CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adlin Aman Ramlie Dakwa Dieksploitasi, Diperangkap

25-7-2016 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11201| Komen: 62

Description: Benar saya pernah bekerjasama dengan syarikat pelaburan terbabit, namun sebagai undangan khas untuk majlis dan acara.
oleh Adib Za

Selepas namanya turut terseret dalam satu penipuan hartanah, pelakon Adlin Aman Ramlie, 44 tampil menafikan tuduhan tersebut yang dia terlibat dengan sindiket penipuan itu. 


Adlin menganggap dirinya diperguna atau dieksploitasi oleh syarikat pelaburan tidak sah demi kepentingan mereka. 

"Benar saya pernah bekerjasama dengan syarikat pelaburan terbabit, namun sebagai undangan khas untuk majlis dan acara. 

"Tujuan saya mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan salah faham yang timbul selepas saya diminta hadir membantu siasatan. 

"Khabar angin yang mengatakan saya direman empat hari adalah tidak benar sama sekali," terangnya yang dibenarkan pulang dari siasatan dalam tempoh 24 jam. - CARI


Sumber: Berita Harian


Foto Ihsan Terbakor

9

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seattle 25-7-2016 10:43 AM
bini dia ada meroyan tak pat IG
Quote mixed 25-7-2016 11:00 AM
Ditahan Polis, Adlin Sekadar 'Kambing Hitam'
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 4:59 PM


[size=0.75em]Adlin bersama peguamnya, Shah Rizal Abdul Manan ketika hadir pada sidang media yang diadakan pada Sabtu. Foto IBRAHIM MOKHTAR

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Adlin Aman Ramlie tidak menolak dirinya menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu.
[size=0.98em]Adlin, 44, yang tampil dalam sidang media yang diadakan pada Ahad turut menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan.

"Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam," katanya pada sidang media yang diadakan di Sri Pentas di sini.

Rabu lalu, Adlin ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan dipercayai berhubung sindiket penipuan hartanah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pelakon itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Adlin akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.



[size=0.98em]Dalam pada itu, Adlin menyangkal laporan media kononnya dia ditahan reman selama empat hari sebaliknya hanya ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Alhamdulillah siasatan berjalan dengan lancar dan saya memberikan kerjasama baik kepada pihak polis.

"Cuma saya tidak direman seperti dilaporkan sebaliknya ditahan dan dilepaskan atas jaminan polis," jelasnya.

Bagaimanapun kata Adlin, dia boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk diambil keterangan jika ada keperluan berbuat demikian bagi membantu siasatan yang masih dijalankan.

Menjelaskan situasi sebenar, Adlin mengakui dia banyak terlibat dalam program berbentuk sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) namun hanya sebagai penampilan khas atau memberi ceramah motivasi.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak terlibat dalam mempromosikan sebarang bentuk agenda sesebuah syarikat MLM dan kali terakhir hadir sebagai penceramah pada Disember tahun lalu.

"Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

"Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi.

"Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Adlin berkata, dia komited untuk memberi kerjasama kerana ingin memastikan sindiket penipuan berkenaan dapat ditumpaskan sepenuhnya.

Kata Adlin, dia tidak mahu ada lagi pihak yang terpedaya dengan sindiket penipuan atau MLM yang tidak sah.

"Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

"Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini.

"Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan," ujarnya.

Sementara itu, peguam Adlin, Shah Rizal Abdul Manan berkata, tuduhan yang mengatakan Adlin turut bertindak sebagai 'mastermind' dan melindungi pihak tertentu adalah khabar angin yang masih dalam siasatan pihak polis.

"Buat masa sekarang segala tuduhan yang tersebar di media sosial adalah sekadar khabar angin.

"Ada penglibatan atau pun tidak itu biar pihak polis yang tentukan kerana mereka masih menjalankan siasatan," katanya.

Quote mixed 25-7-2016 11:04 AM
jed jadi dah bersuara
Kes Adlin Diharap Beri Pengajaran Kepada Artis Lain - Seniman
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 6:00 AM


[size=0.75em]Zed Zaidi berharap kejadian menimpa pelakon Adlin Aman Ramlie dapat memberi pengajaran kepada artis lain.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berharap kejadian menimpa pelakon Adlin Aman Ramlie yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes berhubung sindiket pelaburan haram pada 20 Julai lalu dapat dijadikan pengajaran oleh artis lain.



[size=0.98em]Presiden Seniman, Zed Zaidi, 36, berkata, mereka perlu lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran yang berkaitan sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM), pelaburan mahupun sebagai duta bagi mewakili produk bagi mengelakkan dimanipulasi sesetengah pihak.

"Apa yang berlaku kepada Adlin adalah satu pengajaran yang besar kepada artis lain agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Ini kerana artis banyak dimanipulasi oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan dan kejadian melibatkan Adlin adalah contoh terbaik," katanya.

Zed berkata demikian ketika hadir pada sidang media khas yang diadakan oleh Adlin bagi menjelaskan berhubung penahanannya di Sri Pentas di sini, Ahad.

Rabu lalu, Adlin ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan dipercayai berhubung sindiket penipuan hartanah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Adlin tampil membuat penjelasan berhubung penahanannya pada Rabu lalu.
Pelakon itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Pada sidang media berkenaan Adlin tampil menjelaskan dia tidak ditahan reman seperti heboh diperkatakan sebaliknya hanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Malah Adlin berkata, dia tidak menolak dirinya menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram itu.

Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman sentiasa terbuka kepada ahli-ahlinya untuk membuat rujukan dan pengesahan dalam pelbagai perkara bagi memastikan tidak wujud kes penipuan atau ekploitasi.

"Seperti MLM jika tidak tahu sama ada ia sah atau pun tidak, kami boleh membuat pengesahan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Banyak lagi perkara yang boleh dirujuk sekiranya ragu-ragu dan Seniman sentiasa terbuka untuk membantu," ujarnya.
Quote tompie 25-7-2016 12:01 PM
Artis dimanipulasi konon...
Kalau tak masyuk takde ahh artis2 ni nak memanipulasi..

Dia join grup ni pun bukannye free.. kompom ahh ade pengerasnye..
kira mcmana tu??
Quote mattzzx 25-7-2016 12:07 PM
biar polis selesai melakukan siasatan...
Quote yipun_78 25-7-2016 12:07 PM
Edited by yipun_78 at 25-7-2016 12:08 PM


x boleh ke komen dlm thread yg ada? berita kopipes Berita Harian je
Quote Pajeri_Nenas 25-7-2016 12:14 PM
Hang mmg kambeng
Quote atekome 25-7-2016 12:18 PM
tompie replied at 25-7-2016 12:01 PM
Artis dimanipulasi konon...
Kalau tak masyuk takde ahh artis2 ni nak memanipulasi..


A ah tkde mkna kambing hitam kalo tk dpt pymt dr sindiket nie..pastu ko pi sbg ceramah motivasi ape?? Motivasi supaya furthee study cmtuh?? Sah2 motivasi suh org join n jnji dpt pulangan ribu riban..
Quote rayna_raynes 25-7-2016 01:22 PM
mixed replied at 25-7-2016 11:00 AM
Ditahan Polis, Adlin Sekadar 'Kambing Hitam'Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 4:59 PM
  • Oleh: MOHD  ...

  • Kenapa loyer dia nama melayu wajah cam koling?

    Quote sekel 25-7-2016 01:26 PM
    awat teruk no muka bini adlin tu ?
    Quote fatehana 25-7-2016 01:37 PM
    yealah adlin, ikutlah apa yg patut dibuat
    Quote ratuiphone 25-7-2016 01:40 PM
    Aku tgk mcm dia plak yg mengeksploitasikan cerita...
    Quote mixed 25-7-2016 01:40 PM
    biar Polis siasat dia ni membongak ke x

    Polis Akan Siasat Dakwaan Adlin Dijadikan 'Kambing Hitam'
    [size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 12:33 PM


    [size=0.75em]Adlin bersama peguamnya, Shah Rizal Abdul Manan ketika hadir pada sidang media yang diadakan pada Ahad. Foto IBRAHIM MOKHTAR

    [size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

    [size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pihak polis akan melakukan siasatan lanjut terhadap dakwaan pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendedahkan dia dijadikan 'kambing hitam' dalam kes sindiket penipuan pelaburan haram yang berjaya dibongkar pada minggu lalu.
    [size=0.98em]Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Mortadza Nazarene, berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut bagi menentukan peranan selebriti tersebut dalam sindiket berkenaan.

    "Apabila kita lakukan siasatan dan keadaan pun tengah panas dia akan cakap dia dijadikan 'kambing hitam'.

    "Dia (Adlin) boleh berkata apa sahaja tetapi seperti saya nyatakan skim cepat kaya ini gunakan ikon tertentu.
    [size=0.98em]
    [size=0.98em]Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene (dua, kiri) menunjukkan barang yang dirampas pada sidang akhbar mengenai kes penipuan pelaburan skim cepat kaya di Jalan Tun Razak hari ini. Foto BERNAMA



    [size=0.98em]"Kita akan siasat sama ada dia dijadikan 'kambing hitam' atau pun tidak," katanya dalam sidang media Ops Nuri di sini, Isnin.

    Rabu lalu, Adlin ditahan di rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan dipercayai berhubung sindiket penipuan hartanah yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

    Pelakon itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

    Sementara itu, Adlin dalam satu sidang media pada Ahad menegaskan, dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan tidak menolak dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

    Selain itu apabila disoal mengenai penahanan Adlin selama 24 jam sahaja manakala 13 suspek yang lain direman selama seminggu, Datuk Seri Mortadza menjawab, polis mempunyai alasan yang tertentu.

    Quote Peya 25-7-2016 01:48 PM
    Erkkk ye ke? Mcm x percaya je .
    Quote nia_salina 25-7-2016 01:52 PM
    mixed replied at 25-7-2016 11:00 AM
    Ditahan Polis, Adlin Sekadar 'Kambing Hitam'Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 4:59 PM
  • Oleh: MOHD  ...

  • kejung nya muka si emelda
    Quote nia_salina 25-7-2016 01:53 PM
    takle blah cara dia menjawab kt melodi dia kata dia de 3 bilion.dia nak beli 1mdb
    Quote munchkin 25-7-2016 02:00 PM
    ada possibility di situ. sebab kadang syarikat2 yg problem ni gebang banyak. cerita juta situ juta sini. orang muda ni dengar juta gelap mata. nak hire bil aku yg pengalaman kerja tak seberapa suruh sign jadi director. nasib bil aku tu jenis sikit sikit nak tanya ngan spouse aku. kami terus kata NO. whatever nak sign tanya dulu kami. jangan terus nak sign. sian bil aku muda lagi dia tu. mujurlah.
    Quote -electrifying- 25-7-2016 02:59 PM
    Dari pengalaman aku lah, yg MLM ni akan hidup dgn mnipu bdk2 kolej sbenarnya...
    Mungkin dorg tgk artis ni, Datuk ni or Vvip menjadi penaung or pengasas kepada syarikat2 tu akan berkembang maju, so dorg xwas2 untuk melabur.... tgk mcm highway, mypen ke apa byk bdk2 remaja buta sbb nk duit..
    panjang lebau lak...pengalaman kwn2,...
    #antiMLM
    Quote edoraixora 25-7-2016 03:24 PM
    Apabila kita lakukan siasatan dan keadaan pun tengah panas dia akan cakap dia dijadikan 'kambing hitam'.
    polis pun macam tak berapa percaya je kt adlin ni


    Lihat semua komen(62)


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


     


     


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    24-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062251 second(s), 48 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    To Top