CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Ahmad Buka Mulut Tak Dijemput Ke Majlis Saharul Ridzwan

22-9-2016 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 40214| Komen: 292

Description: Katanya mereka bersahabat baik, tapi tak dijemput?
Oleh Izzah Abbasy

Edisi terlupa atau sudah menjemput bagi pihak? Sungguhpun begitu, pelakon Mia Ahmad mendedahkan dia tiada di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir, minggu lalu disebabkan tidak mendapat jemputan, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan individu tertentu.

Katanya, dia perlu bersuara menjelaskan keadaan supaya nanti isu berkenaan tidak dipanjangkan yang dibimbangi boleh menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak.


Walaupun awalnya Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi keberatan mengulas isu dibangkitkan netizen, akhirnya bintang Hati Perempuan itu membuka mulut.

"Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

"Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat,"
katanya kepada BH Online.



Terdahulu, Mia yang turut dilantik sebagai duta portal Tonton bersama Saharul pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor terbabit ketika mereka digandingkan menerusi drama bersiri Hati Perempuan, tahun lalu.

Hubungan yang kononnya disifatkan sebagai cinta lokasi bagaimanapun dinafikan kedua-dua pihak selain masing-masing memaklumkan mereka sekadar bersahabat baik. - CARI




15

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
26

Sedih
36

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 21-9-2016 04:39 PM
1 keje lak netizen jadi batu api
Quote kakasotong 21-9-2016 04:43 PM
Eh ingat sheols haritu yg bgambar ngan pengantin pakai shawl hitam bergroup photo skali masa resepsi saharul utk fans heols

Ni sape sbnrnya yg xkasik jemput? Saharul ke deena?
Quote damian_lee 21-9-2016 04:44 PM
betul ke diorang ada hubungan istimewa .... ???
kalau betul la gossip mia dengan pemain goal tu lebih dulu bertebaran .. mungkinkah Mia yang curang?
sehingga saharul  pun memutuskan untuk menikah dengan siap sahaja yang datang ????
Quote CikRoyanners 21-9-2016 04:48 PM
Sampai hati Saharul x jemput Mia , kata haritu kawan baik . Duta TonTon gak kan  
Quote elamor 21-9-2016 04:50 PM
Teringat masa saharul dan mia jadi presenter masa abpbh, sepantas kilat saharul berckp tak senang diri nengoknya. Mia di sebelah kelihatan aman2 saja

Sekadar kawan baik katanya tapi kenapa tak jemput datang tak datang belakang cerita
Quote kaksom 21-9-2016 04:54 PM
amboi tt tajuk.. sedihnyaa


Quote cikperiukkera 21-9-2016 04:56 PM
Sian kau dekkkk...x djemput
Quote minahsleepy 21-9-2016 04:57 PM
benang pak saha lg satu tu pn x abis hencap..sambung plk ke sini

motip ramlal n pogo x jemput mia..bkn besfren ke
Quote hanna88 21-9-2016 04:58 PM
Motip sangat deme berdua ni..mesti ade something2 sampai x d jemput..retis lain ade pulak
Quote nina2825 21-9-2016 04:59 PM
Tajuk yg Tt bagi, buat ai terus nk baca benang ni....

Kesian kak mia .. nak buat cmne skrg saha da dpt barbie doll yg lainn xmo da
Quote garnierblue 21-9-2016 05:03 PM
sampainya hatimu saharulllll...ku keciwaaaaa
Quote garnierblue 21-9-2016 05:06 PM
minahsleepy replied at 21-9-2016 04:57 PM
benang pak saha lg satu tu pn x abis hencap..sambung plk ke sini

motip ramlal n pogo x jemput  ...

malang sungguh nasib pasangan ni

motip sgt kan tak jemput kate kawan baik. ko kejam rul ko kejam.. awat takut bini muncung ke depan sedepa ka?
Quote chicsee 21-9-2016 05:08 PM
damian_lee replied at 21-9-2016 04:44 PM
betul ke diorang ada hubungan istimewa .... ???
kalau betul la gossip mia dengan pemain goal tu leb ...

Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk tayang2 je. Teruk Deena n family termasuk kawan2 rapat dia kena attack kat IG and twitter masa drama Hati Perempuan ngan meletop. Brutal fans Mia ni.
Quote damian_lee 21-9-2016 05:08 PM
chicsee replied at 21-9-2016 05:08 PM
Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk ...

Fans mia memang macam tu ....
Quote pichee 21-9-2016 05:09 PM
Disebabkan keproparaan couple itu..jd aku team mia utk kes ni...

Tp ko tetap kayu dik...aritu akak tgk lakonan ko menantu 3 rse..hg ckp utara kan..x dpt rasa lakonan ko..hmm..mcm mne ni dik
Quote sheqim 21-9-2016 05:10 PM
Gitu pulok..ku ingat gosip je saha bercinta ngan miakayu..

Maigoddd..kayu betol u blakon miakayu..cite kelako pon kayu...
Quote elamor 21-9-2016 05:10 PM
chicsee replied at 21-9-2016 05:08 PM
Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk ...

Kaum kerabat deena attack org pun apa kurangnya.
Quote ariellin 21-9-2016 05:10 PM
boleh tak iols nak speku mia rijek sahar..pastu sahar frust.. pastu try balik si deena pogo..cinta berputik kembali konsepnya...ok jom kawenn.. sahar nak jemput mihah datang mai kenduri tp dibantah keras oleh deena pogo... dan berbhgiaa la sahar ramlal dan deena pogo ke akhir hayat..

iols speku je occay..speku
Quote garnierblue 21-9-2016 05:12 PM
chicsee replied at 21-9-2016 05:08 PM
Rasanya SR ngan Deena dah berkawan dari sebelum dia popular dan tk pernah putus kot. Cuma SR tk nk ...

yg ni ke chuols?


Lihat semua komen(292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072094 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top