CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ku Bayar Tunai Dengan GST", Video Romantik Kelakar Nyanyian Tun M Dan Tun Siti

25-7-2016 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17080| Komen: 13

Description: Ketika majlis sambutan 60 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini, ..

Oleh : Dean BZ


Ketika majlis sambutan 60 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini, bekas Perdana Menteri ke empat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tampil menyampaikan sebuah "lagu sedih".


Video berdurasi 3 minit itu menjadi viral gara-gara aksi lawak spontan mereka ketika berduet menyanyikan lagu yang berjudul ‘Jangan ditanya ke mana aku pergi’, lagu nyanyian asal Kris Biantoro.

Lagu yang sepatutnya membuatkan para hadirin pasti menangis itu bertukar menjadi lawak gara-gara aksi comel Tun Siti mengusik suaminya ketika berduet mendendangkan lagu itu.

"Pandai dikau mempermainkan lidah.. Menjual madu di bibir nan marah.. Kubayar tunai dengan asmara..... Kiranya dikau racun di lara" nyanyi Tun Mahathir.

Namun ketika Tun Mahathir sedang mendendangkan bait-bait lirik lagu itu, Tun Siti sempat mencelah dengan menambah liriknya tersendiri iaitu "Kubayar tunai......dengan GST". 


Tun Mahathir dan isteri sudah tidak asing lagi dengan sikap mereka yang bersahaja dan merupakan antara pasangan romantik yang menjadi idola ramai.

Tidak diketahui pula apakah maksud sebenar Tun M memilih untuk menyanyikan lagu ‘Jangan ditanya ke mana aku pergi’ ketika sambutan ulangtahun perkahwinan mereka. 

Mungkin beliau cuba menunjukkan kekecewaan ke atas sebuah parti yang pernah dipimpin selama bertahun-tahun atau juga mungkin beliau sudah "merajuk" kerana setiap usaha gigihnya membangunkan negara sebelum ini bagaikan tidak dihargai. - CARI.



14

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 25-7-2016 12:17 PM

hak ah lagu ni sedih sangat..

ni versi tok siti


[youtube]pCR0KL9ZZpk[/youtube]


tapi comelnya pasangan ni
Quote oppol 25-7-2016 01:00 PM
Dah habis duit ke sampai jadi artis ni tun?...
Quote Super-M 25-7-2016 01:39 PM
Comel lah dua org ni,tun siti hasmah nampak manja
Quote system_failure 25-7-2016 02:03 PM
tun mmg pandai bersarcasm...
Quote AbukRokok 25-7-2016 02:12 PM
bosan ahhh..... ngantuk aku dengar
Quote CrowneGlory 25-7-2016 02:57 PM
org kaya-kaya msia bergumbira... nyanyi2 atas pentas pun org pakat terhibur...

akak pink punya version 'if tomorrow never comes..." lg meruntun jiwa


Quote -electrifying- 25-7-2016 04:31 PM
Dh tgk kt fb, suwitnya deyoll... Tp apa yg aku respect dkt TSH ni , dia xmmbayangi kepimpinan TMM... Low profile je...
Quote farhana008 25-7-2016 08:03 PM
Memang sweet lah depa!
Quote dubuk 25-7-2016 08:05 PM
ewit angat
Quote babynina30 26-7-2016 07:50 AM
Suka depaaa
Quote arffa 26-7-2016 09:22 AM
sooo sweet
Quote Elle_mujigae 26-7-2016 04:15 PM
Cutenya...
Panjang umur dan jodoh mereka ya...
Quote dewi 27-7-2016 10:29 AM
x tahan gelak dgn tambahan ..dgn gst tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050907 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top