CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elyana Kini Bertudung Setiap Hari Jumaat

23-8-2016 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17376| Komen: 86

Description: Berdasarkan komen ditinggalkan peminat, ramai yang memuji kecantikannya
Oleh Izzah Abbasy

Penyanyi dan pelakon Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 29 mengakui mula membiasakan diri memakai tudung setiap Jumaat sejak tiga tahun lalu.

Elyana mengenakan tudung pada hari mulia berkenaan dalam usaha melangkah ke depan sebagai wanita Muslim yang lebih baik.

"Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan.

"Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung," katanya.
 
Sehingga kini, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Niat pada 2001 itu memiliki sejumlah 141,000 pengikut di Instagram, dan berdasarkan komen ditinggalkan peminat, ramai yang memuji kecantikannya dengan imej terbabit.

Malah, tidak kurang yang mendoakan penyanyi lagu Tapak Sulaiman ini agar diberi hidayah untuk terus bertudung.

Dalam perkembangan lain, Elyana baru-baru ini meraih gelaran juara bersama pasangan duet beliau, Intan Sarafina, menerusi rancangan Super Karoks terbitan stesen radio Kool FM.

Elyana dan Intan selaku tunjang Hey Ladies menewaskan empat kumpulan lain iaitu AM (Ayai/Maya); Lazat (Rahmad/Ezad Lazim) dan Gorgeous Mom (Amelina/Raja Ema). Sebagai juara, dua penyanyi itu menerima RM15,000.

Alhamdulillah semakin ramai artis muda yang bertudung. Semoga terus istiqamah Elyana! - CARI 










Sumber : BH Online

5

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Zamzam2013


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senduhazab 23-8-2016 11:14 AM
Doakan yg baik2 je
Quote Ferr_Remy 23-8-2016 11:18 AM
Lg cantik sheols bertudung walaupun iols prefer pompuan free hair
Quote naina 23-8-2016 11:26 AM
Mcm muka izreen azminda plak yg mule2 tu
Quote yeos 23-8-2016 11:27 AM
gambar yang last tu macam Janna Nick lak... semoga terus istiqamah
Quote zulka 23-8-2016 11:40 AM
apsal hari jumaat je...
Quote Cloudfly 23-8-2016 11:53 AM
zulka replied at 23-8-2016 11:40 AM
apsal hari jumaat je...

Sheols sdg mcari hidayah tu uold..so jgn tny ape2 ..asal sheols buat benda baik sokong je laaa..   
Quote nicuya 23-8-2016 11:54 AM
sheol cantik dari dulu dan kini
Quote lazim 23-8-2016 11:54 AM
pelik2 je retis. dh pelik  xyah la cite kat paper
Quote enchikfitz 23-8-2016 12:01 PM
ELYANA BUAT COME BACK PLEASE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote kakikuchantik 23-8-2016 12:05 PM
cun pki tdg smoga bekekalan
Quote missHIJAU 23-8-2016 12:27 PM
enchikfitz replied at 23-8-2016 12:01 PM
ELYANA BUAT COME BACK PLEASE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

plg suka lagu2 elyana dulu2...
tapak sulaiman
Quote prettyuglybabe 23-8-2016 12:32 PM
zulka replied at 23-8-2016 11:40 AM
apsal hari jumaat je...

mungkin hari jumaat je tuhan nampak..
laki kena gi solat jumaat.. pompuan kena tutup aurat..
hari lain takpe tak solat tak tutup aurat
Quote faiz-za 23-8-2016 12:33 PM
Yg pakai anak tudung biru tu muka macam shahida hini terlajak laris
Quote noraidil_06 23-8-2016 12:34 PM
Hahahahha.tersedak akak bc tajuk suke hati la dik oi
Quote damian_lee 23-8-2016 12:41 PM
Memang la menutup aurat itu Wajib .....
tapi perubahan tu kan perlahan2 ....
ok what ... every friday ada kelas mengaji ...

hangpa yang duk mengata ... belum tentu pegi ...

marilah doakan yang baik2 jer ////
Quote QenQ 23-8-2016 12:46 PM
Cantik... Cantik.. Moga berkekalan pakai tudung
Quote MizzNaza 23-8-2016 12:48 PM
takpelah dek..pelan-pelan yea. kaki ayam lagi ka sekarang? eh lupa, tu time nak perform on stage jah
Quote Blueberri 23-8-2016 12:55 PM
jumaat jer bertudung, nak berselfie ker?
Quote mieymiey 23-8-2016 01:25 PM
Bukanlah hendak berlatih katanyerrr.
Doakan yang baik baik jer

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.223317 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top