CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajah Seperti Terkena Penyakit Sopak Lepas Guna Krim Kosmetik

18-8-2016 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31778| Komen: 283

Description: Seorang pembantu jualan di Kota Tinggi, Zainani Zakaria, 48, mendakwa wajahnya bertukar..

Oleh : Dean BZ


ZAINANI menunjukkan surat maklum balas daripada Pejabat Kesihatan Johor yang memaklumkan aduan yang diajukan memang berasas. - Foto Ahmad Othman


Seorang pembantu jualan di Kota Tinggi, 
Zainani Zakaria, 48, mendakwa wajahnya bertukar menjadi lebam dan kehitaman selepas menggunakan sejenis produk krim kosmetik.

Kini wanita terbabit hidup menderita dan turut mengalami tekanan perasaan kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai apatah lagi ketika di tempat kerja.

Zainani yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, mendakwa pernah mencuba produk yang disarankan rakannya tahun lalu, namun mula berhenti memakainya kerana tidak mampu disebabkan harganya yang mahal.

Dia kemudian beralih kepada produk kosmetik lain yang lebih murah namun malangnya kulit mukanya mula bermasalah apabila seolah-olah ditumbuhi panau.

Mengambil kira nasihat rakannya yang memberitahu ia adalah kesan berhenti guna produk kosmetik yang sebelumnya, menyebabkannya kembali menggunakan produk lama.

"Keadaan menjadi bertambah buruk apabila seminggu selepas menggunakan produk lama, muka saya mengalami gatal-gatal dan kemerahan.

"Malah kulit muka juga menjadi luka dan berdarah. Sebahagian kecil bulu mata dan kening menjadi putih. Kulit mula menggelupas seperti terbakar,"
katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, ekoran kulit wajahnya yang tidak seperti dahulu, dia pernah memakai topeng mulut ketika bekerja kerana malu berdepan pelanggan yang bertanya mengenai kulit wajahnya.

"Saya juga pernah mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit tetapi kosnya tinggi menyebabkan saya tidak dapat meneruskan rawatan.

"Susulan itu, saya membawa masalah ini kepada pengetahuan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan menerusi surat balas yang diberikan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Pejabat Kesihatan Johor mengesahkan mengenai aduan kesan sampingan menggunakan produk itu berasas," katanya.

Dalam satu kejadian lain bulan lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ain turut menderita selepas mukanya membengkak dan ditumbuhi jerawat batu selepas menggunakan krim yang dibeli melalui Facebook (FB). - CARI


Kredit foto - Harian Metro




Sumber - BeritaHarian/HarianMetro

22

Bagus
21

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 18-8-2016 05:53 AM
?cheap product yg guna pemutih, ke? Pity her , isk3, dh berkli kli peringt
Quote sukacactus 18-8-2016 06:22 AM
Kenapa la gigih sgt nak putihkan kulit ha?
Jaga bagi licin dah le
Terima la hakikat ko tu org melayu, kulit melayu
Quote noraidil_06 18-8-2016 06:32 AM
menakutkannye lah.tp pengeluar product terus kaya n kaya. I dengar pengasas dnars tu kalau x sekaya datuk vida, bwh skit je dr datuk vida.pengasas product2 lain pun sm gak.kaya ya amat2.muke org bersopak derang peduli apa.
Quote dubuk 18-8-2016 07:01 AM
kasihannya..
Quote shi_jewel 18-8-2016 07:07 AM
Lsinkali ambik air wuduk je utk kekalkn kelembapan & kesucian wajah...
Quote shernazz 18-8-2016 07:15 AM
aku xpenah guna walaupon.ada je yg promot...sebab takut gini la...
aku seoranf yg paranoid gitu.. hahaha

aku pakai neutrogena aje...jadi lahhh...
Quote mieymiey 18-8-2016 07:16 AM
Orang Melayu dan berkulit putih berpisah tiada
Quote M.Rose 18-8-2016 07:23 AM
Jumpa la Doctor kulit. Kenapa pandai pandai beli cream muka yang belum tentu tahu isi kandungan nya.
Quote haryatie 18-8-2016 07:25 AM
menakutkan..
brand apa la agaknya yer
sekrang ni mcam2 brand ada..
Quote fifie_olin 18-8-2016 07:25 AM
kalo dh gelap tu..biar la gelap...x yh la gigih nk putih segala...
sudahnya betapok2 muka ko
Quote PE-DX03 18-8-2016 07:25 AM
mieymiey replied at 18-8-2016 07:16 AM
Orang Melayu dan berkulit putih berpisah tiada

Kebanyakan melayu ramai kulit hitam/gelap, tapi kurang gelap sikit dari orang india dan afrika. Rasanya ramai melayu jadi rendah diri. Adakah itu punca ramai perempuan melayu suka pakai cheap whittening product?  
Quote Lina66 18-8-2016 07:41 AM

oohh dear...
kesian nye.. kompem alahan kulit and cheap product..



Quote asyura_85 18-8-2016 07:48 AM
Aku memang sangat paranoid dengan produk2 kesihatan atau kosmetik keluaran tempatan.
Biar la orang cakap aku apa pun sebab pakai produk yg femes2 tu.
Bukan apa..nak cakap murah.. sama je mahalnya pastu yg dh establish tu dia mmg ada R&D group yg buat test.. so takde nya la terlebih paraben ke.. quinolone mercury semua..
product tempatan tu takde buat test.. tak masuk lab pun..adoila berapa kali nak cakap..
orang melayu ni tak obses kurus..obses putih..siapa yang gemuk hitam tu confirm tak cantik la..yang cantik tu kurus putih sajooo...pathetic sungguh
Quote bioessence 18-8-2016 07:54 AM
Pakai argan oil la kak
Normalise kulit tu
Pakai nipis2 tapi makan masa la dlm 2 tahun gitu. At least elak kanser kulit
Quote Cyempaka 18-8-2016 08:06 AM
Macam biasa. Acik-acik akak akak ni org dah cakap byk kali jgn guna,jgn guna produk2 ntah apa2 tu...ketegaq nak guna jgk.produk org melayu kita katanya... padahal org beli timbang kilo dr china.

Dan macam biasa, bukannya reti-reti nak bagitau nama produk :zz
Quote Ultra 18-8-2016 08:10 AM
aduhhh..kesiannya ..patutla hubby larang keras ku beli produk2 kecantikan ni..kalau ikt aku semua nk try
Quote Mizlyn 18-8-2016 08:11 AM
bertabah la kak..dah macam sopak jadinye
Quote honeybee1802 18-8-2016 08:14 AM
I dulu alergik olay regenerist...mungkin ada content dlm tu tak sesuai...muka mcm udang kene salai dah....pi dermatologist la...dpt le ubat alahan n cream n uv protector skali...sbb kulit dah gini dia jd photosensitive woo...skang maintain pakai cetaphil jek...atas tempek la uv sometimes rajin br le bebedak....kalo rs malap hakak scrub pakai scrub cekelat palmers....everytime hakak rs nak cuba cream2 br hakak test skit la kat kulit..if pedih merengsa gatal maka stop je la....
Quote aechae 18-8-2016 08:15 AM
Tu kt IG tu ntah2 sape2 manusia pn ada je duk lancar produk kecantikan sndri.... sng cpt kaya kannn.... umat bimbo pn tepengaruh tgk muka 'founder' flawless lh sgt pdahal filter je lbih...

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.082766 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top