CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Rashdan Baba Merajuk 3 Tahun Dari Dunia Hiburan Kerana Bayaran 'Ciput'

27-7-2016 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 25521| Komen: 101

Description: "Saya dalam industri sudah 20 tahun dan bayaran diterima tidak setimpal dengan pengalaman"
Oleh Izzah Abbasy

Pelakon dan hero drama suatu ketika dahulu, Rashdan Baba menyepi selama tiga tahun daripada bidang lakonan kerana kecewa dengan bayaran diterimanya.

Rashdan, 46, berkata, dia tidak berpuas hati kerana pihak produksi melihat pelakon berpengalaman sepertinya seolah-olah tidak bernilai dan mengambil mudah soal bayaran.

"Saya bukan hendak bersikap besar kepala tetapi saya dalam industri sudah 20 tahun dan bayaran diterima tidak setimpal dengan pengalaman.

"Malah saya lihat semakin lama saya dalam industri bayaran ditawarkan semakin berkurangan tidak seperti di Hollywood sehingga membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk berehat sahaja daripada dunia lakonan," katanya kepada mStar Online.

Rashdan ditemui pada sidang media teater muzikal Lela Manja yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada Selasa lalu.

Menerusi teater muzikal berkenaan, Rashdan bakal memegang watak sebagai Megat Sura disamping barisan pelakon lain seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Sari Yanti, Hafidz Roshdi dan Sahronizam Noor.

Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula Jumaat sehingga 31 Julai depan, pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun kata Rashdan, rajuknya itu tidak berpanjangan dan dia kembali aktif berlakon kerana rindu terhadap karier yang telah menaikkan namanya itu sejak usinya berusia 25 tahun lagi.

Kata Rashdan buat permulaan dia muncul dalam dua buah drama bersiri iaitu Satu Cinta untuk siaran RTM manakala Waris Kasih di TV3.

Dalam pada itu, Rashdan berkata, sepanjang tiga tahun tidak berlakon dia menumpukan kepada bidang perniagaan makanan suplemen kesihatan yang kini semakin berkembang maju.

Kata Rashdan, rajuknya terhadap industri sebenarnya banyak memberi hikmah kerana dia dalam mencuba perkara lain selain lakonan.









Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katibism 25-7-2016 10:41 AM

Tidak Lagi Tinggal Di Stor, DBKL Sediakan Rumah Buat Sahara Yaacob
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 7:39 PM


[size=0.75em]Sahara Yaacob (tiga dari kiri) dikunjungi oleh anggota jawatankuasa Persatuan Seniman yang ketuai presidennya, Zed Zaidi (dua dari kiri) bagi memaklumkan berita baik berhubung kesediaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan rumah untuknya. Foto: Facebook Seniman

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya mendapatkan bantuan berupa sebuah rumah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penyanyi popular era 80-an iaitu Sahara Yaacob selepas kisahnya tinggal dalam keadaan daif  dalam sebuah stor di Hulu Langat mendapat perhatian.



[size=0.98em]Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Sahara menerusi bantuan DBKL akan berpindah ke kediaman baharunya yang terletak di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam Sungai Besi dekat sini pada 1 Ogos depan.

"ihak Seniman mendapat perkhabaran mengenai keadaan Sahara pada Ramadan lalu dan selepas melihat sendiri keadaan beliau kami segera bertindak untuk mendapatkan bantuan.
[size=0.75em]Foto kenangan saat kemuncak populariti Sahara suatu ketika dahulu.


"Alhamdulillah surat yang ditulis terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus mendapat perhatian dan kami di pihak Seniman amat berterima kasih kepada beliau.

[size=0.98em]"Tindakan proaktif daripada DBKL juga mempercepatkan bantuan kepada Sahara yang akan berpindah ke kediaman baharunya pada 1 Ogos depan," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
[size=0.98em]Zed bersama ahli jawatankuasa Seniman hadir ke kediaman Sahara di Hulu Langat untuk memaklumkan perkhabaran gembira itu bersama-sama Timbalan Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia, Tommie Tomiran dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Selain Seniman, wakil daripada DBKL iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar, Lembaga Penasihat DBKL, Ahmad Faisal Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perumahan DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor turut hadir pada pertemuan itu.

Sementara itu, Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, 60, berkata, dia langsung tidak menyangka masih ada pihak mengambil berat tentang dirinya walaupun lenyap daripada industri hiburan sejak 16 tahun lalu.

Bagaimanapun kata Sahara, dia tidak berniat untuk meraih simpati daripada sesiapa kerana tidak mahu dipandang serong masyarakat.

"Tiada kata lain dapat saya ucapkan selain terima kasih dan bersyukur atas keperihatinan terhadap diri saya dan sudi menghulurkan bantuan.

"elbagai dugaan telah saya lalui namun sokongan anda semua cukup membuatkan saya terharu," katanya.

Bercakap mengenai perancangannya selepas berpindah kelak, Sahara berkata, dia berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi selain merancang untuk mengadakan konsert buat peminatnya.


Motif???
Quote beatgirlX 25-7-2016 10:42 AM
ini edisi 2 in 1 kah?
Quote katibism 25-7-2016 10:43 AM

Sekali harung chuols..
Quote starcity 25-7-2016 10:46 AM
Dia tak ada anak2 ke?
Quote beatgirlX 25-7-2016 10:46 AM

hahaha....citer atas betul pasal rashdan baba...scroll bawah mai plak sahara..
hehehe

Quote Themilo 25-7-2016 10:52 AM
Rashdan nih rembes gak ek?
Quote Duta lover 25-7-2016 10:55 AM
Tasty sgt wajah2 persis rashdan ni tapi sayangnya..they all je tak tasty dgn meolss...hua
Quote nh83 25-7-2016 11:02 AM
hero lama ni..suka dengar suara dia ..
Quote Nenasketum 25-7-2016 11:07 AM
Stok spektra ni kalau taj silap. Blakon no bad
Quote talia 25-7-2016 11:07 AM
Dulu heols kan yg kena tangkap basah tu kan? Ke iols salah org
Quote Tapayana 25-7-2016 11:09 AM
wow ingat lagi dgn rashdan baba ni. Seangkatan dgn Hairie Othman,Arash Mohammad
Quote F8_girl 25-7-2016 11:10 AM
Wah..my favourite actor dulu..

Pernah nampak live.. tinggi n hensemmmmm

Nak minta sign..tp malu.. nak selfie..tp takde smartphone..maklumla time tu zaman2 awal 2000..nokia je mampuu
Quote katibism 25-7-2016 11:10 AM
talia replied at 25-7-2016 11:07 AM
Dulu heols kan yg kena tangkap basah tu kan? Ke iols salah org

Betoi..sama dgn Hairee Othman..leftenan denan
Quote seri_mawr 25-7-2016 11:15 AM
apa kena mengena rashdan baba dgn sahara yaacob...??

Quote katibism 25-7-2016 11:17 AM
seri_mawr replied at 25-7-2016 11:15 AM
apa kena mengena rashdan baba dgn sahara yaacob...??

Haha... di bawah tajuk ke mana hilangnya... kira slot in jah
Quote balakkampung 25-7-2016 11:21 AM
Tapayana replied at 25-7-2016 11:09 AM
wow ingat lagi dgn rashdan baba ni. Seangkatan dgn Hairie Othman,Arash Mohammad

seangkatan jugak dgn azri iskandar....azri iskandar dulu2 hero top tu..lepas kawin terus jadi lemau..berjangkit dengan bushukkk bini ker...nampak selekeh jer sekarang..
Quote hyunniesSS501 25-7-2016 11:28 AM
hero spektra dedolu
Quote jemahjacjon 25-7-2016 11:33 AM
Muka tak makan tua ke apa dia ni
Quote Jajabeans 25-7-2016 11:34 AM
3 taun menyepi? mcm dh 10 taun je tak kluar gua.

suka gak dia ni npk awet muda pulak walau umo dh 46

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top