CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Perlu Berpantang 100 Hari Selepas Bersalin?

21-9-2016 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5518| Komen: 1

Description: Dipercayai jika berpantang tamat terlalu awal atau tidak dilakukan dan melanggar pantang dikhuatiri
Oleh Izzah Abbasy

"Janganlah langgar pantang selepas bersalin, nanti bentan!" Selalu sahaja dengar ayat itu jika berpantang bersama ibu atau nenek dan moyang. Bukan apa, mereka terlebih dahulu makan garam berbanding kita, jadi sudah tentu mereka lebih arif bab pantang larang selepas bersalin.

Bukan sahaja pantang daripada segi pemakanan, penjagaan dalaman dan tugasan rumah malah wanita berpantang daripada melakukan hubungan seks seeloknya sehingga genap 100 hari ataupun selepas tiga bulan.

Secara normal pantang 44 hari sahaja tetapi ada yang berpantang selama 100 hari. Pantang lebih lama lagi bagus. Jika berpantang selama 100 hari ia  membantu wanita mengembalikan bentuk badan kepada asal, memulihkan organ pembiakan, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj.


Dipercayai jika berpantang tamat terlalu awal atau tidak dilakukan dan melanggar pantang dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.
 
Waktu inilah suami harus peka dan faham dengan situasi si isteri yang selama ini berperang dengan emosi dan kudrat mereka sewaktu sesi melahirkan bayi mereka.

Jadi, suami perlu memberikan sokongan moral agar emosi isteri kembali pulih.


Lelaki juga perlu tahu, kebanyakan isteri menjadi lebih dingin selepas melahirkan. Ini kerana...

1. Keletihan dan kelesuan daripada tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru.

2. Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan.

3. Menyusu badan menyebabkan cairan di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan.

4. Malu dengan selulit selepas bersalin teruk di bahagian perut.

5. Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.

6. Kerisauan mengenai kesan jahitan di bahagian bawah yang menyebabkan rasa untuk melakukan hubungan kelamin juga menurun.
26

Bagus
43

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
25

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fulusss 21-9-2016 01:35 PM
Pantang bersama suami pun selalunye 100 hari jugak kan?

Ade cadangan tak macam mane nak handle.. Sebab kadang tu terlanggar jugak..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043314 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top