CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jutawan India Mahu Anaknya Merasai Keperitan Hidup Dalam Masa Sebulan

5-8-2016 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6349| Komen: 14

Description: Savji inginkan anak lelaki saya menyamarkan dirinya sebagai orang biasa di sebuah bandar lain yang bernama Cochin menjalankan kehidupan selama sebulan dengan menggunakan keupayaan sendiri.
Oleh : TS LOO




Pemilik syarikat berlian di India, Hari Krishna Exports yang bernama Savji Dholakia menjadi terkenal berikutan sebelum ini pernah menghadiahkan 491 buah kereta, 200 buah rumah dan 525 set barang kemas termasuk berlian kepada kakitangan syarikatnya. 

Kali ini beliau sekali lagi bukan sahaja menjadi individu yang menghiasi di semua muka surat depan akhbar, malah muncul di rancangan TV untuk berkongsi "pengalaman mendidik anak". 

Media India melaporkan, Savji inginkan anak lelakinya menyamarkan diri sebagai orang biasa di sebuah bandar lain, iaitu Cochin dan menjalankan kehidupan selama sebulan dengan menggunakan keupayaan sendiri. 




Sebelum anaknya bertolak, Savij memberi 3 syarat buat anaknya:

1) Sendiri harus mencari kerja untuk mendapatkan duit harian. 
2) Setiap minggu perlu menukar pekerjaan yang baru.
3) Dalam tempoh seminggu, tidak boleh mendedahkan identiti ayah, tidak boleh guna telefon bimbit dan juga tidak boleh mengguna wang kecemasan yang berjumlah 7000 Rupiah bersamaan nilai RM424.


Dravya seorang diri pergi ke Cochin dengan hanya membawa 3 set pakaian dan 7000 Rupee sahaja.


Selepas menerima cabaran ayahnya, Dravya seorang diri pergi ke Cochin dengan hanya membawa 3 set pakaian dan 7000 Rupee sahaja.

Di Cochin, bahasa Hindi tidak popular diguna oleh masyarakat tempatan, manakala Dravya pula tidak hasih berbahasa Malayalam yang merupakan bahasa tempatan di Cochin.

Ketika itu, dia memaklumkan kepada majikannya dia berasal dari keluarga miskin yang bertempat di Gujarat, sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur India. 

"Pada lima hari pertama ketika mula mencari kerja, satu kerja pun saya tidak dapat dan tiada tempat yang sesuai untuk saya menduduki."

"Saya rasa amat kecewa kerana setelah ditolak oleh 60 orang berhubung permohonan kerja, saya rasa amat kecewa, lebih malang lagi di sini tiada seorang pun yang kenal saya."

"Sepanjang tempoh itu, saya benar-benar merasai tekanan permohonan kerja tidak diterima orang dan menghargai saat ketika mencari kerja." 


sumber foto: Times Of India


Akhirnya Dravya berjaya mendapat kerja yang pertamanya di sebuah kedai roti. Bagaimana pun, dia mematuhi syarat yang ditetapkan ayahnya iaitu setiap minggu menukar pekerjaannya.

Antaranya kedai yang dia pernah bekerja seperti pusat khidmat langgan telefon, kedai kasut dan restoran McDonald's. Dalam sebulan itu dia jumlah pendapatan yang diperolehinya adalah sebanyak 4000 Rupee atau bersamaan dengan RM243.

"Sebelum ini saya tiada masalah kewangan, tetapi dalam masa sebulan itu, saya benar-benar rasa bimbang terhadap perbelanjaan makanan harian yang bernilai 40 Rupee atau RM2 satu sajian dan perbelanjaan penginapan yang bernilai 250 Rupee atau RM15." 

Dravya rasa bersyukur dan gembira akhlirnya dapat pulang ke rumah sendiri setelah sebulan mengalami pengalaman pahit di luar.

Membiarkan anak merasai keperitan hidup di luar, sama ada benar-benar mampu menjadi anak lebih matang dan berdikari, segalanya masih memerlukan masa untuk membuktikannya.- CARI


sumber info: www.bemoneyaware.com
19

Bagus
15

Marah
31

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 5-8-2016 04:53 PM
Mcm cerita drama je. Tp bagoslah anak nye sanggup buat cmtu. Kalau org kaya kat msia mesti xmo
Quote Artemesiaa 5-8-2016 05:05 PM
Bagus le baru boleh belajar makna susah so tak le hanya tahu macam mana nak menghabiskan reta  mak pak je
Quote kimchipedas 5-8-2016 05:59 PM
Dlm keadaan susah lh bole mematangkan seseorg...
Quote imransulaiman 5-8-2016 07:57 PM
Kat Malaysia ni jangankan anak orang kaya, anak yang kurang berkemampuan pun masih "sombong" nak cari kerja
Quote shin_ah81 5-8-2016 09:05 PM
Wow..kiranya dah lulus ujian la ek?
Quote Chilliflakes 6-8-2016 03:22 AM
Sebulan je? Sebulan x lama la.
Quote fizafaizal 6-8-2016 08:52 AM
http://m.timesofindia.com/city/kochi/Billionaire-dad-sends-son-to-Kerala-to-work-as-aam-aadmi/articleshow/53327403.cms
Quote Andyscenes 6-8-2016 09:19 AM
MALAYSIA nk buat camni susah sikit sbb gaji monthly br dapat, x boleh 1 minggu punya gaji
Quote barfi 6-8-2016 01:53 PM
Patut bapaknya suruh anaknya berdikari selama setahun. Atau sekurangnya 6bulan.. Barulah mental dan fizikal boleh jadi kuat
Quote nut.legacy 8-8-2016 10:07 AM
salute cara ayah dia nak didik anak..
Quote kurga 8-8-2016 10:07 AM
misscendol replied at 5-8-2016 04:53 PM
Mcm cerita drama je. Tp bagoslah anak nye sanggup buat cmtu. Kalau org kaya kat msia mesti xmo

kalau org kaya malaysia buat... mmg dalam drama je la kita bleh tengok.. realiti mmg haprak ler..

Quote siButaDariKL 8-8-2016 02:33 PM
Lantak lah
Quote alieyrina 8-8-2016 03:20 PM
Kannn baru sebulan..elok duit pun habis gitu..biarla setaun..
Quote binatang 9-8-2016 11:38 PM
Itu macam ka

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078273 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top