CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Malaysia Semakin Gemar Pilih Gadis Dari Utara?

15-7-2016 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32746| Komen: 297|Original author: TuntungReturn

Description: Negara Malaysia terbahagi kepada 14 buah negeri dimana setiap negeri..

Oleh : Dean BZ



Negara Malaysia terbahagi kepada 14 buah negeri dimana setiap negeri mempunyai adat dan loghat percakapan yang berbeza.

Bercerita mengenai calon isteri pilihan lelaki Malaysia, populariti gadis dari Utara Semenanjung Malaysia tiba-tiba hangat diperkatakan. Wah! Ada apa dengan gadis utara?

Dipetik dari artikel Utusan Online, Pengurus Agensi Jodoh, Zainudin Mad Jaafar yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun menguruskan perniagaan mencari jodoh, mengakui bahawa wanita dari negeri-negeri utara lebih dicari lelaki berbanding wanita dari negeri lain.

“Saya pun tidak pasti apa keistimewaan wanita dari utara, tetapi berdasarkan pengalaman saya, lelaki banyak memilih wanita dari sana.

“Mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan,”
kata Zainudin.

Justeru, ada apa dengan wanita dari utara sehingga mencetuskan tarikan terhadap lelaki dari negeri-negeri lain untuk disunting menjadi suri rumah?

“Ramai yang sangka wanita utara ini mulut kasar, tetapi mereka tidak boleh dinilai dengan hati dan perasaan,” kata seorang pelayar, Siti Hajar Long dalam ruangan komen di Facebook Utusan Online.

Mungkin ada benarnya. Perkataan yang keluar dari mulut wanita utara serta tingkah laku mereka dikatakan agak kasar. Namun dari segi lain, ramai yang menyifatkan wanita dari utara selain cantik, bijak dalam menguruskan suami dan keluarga.


Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Zakuan Adha Abd. Razak yang memperisterikan wanita utara iaitu pelakon, Ayu Raudhah yang berasal dari Alor Setar menjelaskan, wanita utara lemah lembut, pandai memasak dan menjaga hati mertua.

“Wanita utara ini memang pandai memasak dan bijak ambil hati. Kalau cakap pasal kecantikan, itu satu bonus,” jelas Zaquan Adha.


Sementara suami kepada pelakon Almy Nadia yang berasal dari Pulau Pinang, Fizz Fairuz juga bersetuju kebanyakan wanita utara pandai memasak dan menjaga hal rumah tangga dengan baik.

“Mana-mana negeri pun saya rasa sama sahaja. Cuma mungkin kelebihan yang ada mereka pandai masak. Seperti isteri saya, cakap sahaja, semua dia tahu masak.

“Lagipun wanita utara ini cantik-cantik. Tapi, seperti saya cakap, ini semua jodoh,” kata Fizz Fairuz yang juga seorang pelakon.

Selain cantik, pandai memasak dan pandai menguruskan rumah tangga, wanita utara juga dikatakan mempunyai sifat humor dan boleh bergurau.

“Wanita utara ini kelakar. Mereka kalau marah atau membebel, keluar semua bahasa dalam loghat utara yang kadang-kadang saya tidak pernah dengar,” kata suami pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah yang juga seorang pengarah drama.

Dalam pada itu, Pensyarah Program Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Sabasiah Husin berkata, wanita utara mempuntai karakter berdikari selain rajin bekerja dan mencari rezeki.

“Apa yang saya lihat, kalau mahu melangsungkan perkahwinan di utara lebih mudah. Tidak banyak ragamnya, tidak terlalu banyak prosedurnya,”
kata Sabasiah.

Memang benar, tidak dinafikan gadis dari utara semenanjung Malaysia ramai yang cantik-cantik. Lihat sahaja kebanyakkan selebriti wanita tempatan juga kebanyakkannya berasal dari utara tanah air. Nampak gayanya jika benar apa yang diperkatakan, pasti hantaran untuk gadis utara melonjak-lonjak selepas ini? 

Apa pun, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kecantikan adalah subjektif bagi setiap orang. Betul tak? - CARI




Sumber - UTUSAN ONLINE
6

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 14-7-2016 04:33 PM
perempuan utara pandai sembang, pandai amik ati mak mertua.
Quote Orange1 14-7-2016 04:36 PM
Jgn dapat yg mcm Rita royani sudahhhh.......makannn tak habisssss kahkahkah
Quote zamzam 14-7-2016 04:38 PM
tp kulit orang utara ni karat sikit banding orang selatan.
Quote Samm_BM 14-7-2016 04:39 PM
Sesetengah orang perempuan utara kalau dah menjejak kaki ke KL atau selatan dah mula tukaq loghat KL.. Naik menyampah/meluat aku bila sama2 utara pon nak cakap KL..
Quote itik_kuning 14-7-2016 04:43 PM
zakuan yg komen? aidil taknak komen? rita dulu pun orang utagha jugekk
Quote mokcikKSKB 14-7-2016 04:45 PM
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..

patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb dia kata kalau dia jd lelaki dia xnk kawen ngan minah utara..hingaq mcm petir mulut depa. kata dia lah...aku mcm nk agree bab hingaq tu..hehe..
Quote sabbath_shalom 14-7-2016 04:46 PM
Aku pon minat pompuan Utara
Quote GhostWalking 14-7-2016 04:48 PM
mokcikKSKB replied at 14-7-2016 08:45 AM
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..

patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb ...

Tapi mokcik lelaki memula memang la suka yang senyap dan pemalu.lepas kawin point2 tu la yang derang suka komplen kat gf2 derang.bini i senyap lah xreti sembang i xboleh nak diskusi pun dengan dia.Gitewww
Quote finesse 14-7-2016 04:49 PM
mokcikKSKB replied at 14-7-2016 04:45 PM
contoh yg di bagi semua jenis x semenggah..

patut pon ada sorang minah kt twitter kena bash sbb ...

Hinyaq tu apa?
Quote sabbath_shalom 14-7-2016 04:49 PM
Streotype Orang utara....pembersih, rajin, kuat kerja, tak kenegerian sangat.
Quote ultra78 14-7-2016 04:50 PM
Betul ke orang utara ni ketagaq ?

Quote mokcikKSKB 14-7-2016 04:51 PM
GhostWalking replied at 14-7-2016 04:48 PM
Tapi mokcik lelaki memula memang la suka yang senyap dan pemalu.lepas kawin point2 tu la yang dera ...

ahaha...kalau nk menggatal bini bechok pon jd masalah bam ghost...
tp mmg belah utara jenis hingaq sket. tp hati baik...ni depa katalah.
Quote turboturtle 14-7-2016 04:51 PM
TuntungReturn replied at 14-7-2016 04:33 PM
perempuan utara pandai sembang, pandai amik ati mak mertua.

Pandai sembang sangat pun susah jugak, kaki sembang lebat, kuat bodek kaki ampu, pastu kat belakang kuat ngumpat...
p/s: aku xmaksudkan pompuan utara, aku maksudkan mana2 negeri pun ada yg macam tu.
Quote mokcikKSKB 14-7-2016 04:51 PM

typo plak..hingaq
Quote sabbath_shalom 14-7-2016 04:53 PM
Tak kenegerian sangat.. Kalau bawa balik KL, Selangor terus lupa asal usul dr Kedah.

Rajin dan Kuat kerja sampai minum ayaq ketum.

Pembersih....Sebab tu mulut diorg riuh.
Quote chazey 14-7-2016 04:54 PM
sabbath_shalom replied at 14-7-2016 04:46 PM
Aku pon minat pompuan Utara

Biseknya uol.  
Quote sabbath_shalom 14-7-2016 04:56 PM
chazey replied at 14-7-2016 04:54 PM
Biseknya uol.

Malam2 bergayut dengan mamat kedah...
Quote MeghanK 14-7-2016 04:57 PM

uols kan geyes

Quote TuntungReturn 14-7-2016 04:57 PM
mungkin faktor bhasa mudah difahami, klo amik pompuan ganu, astro beyond die tulis astro beyong

cc @dinopower

Lihat semua komen(297)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057747 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top