CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bajet 2017: Cadangan & Harapan Rakyat Malaysia!

13-9-2016 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9128| Komen: 52|Original author: TS LOO

Description: Pihak kerajaan perlu menyemak semula sistem pengurusan BR1M, supaya sasarannya adalah ditujukan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

sumber foto: Akaun Rasmi FB Najib Razak


Setiap tahun pada bulan OKtober, kerajaan akan membentangkan bajet untuk tahun yang akan datang. Sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan bajet 2017, lazimnya beliau akan mendapatkan cadangan dan pendapat rakyat jelata. 

Sebelum ini, beliau di laman facebook rasminya telah menulis status bahawa beliau sudah buka satu kolum mengenai "Bajet Tahun 2017" di blog peribadinya, dengan harapan masyarakat boleh giat memberi cadangan yang membina.

sumber foto: www.baget2017.najibrazak.com


Blog berkenaan terdapat 4 bahagian: Kos sara hidup, perumahan & kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengangkutan & infrastruktur. Dalam keadaan hidup di mana "semua barang naik harga, sebaliknya pendapatan pula yang tidak dinaikkan", kos sara hidup sememangnya menjadi bahagian yang paling diambil perhatian netizen. 


Hanya untuk bahagian tersebut, dalam masa 4 hari sahaja, lebih 140 komen telah diperolehi. Komen dan cadangan bagi kumpulan netizen berkenaan, secara amnya boleh dibahagikan kepada dua kategori : 


1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Setipa tahun akan mengedarkan bantuan kewangan yang berbeza jumlahnya kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga sebagai usaha untuk membantu saraan hudup mereka. 

Namun, bagi mereka yang berpendapatan sederhana ( gaji antara RM2000 ke atas) kebiasaannya tidak dapat menikmati keuntungan dalam rancangan skim tersebut. 

Jadi,ramai juga orang awam menggunakan platform terbabit untuk mengadu bahawa golongan sederhana pendapatan juga mengalami bebanan hidup yang teruk. 



Ada sebilangan netizen pula mengatakan, biarpun kerajaan berpendapat BR1M dapat merangsangkan ekonomi Malaysia, tetapi semua itu hanya lah merupakan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata, lepas habis belanja duit BR1M, semuanya akan kembali menjadi kosong. 


Segelintir netizen yang lain pula mencadangkan pihak kerajaan perlu menyemak semula sistem pengurusan BR1M, supaya sasarannya adalah ditujukan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.


2. Ambil Berat Masalah Penganggur & Keluarga Miskin



Selain BR1M, golongan menganggur dan keluarga miskin, netizen juga mempersoalkan beberapa perkara seperti mengurangkan bebanan hidup, meningkatkan elaun, kedai Satu Malaysia, semoga kali ini kerajaan akan mendengar isi hati golongan akar umbi.

Berkenaan Bajet tahun 2017, apa pula yang anda ingin mengatakan? Jom layari kolum Bajet 2017 yang berada di blog peribadi perdana menteri untuk beri pendapat dan cadangan anda. 

Manalah tahu, mungkin pihak kerajaan terima cadangan anda dan menggunakannya! PIhak kerajaan akan mengadakan pembentangan bajet 2017 pada 21hb Oktober akan datang ini. - CARI

18

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vandergooh 13-9-2016 09:44 PM
CARI-LTS replied at 13-9-2016 03:10 PM
sumber foto: Akaun Rasmi FB Najib Razak


Akak cadangkan untuk bajet kali ni.. najib laki bini letak jawatan sebagai pm sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan ekonomi negara.....

Ataupun bajet kali ni... kerajaan rampas semua harta najib sekeluarga untuk recover hutang negara....

Sekian, terima kasih..
Quote xy_daen 13-9-2016 10:34 PM
Jangkaan aku untuk Bajet 2017 ni, bajet terakhir sebelum PRU14...Najib akan all out untuk beli jiwa rekyat merhaen. Antara yang dijangkakan adalah..

1. BR1M akan naik setidak2 RM1200 setahun. Mungkin kelayakkan prndapatan dpt BR1M akan ditinggikan sehingga RM5k.
2. Penjawat awam akan dapat bonus...bukan wang ehsan. Mungkin sebulan. Atau ada kenaikan tahunan berganda seperti tahun 2016.
3. Banyak peruntukkan untuk SME...dalam nak beli jiwa golongan peniaga2 kecil
4. Lesen teksi individu akan dikeluarkan dalam jumlah yang beribu kepada pengusaha2 teksi yg kerja dgn syarikat2.     
Quote NAT_11 13-9-2016 10:40 PM
Edited by NAT_11 at 13-9-2016 10:48 PM

Aku cadangkan buat satu filem berjudul..........................................








               
              

   














               

Quote mirandanicky1 13-9-2016 10:56 PM
harapan sy semoga hak dan kebajikan rakyat diutamakan...agar pemimpin tidak dipersoalkan di akhirat nanti. semoga Allah tunjukkkan jln yg benar dan beri hidayah pd pucuk pimpinan kita . Aamin.
Quote Andyscenes 14-9-2016 01:36 AM
harapan sy biarlah sy comment kat dlm website najib tu. boleh maki xde masalah.
Quote wana89 14-9-2016 02:12 AM
Mohon perbanyakkan budget utk pendidikan.. Nak buat research pun sakit..geran banyak kena potong . Scholarship pun sakit dah sekarang..So harap budget education jangan la potong yer
Kedua, aspek kesihatan.. Kena bagi perhatian
Ketiga, aspek keselamatan.. Ketenteraan..beli alatan baru ker
Keempat, aspek housing.. How to solve and control
Kelima, kalo galakkan public housing.. Please2 improve public transport
Quote putput 14-9-2016 02:55 PM
vandergooh replied at 13-9-2016 09:44 PM
Akak cadangkan untuk bajet kali ni.. najib laki bini letak jawatan sebagai pm sebagai langkah menj ...

setuju sangat. sila buat cadangan ni
Quote vandergooh 14-9-2016 03:07 PM
putput replied at 14-9-2016 02:55 PM
setuju sangat. sila buat cadangan ni

Ramai2 bagi cadangan ni dalam tweeter najib...
Quote monsterwife 14-9-2016 03:09 PM
Tolong jangan potong budget utk pendidikan,kesihatan dan ketenteraan.
Quote kemaruk 14-9-2016 03:12 PM
Bangkem harap najib jadikan negara malaysia sebagai negara komunis..

Rumah percuma, perubatan percuma, makan percuma.. kerja konfem ada punya, tak perlu ambik pekerja asing..

Dan dermakan 10 bilion kepada palastine, bina 1 madarasah untuk setiap DUN, dan bagi anak yatim 1 juta sorang
Quote kemaruk 14-9-2016 03:21 PM
Dan najib diminta turun.. suruh mat sabu atau azmin ganti jadi pm..

Pastikan gaji pencuci jamban sama dengan gaji pencuci jamban di singapore.. dan kerja petik buah di cameron highland sama dengan gaji petik buah di aussie :
Quote kemaruk 14-9-2016 03:22 PM
Dan permintaan terakhir, bangkem harap bini najib pakai tudung
Quote Bedah.Cun 14-9-2016 04:07 PM
Mohon kurangkan gaji PM dan jugak terutamanya gaji menteri kabinet lahanat tak guna sesen tue. Kau dah lar burok, mak tengok pun meloya jer! At least kalau kau tak guna sesen pun kau hader roper, enak dipandang dan rangup!!!!
Quote putput 14-9-2016 04:50 PM
vandergooh replied at 14-9-2016 03:07 PM
Ramai2 bagi cadangan ni dalam tweeter najib...

sokong 100,000,00.00%!
Quote Bedah.Cun 14-9-2016 04:51 PM
I sangat tak setuju denga brim brum tue! Titikk!
Quote kukulangau 14-9-2016 05:14 PM
aku sebenarnya ada banyak cadangan tapi takde pekdahnya kalau tulis disini pun
asyik2 kita2 je yang baca and reply
Quote Kerangbusuk 15-9-2016 11:38 AM
Setiap tahun aku minta benda sama... improve public transport!
Quote giyomi 15-9-2016 09:24 PM
klu ckp pon nak ker dia dgar...cam kata nazri dia tak layan org biasa. Dia layan menteri2 jew, so tak payahlah nak wat baik kekonon. Jgn ada GST dan jgn ada rasuah ko mampooo.
Quote Bateesta 15-9-2016 09:26 PM
cadangkan najib  razak dipecat dari dr jd pm mesia dan ditangkap serta merta kerna menyamun duit rakyat malaysia

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top