tk toleran langsong..bake2 kelate kot
Quote pinky46 25-7-2013 11:01 AM
sabar la farah..insyallah 1 ari nti ad la rezeki tu.mmg tension org dok sibuk tnye2..
iollss pon tggu 2 taun br preggy..alhamdulillah sgt2..sbr ye
Quote ZaraPalarae 25-7-2013 11:04 AM
sabar farah
insha Allah ade la rezekinya nnti
suke sgt farah ni
cantik
Quote fatehana 25-7-2013 11:06 AM
banyak bersabar Farah
mudah2an akan dikurniakan jua dgn zuriat
doa dan usaha kena seiringan
Quote tapibukanaku 25-7-2013 11:16 AM
megat sibuk diving. raja farah pun sibuk kerja
sabar je nanti ada lah rezeki. usaha lebih k Last edited by tapibukanaku on 25-7-2013 11:17 AM

Quote mitnick 25-7-2013 12:42 PM
xpelah, ade rezeki nnt adelah tu
Quote lumie 25-7-2013 12:56 PM
umur die baru 25 eh? muda lg..... jgn riso lahh
Quote skun 25-7-2013 01:00 PM
bukan dulu dia ni kena speku kawin sebab pregnant, haa tu dia tak pregnant pun, sampai skarang pun tak pregnant lagi..
Quote pinkaddict 25-7-2013 01:08 PM
Adalah rezkinya tu nnt..
Qayyum kena banyak sabar, jgn diikut perangai serap muslim tu pulak..
Quote fida75 25-7-2013 01:33 PM
kesian dia... sedara-mara dia seme subo2...

lum rezeki lagi tu.. insya-Allah...
Quote RVP20 25-7-2013 01:39 PM
Teruskan berusaha & berdoa

Quote InVendeTTa 25-7-2013 03:07 PM
kira diaorg ni dah jalankan ujian kesuburan
wajarlah tak kecik hati kalo dipersoal hal baby
konfiden sikit nak jawab masalah rezeki
Quote caprut 25-7-2013 03:14 PM
lumie posted on 25-7-2013 12:56 PM
umur die baru 25 eh? muda lg..... jgn riso lahh

da xde gosip sgt pasal raja farah ni
Quote timahterung 25-7-2013 06:09 PM
cuba try Biodex
Quote honeybee1802 25-7-2013 07:06 PM
pinkaddict posted on 25-7-2013 01:08 PM
Adalah rezkinya tu nnt..
Qayyum kena banyak sabar, jgn diikut perangai serap muslim tu pulak..

yer betul2...but farah baghu 25 thn muda lagik...rezeki dari DIA gak anak ni..ada org lambat..sekali dapat berderet..
Quote maxim 25-7-2013 08:03 PM
lerww umuq 25 jah baru..muda sgt lg
Quote Bumbu 25-7-2013 08:27 PM
Muke dia ni sebijik muke anak pmpuan bekas bos aku dulu, nama dia pn Farah hihihihi
Quote munchkin 25-7-2013 08:50 PM
skun posted on 25-7-2013 01:00 PM
bukan dulu dia ni kena speku kawin sebab pregnant, haa tu dia tak pregnant pun, sampai skarang pun t ...

ha ah kan? orang main sports ni kalau berhenti je cepat gundut, especially tang perut.
Quote drlinda08 25-7-2013 09:50 PM
sabar je la Farah..
setahun dua lg dapat la kot.
yg penting jgn stress.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.189542 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top