CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Suka Pakai Perfume, Tapi Takut Bau Kepam? Ini Solusinya

22-8-2016 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7162| Komen: 23

Description: Harus diakui bukan semua wanita gemarkan minyak wangi
oleh Adib Za

Harus diakui bukan semua wanita gemarkan minyak wangi kerana sensitif pada kulit, membuatkan kepala pusing dan pelbagai faktor lain. 

Namun, risau rasanya jika tak memakai apa-apa perfume, nanti di pejabat berbau kepam dan memalukan diri sendiri pula!

Jangan risau jika anda tidak gemarkan minyak wangi biasa, anda boleh menggunakan cara lain seperti berikut: 


1. Minyak essential

Bukan seperti minyak wangi biasa, minyak essential tidak sahaja berbau harum, namun boleh meningkatkan kesihatan dan membuatkan anda lebih tenang. 

Pakar berkata minyak essential boleh menyembuhkan kesakitan mental, fizikal dan emosi. Anda boleh calitkan pada kulit, baju, alat pembakar mahu pun penyembur automatik. Pilihlah minyak essential seperti lavender, tea tree, pudina dan sebagainya. 





2. Hair mist

Jangan tak tahu, hair mist yang harum dan menyegarkan itu sangat baik untuk mengelakkan bau peluh dan kepam daripada terbit pada badan anda. 

Ia bukan seperti minyak wangi yang memeningkan kerana bahan utamanya ialah air yang lembut, dan melembapkan. 


Foto: Carian google


3. Pewangi fabrik

Tak perlu berhabisan ratusan ringgit dengan membeli minyak wangi berjenama. Pewangi fabrik pun sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran pada pakaian anda sekaligus mengelakkan bau hangit terpancar di sekeliling anda. 

Semburkan pada pakaian, sofa, langsir dan sebagainya untuk kesegaran yang menceriakan dan menenangkan. - CARI 
13

Bagus
1

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 22-8-2016 08:29 PM
dah lama tauuu,
Quote deathacker 22-8-2016 09:43 PM
kalau takut badan bau hangit atau tengik terutama kat ketiak tu,
boleh sapu bedak agnesia yg botol merah tu kat ketiak.
in sya Allah kurang la bau tengik
Quote TuntungReturn 22-8-2016 10:40 PM
beli dr mist kt guardian.
Quote zoe1511 23-8-2016 10:14 AM

iols dah cuba dr mist tu, tak jalan la uols. naik rashes lagi
Quote encikobsess 23-8-2016 11:27 AM
Susah sgt ke nak pakai deodorant. Tak paham lah aku. pompuan kepam dkt office ni kalau lps tengah hari mula laa naik bau kepam ketiak dia. pakai perfume pon bau kepam bercampur. kembang tekak. dah la duduk meja dpn. hari-hari kene tutup hidung.
Dah pernah sound sekali mcm useless. Please laa jaga benda-benda macam ni. Patutlaa jadi andartu
Quote -electrifying- 23-8-2016 11:42 AM
Thx for info
Quote DeeHanania 23-8-2016 05:53 PM
deathacker replied at 22-8-2016 09:43 PM
kalau takut badan bau hangit atau tengik terutama kat ketiak tu,
boleh sapu bedak agnesia yg botol  ...

Yup...btol tu,&dengan selepas bercukur...
Quote Artemesiaa 23-8-2016 10:23 PM
Betul tu sembur pewangi le, mist le, essential oil le tak jadi juga kalau tak pakai deodorant.  Bau yang kurang menyenangkan tu mencacatkan penampilan keseluruhan.
Quote TuntungReturn 23-8-2016 11:03 PM
zoe1511 replied at 23-8-2016 10:14 AM
iols dah cuba dr mist tu, tak jalan la uols. naik rashes lagi

http://21stcentury.com.my/index. ... amp;products_id=451

try ni,, tpi payah nk jumpa kt farmasi..kene order online
Quote harisanis 23-8-2016 11:24 PM
ade yg xnak pakai dedorant gn alasan takot kena kanser...tp bau ko yg kepam tu aku la kena hidu...matilanakkkk oiii
Quote Blueberri 24-8-2016 12:28 AM
tapi ada jugak org yg pakai deodorant, perfume tapi masih bau kepam, tak sanggup iols nak duduk dekat tawwww
Quote uniq61 24-8-2016 03:19 PM
PAKAI SANITIZER PUN BOLEH SAMBIL MEMBUNUH KUMAN BAU KEPAM TU..PUN ADA YANG JENIS BAUAN LAVENDER DAN VANILLA...
Quote Elle_mujigae 24-8-2016 11:54 PM
  • Pemakanan kena jaga...banyakkan makan ulam2 segar....
  • Penghadaman yang tidak lawas boleh menyebabkan bau badan dan mulut... usus tak sihat...banyakkan makan buah-buahan, makanan berserat...
  • Mandi betul2, jangan mandi kerbau....
  • Rajin scrub badan..tenyeh underarm,leher, pelipat kaki dan tangan dengan limau kasturi...
  • Cuci rambut selalu... jangan ingat kita pakai tudung orang lain tak boleh bau  kalau rambut kita smelly....
  • Kalau takde hair dryer, plan ahead..cuci rambut masa mandi lewat petang. Jangan pagi2 cuci rambut pastu tak kering betul2 dah pakai tudung... aigoo..nanti rambut berbau, kulit kepala gatal2, ada kelemumur, hujung rambut berbuah..so better jangan ada habit macam ni..
  • Boleh beli hair dryer yg ada cold setting kalau takut rambut cepat rosak jika guna hair dryer dgn kerap..


  • Cadar kat katil tu tukar selalu....at least seminggu sekali tukar... personally, kita tukar cadar 2 atau 3 hari sekali..best tido kat cadar yg baru ditukar...
  • Pastikan terdapat aliran udara yg baik dalam bilik....tingkap tu jangan tutup je..selalu buka...let the fresh air comes in and the sun light shine your room...ceewah..hehe..
  • Baju jangan ulang2 guna...  dah sekali guna terus masuk dalam laundry basket....
  • Selalu tanya dengan kawan baik sama ada kita ada body odour  ke tak..masa keluar shopping2 tu tanya la... the dialog can be like this; *insert your friend name*, do I have body odour..?because I've read that the person who have BO will not realised they do have it so you can just tell me the truth if I have BO, I promise I will not be angry, I will not merajuk...huhu......if your friend reply;  no la where gotttt..you takde BO..you sangat wangi...haha....then kena tanya lagi sekali, are you sureeeeee I takde BO? sure meh... tanya banyak kali, just to be safe..>.<  



basic things je kan..kalau buat semua di atas, tak pakai deodorant pun okay je....



Quote sharlenetexas 25-8-2016 02:34 AM
org tua2 selalu pesan nk hilangkan bau tengik ketiak, tenyeh dengan daun mamam pasir. satu lagi boleh tenyeh dgn pucuk jambu batu, tapi aku lupa  ni utk putihkan atau hilang bau ketiak. akar beluru pun boleh jugak rasanya. lagi boleh sental dgn limau nipis/ purut atau lemon. rasa segar lepas mandi. bilik air pun wangi.
Quote Daisyna 25-8-2016 02:32 PM
good tips
Quote CARI-MAMS 26-8-2016 03:19 PM
wow tq for the tips uolsss
Quote @chik 27-8-2016 10:08 PM
Good info....
Quote FARRAZOOL 28-8-2016 07:54 AM
Nasib baik x ada prob bau badan kepam..syukur
Quote paiayam 3-9-2016 08:22 AM
Elle_mujigae replied at 24-8-2016 11:54 PM
  • Pemakanan kena jaga...banyakkan makan ulam2 segar....
  • Penghadaman yang tidak lawas boleh me ...

  • I suka baca your postings     good sharing

    Lihat semua komen(23)


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


     


     


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    2-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062767 second(s), 48 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    To Top