CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ambil Ikhtibar Kisah Ayah Saya Strok Di Negara Orang' Pentingnya Insuran Perjalanan

1-8-2016 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7636| Komen: 23

Description: Kes strok yang terkena pada Mohamad Sahara ini membuka mata rakyat Malaysia untuk mengambil insuran perjalanan
Oleh Izzah Abbasy

Kisah seorang rakyat Malaysia, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang terkena strok di London mendapat perhatian yang meluas di Malaysia.

Bapa kepada empat anak, Mohamad Sahar cukup teruja untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya yang menamatkan pengajian Sarjana dari Brunel University, London.



Bagaimanapun, hanya selepas 20 minit dia keluar daripada Balai Ketibaan Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai, Ketua Kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan itu, diserang angin ahmar sehingga menyebabkannya terlantar di katil hospital sehingga hari ini.

Apa yang memeritkan, kos perubatan Mohamad Sahar mencecah RM245,000 dalam masa lebih kurang sebulan beliau dirawat di hospital di sana.

Sehubungan viralnya kisah itu, anak kepada Mohamad Sahar, Fadhli Sahar, meminta agar rakyat Malaysia mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada keluarganya.

Fadhli berkata, dia mengakui kesilapan pertama mereka adalah tidak mengambil insuran perjalanan.

“Saya perasan ada sesetengah orang marah kerana (kami) tak ambil insuran.

“Dan betul itu adalah kesilapan pertama kami. Kami menyesal dengan perkara itu. Benda ni dahpun jadi dan kami sekeluarga perlu berfikir pelan seterusnya untuk bawa ayah kami pulang.”, kata Fadhli.

“Saya berharap dari kejadian ini, rakyat Malaysia dapat belajar bahawa insuran perjalanan adalah sangat penting semasa ke luar negara“, kata Fadhli lagi.

Dalam perkembangan terbaru, BH Online melaporkan Mohamad Sahar dijangka akan dibawa pulang pada 8 Ogos ini yang akan dibantu oleh MARA dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam pada masa yang sama, Mohamad Sahar mendapat bantuan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaaanya dari segi kewangan menerusi https://www.gofundme.com/saharnoor.


Disebabkan kes yang terjadi kepada Mohamad Sahara ini membuka mata rakyat Malaysia untuk mengambil insuran perjalanan.

Jangan ambil lewa terhadap kepentingan insurans perjalanan. Ada kes yang berlaku apabila terjatuh ketika berjalan di musim sejuk akibat salji yang licin. Kos rawatannya di negara tersebuut hampir RM 30,000 !

Jika anda tidak faham, elok bertanya pada pihak penyedia insuran apa-apa yang anda rasa perlu ada dalam polisi insurans perjalanan anda. Secara amnya perlindungan akan diberikan kepada pemegang polisi insuran travel. Hanya jumlah pampasan serta bentuk perlindungan mungkin sedikit berbeza antara satu syarikat insuran.


Sumber : BH Online, Siakap Keli

12

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 1-8-2016 10:33 PM
Masa nak masuk hospital mungkin tak terfikir nak bring back ke malaysia... medical cost in foreign countries tersgtlah mahal..travel insurance sgt penting...
Quote merrissa 2-8-2016 02:46 AM
kiambang replied at 1-8-2016 10:33 PM
Masa nak masuk hospital mungkin tak terfikir nak bring back ke malaysia... medical cost in foreign c ...

boleh baca kat page gofundme tuh sebab apa....

dia cakap keadaan ayah dia tak stabil lagi...doktor tak kasi kuar hospital lagi....

A loving idea of having one whole family to celebrate Eidulfitri and university graduation in London together has turned into a nightmare.

Soon after my family arrived at Heathrow Airport, my father (Mohamad Sahar MHD Noor) suddenly collapsed and things changed since then. I panicked and depressed thinking what could happen to my father as he has no travel insurance. To make matters worse we couldn’t afford the hospital bills in the UK.

He was transferred into ICU,Charing Cross Hospital, London and the doctor in charge urged to go for an operation. Despite the money issue, we know that the operation is crucial and need to be carried out immediately. He underwent right frontal external ventricular drain (EVD) to release his brain pressure and to allow the blood to come out from his brain.

During that time, he was given sedation, low blood pressure drug and antibiotics. He was suspected of have speaking disorder, unable to move his right body and suffered memory loss.

After 3 weeks, he could open both of his eyes and reacted to us when we talked to him but we are not sure whether he understood or it was just unconscious reflex.

A few days after that, we received news that my father’s employer agreed to give us an advance to undergo medical treatment in the UK. The advanced given meant so much to us, however after three weeks we were informed that the medical expense amount was capped at £30,000. We still can’t afford to cover the full cost since, at the time of writing; the cost to date has reached approximately £45,000.

Currently he is in Hyper Acute Stroke Unit (HASU) ward, Charing Cross Hospital, London whereby he needed to go for therapy sessions, therefore the bills keep accumulating.

The doctor has permitted us to bring my father home with the condition that he should be on a stretcher or in a lying position at all times. He can’t sit for a long time and had a tracheostomy. He needs to be accompanied by a doctor and nurse on board as a precaution.

Currently we have discussed with Malaysia Airline (MAS), and they advised us to purchase few economy class seats since that is the cheapest option available, and we are now still awaiting further feedback from the Airline.

My family and I are humbly asking for your kind prayers for his speedy recovery and would appreciate your financial support to cover his running medical expenses and travelling costs. Your sincere help means a lot to us.

Family Background
My name is Amirah Sahar, from Negeri Sembilan, Malaysia. I am currently a postgraduate research student at Brunel University, London.

My father, Mohamad Sahar MHD Noor is a loving father of four and also four grandchildren. He works as a chief clerk at Kolej Kemahiran Tinggi  Mara (KKTM), Negeri Sembilan, Malaysia.
My mother, Hawiyah Ahmad, is a technician at Jabatan Pengairan dan Saliran, Negeri Sembilan, Malaysia.

My eldest brother, Adhwa Sahar is married with three children, however he is about to start his new job.

My second brother, Fadhli Sahar is recently unemployed after graduating in Masters in Petroleum due to the global market turmoil in the energy sector - looking for a new job

And finally my youngest sister, Atikah Sahar - a fresh graduate and currently seeking for any suitable job.

My father likes gardening and house cleaning. Despite all odds, like most parents he is very hardworking on striving for a better future for all his children. He is a loving husband, father and grandfather.

Our hope now is that he can be discharged soon so that we can continue his medical treatment back home in Malaysia.

Thank you for reading our desperate appeal.

We are humbly grateful for your heartfelt compassion and generous support.

May the AlMighty bless you and your family onwards and upwards. Ameen.

As we do not know the actual costs for my father, any surplus of this fundraising will be donated to charity so that others in-need can benefit as well.


Quote merrissa 2-8-2016 02:51 AM
kiambang replied at 1-8-2016 10:33 PM
Masa nak masuk hospital mungkin tak terfikir nak bring back ke malaysia... medical cost in foreign c ...

bese la....kiter ni selagi tak kene selagi tuh takkan sedar kepentingan tuh...sumer main gamble je....peringatan utk diri saya sendri juga.....
tapi nasib baik rakyat malaysia prihatin....Alhamdulillah.


Quote imransulaiman 2-8-2016 07:44 AM
Insurans Perjalanan memang sangat penting yaaaa...walaupun hanya nak ke negara jiran
Quote chinta89 2-8-2016 09:20 AM
semoga urusan keluarganya dipermudahkan.

dan kita d luar ni ambil iktibar. kte selalu lewa, pk ala xde apenya.. tp bila dah kena baru kite rse sakit.

mujur rakyat malaysia prihatin.
Quote aTiKah_aYuNi 2-8-2016 10:40 AM
semoga urusan keluarganya dipermudahkan.
Quote rigorsamsa 2-8-2016 11:49 AM
mungkin dia fikir 'ala sekejap je nak pergi'. tak berbaloi nk ambil insurans. tp sebenarnya penting.
Quote arffa 2-8-2016 12:27 PM
semoga urusan dipermudahkan
Quote dewi 2-8-2016 12:41 PM
malang tak berbau , walaupun travel arrangement buat sendiri , jgn lupa insurance tu .

kalau dgn travel agent mmg diorang akan insist travel insurance .
Quote Artemesiaa 2-8-2016 12:54 PM
Betul tu travel insurance amat penting bila nak ke luar negara malang tak berbau, lagi pun bukan mahal mana pun chargenta.  Semuanya bergantung kepada negara mana dan berapa lama akan berada disana.  

Satu lagi yang tak kurang pentingnya kena le dapatkan nasihat doktor dulu kalau bercadang nak keluar negara nak2 bagi mereka yang dah tahu ada mengidap penyakit berbahaya 3 serangkai.  Kalau rasa tak fit tak perlu le meneruskan perjalanan.  Perjalanan yang jauh dan lama pasti akan memenatkan buat mereka yang ada penyakit tertentu.  
Quote bibi_michelle 2-8-2016 03:36 PM
nak detail pasal travel insurance leh pm saya atau watsapp saya 016-9598429

travel insurance serendah RM 30 hinggit je, mampu utk semua orng.

dgn harga rm 30 anda dilindungi dari segi :

- hijacking
- perubatan
- beg hilang
- terlepas kapal terbang
- ragut

& sbgnya
Quote -electrifying- 2-8-2016 05:01 PM
bibi_michelle replied at 2-8-2016 03:36 PM
nak detail pasal travel insurance leh pm saya atau watsapp saya 016-9598429

travel insurance sere ...

OK NOTED. TQ.
Quote teha86 2-8-2016 05:20 PM
yup..insurance sgt penting kalo travel ke luar negara... aku selalu naik gunung kat oversea...mmg aku amik insurance. contoh aku bg..mase aku naik gunung kat taiwan..kwn aku sendiri..terjatuh dr puncak.. 300 meter jatuh..depan mata aku sendiri..
...n nasib baik dia amik insurance...so all covered..dia xkuar satu sen pun..smpai balik msia.. mmg patah riuk gak la member aku tu... tapi nyawa dia panjang lagi..dia hidup lagi..
Quote mamapea 3-8-2016 10:53 AM
ex boss aku bw cucu dia pi dubai...sampai dubai terus demam panas...dptkan rawatan jer dgn ubat RM900
Quote cucuq 3-8-2016 05:17 PM
moga urusan keluarga ni dipermudahkan..pentingnya insurans ni
Quote kiambang 3-8-2016 09:23 PM
merrissa replied at 2-8-2016 02:46 AM
boleh baca kat page gofundme tuh sebab apa....

dia cakap keadaan ayah dia tak stabil lagi...dok ...

Tq for yr info..    actually boleh ask for 2nd opinion doctor  at different hospital.. it is normal the hospital will urge for operation because they are thinking about profit.. mungkin dia x terfikir because she was so young ..
Quote jari10 9-9-2016 07:38 PM
rigorsamsa replied at 2-8-2016 11:49 AM
mungkin dia fikir 'ala sekejap je nak pergi'. tak berbaloi nk ambil insurans. tp sebenarnya penting. ...

Pakcik ini dikira sebagai kakitangan awam kann.. Sebagai kakitangan awam, seharusnya beliau ambil insuran perjalanan yg disediakan olh pihak kerajaan. Kemudahan ni layak bg semua kakitangan awam TAPI sekali sahaja dlm 1 tahun semasa. Adakah dlm kes ini beliau mmg x mau grab kemudahan insuran yg ada ... atau beliau dh gunakan utk travel ke luar negara sebelumnya
Quote SBF 9-9-2016 09:58 PM
Apa-apa pun semoga segala urusan keluarga dipermudahkan. Aamin.
Quote epal21 10-9-2016 05:53 AM
sediakan payung sebelum hujan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.072148 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top