CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hanya Ada 8 Ribu, Kisah Noh Hujan Pinang Mizz Nina Patut Dicontohi

21-9-2016 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 24783| Komen: 156

Description: Penghijrahan pasangan ini mendapat perhatian netizen
Oleh Izzah Abbasy

Berkahwin kerana Allah berbeza dengan kahwin kerana nafsu. Sebab itulah sebelum kahwin, berniatlah baik-baik. InshaAllah keturunan juga pasti soleh dan solehah.

Seperti kisah cinta Noh Hujan dan Mizz Nina suatu ketika dulu pernah menjadi bualan hangat. Bukan kerana populariti mereka berdua, tetapi kerana penghijrahan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjadi yang lebih baik.

Jika dahulu, Mizz Nina seorang penyanyi yang terkenal sehingga ke luar negara dengan personaliti yang 'wow' namun kini imej beliau sopan, tampak sejuk mata memandang sehingga Mizz Nina sudahpun meninggalkan karier nyanyiannya.

Penghijrahan pasangan ini mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi kisah Noh Hujan pinang Mizz Nina dengan hanya berbekalkan 8 ribu sahaja ketika itu, meruntun jiwa sesiapa yang membacanya.

Seorang pengguna laman Facebook telah berkongsikan kata-kata Noh Hujan ini dalam satu slot motivasi yang dihadirinya.








 


16

Bagus
31

Marah
27

Terkejut
26

Sedih
15

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fynnkakiblock 21-9-2016 10:35 AM
Quote fynnkakiblock 21-9-2016 10:35 AM
Hi TT cari iin
Quote bambimo 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina guna modal RM8k.
Cuba kalau Mamat yang sangat hensem pinang Leha yang gagal SPM dan tak cun langsung tapi kaya pastu buat kenduri modal RM1000 je, percayalah takde orang peduli pun sebab diorang bukan artis dan takde orang pun akan salute Leha sebab sanggup terima Mamat yang miskin tu.
Orang Malaysia ni kalau cerita berkaitan artis jangan buat main. Artis tak sempat beli baju raya pun dia dah sebak, artis cirit birit pun dia dah cemas. Anak artis tak comel pun cakap, "Gewammnye kite tengok pipi anak die tuu, nape omey cangat ni?". Tapi anak sedara sendiri mintak RM1 beli aiskrim pun claim balik kat bapak dia.
Kemon la realistik sikit. Bukan takde kisah yang lebih mencabar berbanding kisah Noh tu. Cuba pegi tengok kat belah Kelantan atau Kedah tu. Jenis bini doktor tapi laki ustaz level pondok je. Ingat takde? Mak Esah bagi contoh bebudak sekolah pondok je lah. Diorang ni kalau bab kawin lagi la mudah. Bukan takat RM8k, silap-silap RM2k pun tak sampai. Berlambak je ustaz underground muda-muda yang lebih zuhud dan sempoi kalau nak banding dengan kisah Noh tu.
Tu baru amik kira geng ustaz pondok, belum cerita kawin sesama student kat universiti, jadi agen dropship pegi COD barang sama-sama, time tak cukup duit makan sepinggan kongsi laki bini. Terlalu banyak kisah yang lebih layak dijadikan "inspirasi". Tapi nak buat macam mana, zaman sekarang contoh terbaik mesti datangnya dari artis.
Ni pendapat peribadi Mak Esah je lah. Korang tak setuju tu lantak la. Haha
- Mak Esah -
Quote minahsleepy 21-9-2016 10:40 AM
suke kapel nih
Quote fynnkakiblock 21-9-2016 10:41 AM
bambimo replied at 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina  ...

Suke sgt dgn mak esah  
Quote hotmak 21-9-2016 10:44 AM
bambimo replied at 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina  ...

Insaf saya baca mak esah  

Tapi nak kata Noh penyebab Nina berubah pun tak jgk, kira dorang sama2 usaha berubah
Quote Azel 21-9-2016 10:46 AM
Semoga istiqomah
Quote rosasa 21-9-2016 10:49 AM
semoga till jannah noh-nina
Quote senduhazab 21-9-2016 10:54 AM
Sokong Mak Esah
Tapi tetap suka couple Noh & Nina
Ala Mak Esah ni, tak sporting lansung. kalau artis perangai hazabedah Mak Esah hencap. Kalau yang baik tu toksah la nak kata bukan-bukan. Dah kata artis tu suruh jadi role model. ni role model yang baik la ni. Doakan yang baik2 sudah
Quote ajuliana 21-9-2016 10:55 AM
bambimo replied at 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina  ...

adoilah mak esah... tapi iollss agree dgn mak esah.. ramai je kat luar sana kawen pun simple buat yang wajib je.. sebab depa bukan retis so xde lah org nk jadikan sumber inspirasi gitu lah kan.. tapi bagus pasangan ni sama2 menuju ke arah yg benarrrrr.. dulu kemain mizz nina kena  hencap ikut konsert yg penaja syrikat arak gitu.. tp sekarang sejuk je tgk
Quote doublethread 21-9-2016 10:55 AM
Maka #couplegoal lah kata bbnu

Aku ok je depa dua orang ni. Cool je.

Pada yang nak berinspirasikan artis, hak dia. Yang nak berinspirasikan couple biasa pun hak dia. Kita tak suka satu benda, silakan. Tapi takyah buang masa persoalkan kenapa orang lain suka
Quote bambimo 21-9-2016 10:56 AM
hotmak replied at 21-9-2016 10:44 AM
Insaf saya baca mak esah   

Tapi nak kata Noh penyebab Nina berubah pun tak jgk, kira dorang  ...

i pun xde masalah dengan Noh dan Nina
mmg suka tgk couple ni
mmg mengujakan la perubahan drastik Nina...boleh inspired ramai orang
hehehe
Quote chinta89 21-9-2016 10:57 AM
suka pasangan ni. semoga cepat2 dikurniakan anak. Amin.
Quote Hotatei 21-9-2016 10:57 AM
bambimo replied at 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina  ...

Hahahaha. Totally agree!!!
Quote fcl29 21-9-2016 11:01 AM
bambimo replied at 21-9-2016 10:39 AM
Persatuan Makcik Puaka
7 jam ·
Masing-masing rasa "inspired" dengan cerita Noh kahwin Miss Nina  ...

nama pon artis mak esah oi... ramai kenal... ramai nk tau kehidupan mereka, itu tercetusnya gosip2 spt ruangan forum ni...setakat org2 biasa ni, kisah2 mereka nnt akhirnya seperti angin nan lalu je nnt...

Quote JeNaB_PopPop 21-9-2016 11:04 AM
kaknab pun suka couple ni...kaknab doakan noh-nina cepat dapat anak ye......
Quote mokcikKSKB 21-9-2016 11:06 AM
CARI-IIN replied at 21-9-2016 10:33 AM
Oleh Izzah Abbasy

Berkahwin kerana Allah berbeza dengan kahwin kerana nafsu. Sebab itulah sebelum  ...

I dunno whether this crita isbtrue or not. Dulu bukan ada gosip masa depa baru kawin depa dua ni kaki tonggggh ker? Bukan nk kutuk ke ungkit. Tp aku x rasa noh jenis buat stetment bajet2 gud mcm ni.
Infact aku tgk romantika depa dua pon noh yg slalu kata nina ni yg rajin ajak dia ke arah kebaikkan. Xde istilah sape bimbing sape pon.tp depa dua mmg nk berubah...
Quote lotionmilo 21-9-2016 11:09 AM
Mmg lah mizz nina ni nak carik yg beriman
Semua dia dah adaaa
Quote ninalee 21-9-2016 11:10 AM
apa2 pun, suka sgt tgk couple ni. semoga istiqomah

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068399 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top