CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Atlet Gimnas Bertubuh Gempal Jadi Bahan Lawak, Disamakan Dengan Seekor Binatang Ini

11-8-2016 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17482| Komen: 52

Description: Dek kerana susuk tubuhnya itu, ada netizen yang menyamakan Alexa Moreno dengan rupa
Oleh Izzah Abbasy

Kejohanan Olimpik Rio 2016 kini sudah pasti menjadi tumpuan dunia. Daripada sebaik-baik cerita kemenangan hinggalah seburuk-buruk kejadian akan menjadi trending.

Begitulah dengan kejadian yang berlaku ini. Ada sahaja tak kena pada pandangan mata manusia. Sudahlah membuat lawak sehinggakan tidak menghormati sensitiviti sesetengah pihak gara-gara penampilan atlet wanita gimnastik dari Mexico yang bertubuh agak gemuk dan dikatakan tidak sesuai beraksi dengan sukan itu.   


Ia sekaligus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. Susuk tubuh Alexa Moreno, 22, yang beraksi bagi saingan peringkat saringan acara gimnastik itu sedikit berisi yang dikategorikan sebagai agak gempal.

Dek kerana susuk tubuhnya itu, ada netizen yang menyamakan Moreno dengan rupa bentuk binatang iaitu seekor babi. Ada juga yang menyarankan agar atlet itu, mengamalkan diet terlebih dahulu, sebelum tampil ke khalayak ramai untuk menyertai acara ini.



Begitupun, selepas mendapat kecaman ramai, beberapa tweet mempersendakan Moreno itu dipadamkan.

Netizen yang menyokong Moreno, menyifatkan, inilah yang dianggap sebagai perjuangan seorang atlet. Yang berjuang atas nama dan semangat kesukanan. Ada juga yang sinis, dengan mempersoalkan, jika anda kurus sekalipun, apa sumbangan anda kepada negara?

Berat Moreno cuma 44.9 kilogram dan berketinggian 149 sentimeter yang dikategorikan sebagai pada jajaran akhir bagi tahap sihat tubuh badan.

Sungguhpun tubuhnya gempal itu sibuk diperkatakan, ia langsung tidak menghalang Alexa untuk mendapat tempat ke-31 pada hari kedua temasya ini. Yang penting berat bukanlah ukurannya ya!

















Sumber : Astro Awani


29

Bagus
20

Marah
23

Terkejut
35

Sedih
24

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (162 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applemy 11-8-2016 04:57 PM
Ai pun agak gempal/tegap gak masa sek men dulu.. tapi acara lari dlm 4 km.. ai dapat tempat ke-5 gitu..

So, jgn ingat org gempal tak boleh gerak laju & cergas taww.. kwang3






Quote Emperor95 11-8-2016 05:24 PM
applemy replied at 11-8-2016 08:57 AM
Ai pun agak gempal/tegap gak masa sek men dulu.. tapi acara lari dlm 4 km.. ai dapat tempat ke-5 git ...

sekarang ini mesti tidak secergas dahulu.
Quote Emperor95 11-8-2016 05:25 PM
Dia agak berisi tapi sepatutnya tiada isu apa2 pun.
Quote oppol 11-8-2016 07:04 PM
Badan gempal tapi tulang kuat tak da masalah untuk gimnas.
Quote manjalara_01 11-8-2016 07:55 PM
Edited by manjalara_01 at 11-8-2016 11:26 PM

mean & nasty people on tweeter...
teringat kes FK twigs & baru2 ni Leslie Jones (ghostbusters)
tp dlm kes Leslie ni bagus..die gi complain kat Big Boss Tweeter lepas tu they allz tutup account die org ni






Quote Super-M 11-8-2016 08:44 PM
applemy replied at 11-8-2016 04:57 PM
Ai pun agak gempal/tegap gak masa sek men dulu.. tapi acara lari dlm 4 km.. ai dapat tempat ke-5 git ...

Aku kurus buat aktiviti lasak kuat.. Tp dari sekolah lumba lari dapat tempat akhir. Rentas desa jgn cite.    
Quote cahaya_almas 11-8-2016 09:11 PM
Selagi leh mengutuk itulah kejenya..yg suka mengutuk ni tkleh fikir bnda yg positif ke...sket2 negatif je....
Quote Artemesiaa 11-8-2016 10:27 PM
Bila bukan gimnas pilihan macam2 le dia orang kata kadang pengulas sukan tu pun sama joint ngutuk sekali macam le gimnas negara mereka dah perfect sangat
Quote Hessa 11-8-2016 10:38 PM
emm..gempal2 dia pun,masuk olympic..yg mengata dia tu apa sumbangan pd negara masing2..dia layak ke olympic tu..atlet cemerlang je layak ke olympic ni..kemuncak kerjaya dia..bravo la this girl..yg ngutuk tu ntah2 kalah sebelum bertanding
Quote slavehunter 11-8-2016 10:52 PM
Actually dia bukan gemok sebab pemakanan ke apa......dia fit berisi sebab banyak practice and training muscle semua naik.
Quote prettyuglybabe 11-8-2016 11:39 PM
she got curve.. gebu kata orang..
gemuk-gemuk pun mampu balance badan jump split bagai..
yang mengutuk tu, hapah pun lom tentu berguna..
ingatkan mentaliti melayu je suka kutuk org gemuk buruk..
rupa-rupanya kokesen yang diagungkan pun sama je..
Quote saladin780 11-8-2016 11:39 PM
keybod warrior di mana2..dari tanah air sampai la ke mexico..yg kaki mengutuk ni ntah ape tah pencapaian dia
Quote barfi 12-8-2016 12:48 AM
Dia nampak chubby sebab dia pendek..
Quote kikiharris 12-8-2016 02:37 AM
ini lebih kurang 7-8 stone je.
kalau dia kena diet pun kurang2 buang satu stone je


yang kutuk2 tu ntah2 set set obese jah! sambil mengutuk,mulut kunyah burger.

Quote RatuDunia94 12-8-2016 04:46 AM
ayo dorang ingat ni pertandingan Miss Universe ke?
gymnastik ni yg penting KESEIMBANGAN, KEKUATAN, KETENANGAN, KOORDINASI!
tp kalo body kecik mmg membantu sbb ringan nak hayun badan...
Quote de_ikea 12-8-2016 06:54 AM
Teruk nau mentaliti netizen skrg. Sakit mendunia. Sumer look up yg cantik, yg kurus, yg langsing.

Manalah ubat kurus tak laku
Quote fifie_olin 12-8-2016 08:19 AM
ni bkn gemok...
ni sado
geli plks aku tgk bdn beliau
Quote mieymiey 12-8-2016 08:27 AM
44.9kg dah dikata gemuk? Jadi ai yang 46kg ni? Obese kerr?
Quote myakayina 12-8-2016 09:15 AM
hebat alexa ni.. at least dia mampu masuk olimpik..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061823 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top