CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Digigit Unta, Budak 11 Tahun Terima Ganti Rugi AS$155,000

24-8-2016 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3856| Komen: 3

Description: Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak bernama Madison Holland yang berusia 11 tahun digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah Taman Safari Virginia.
Oleh : TS LOO


Mengunjung ke taman safari atau taman zoo memang aktiviti kekeluargaan yang angat digalakan agar jalinan hubungan antara ibu bapa dengan anak dapat dipereratkan lagi. 


Namun sebagai ibu bapa adalah diingatkan wajar memberi perhatian yang sepenuhnya buat anak-anak ketika berada di kawasan zoo kerana ada kala sesuatu kejadian di luar jangkaan akibat tabiat haiwan yang mungkin mengundang bahaya ke atas anak-anak kita.

Sepertimana sebelum ini bertempat di sebuah zoo di Rabat, ibu kota Morocco, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun maut terkena batu ketika seekor gajah sedang mengamuk. 


sumber foto: http://www.insideedition.com



Terbaru Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak bernama Madison Holland yang berusia 11 tahun digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah Taman Safari Virginia.

Inside Edition melaporkan, ketika itu mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong secara 'drive thru' untuk menghadiri majlis harijadi dan difahamkan mangsa tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.

Menurut peguam Madison, kejadian yang berlaku pada sekitar Mei 2015 itu membolehkan keluarga Madison terima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75) hasil kemenangan saman gabti rugi ke atas Taman Safari berkenaan.

Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 apabila usia beliau menginjak 18 tahun dan kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.

Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.- CARI

sumber foto: http://www.insideedition.com




sumber info: www.insideedition.com
13

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishcracker 24-8-2016 08:39 AM
tangan/jari putus ke?
ke sebab jangkitan tu yang dpt gantirugi
Quote westaste1 24-8-2016 05:48 PM
fishcracker replied at 24-8-2016 08:39 AM
tangan/jari putus ke?
ke sebab jangkitan tu yang dpt gantirugi

Entoh lerrr yop... idok ler teman tahu...
Quote ultra78 24-8-2016 06:01 PM
Kat US memang la camni. Kalau buat silap bersedialah untuk disaman. Malah syarikat guaman pun ada iklankan perkhidmatan mereka di tv. Sesiapa yg tercedera atau ditimpa kemalangan boleh contact mereka. Kalau menang kes dapat la habuan.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.185830 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top