CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Cantik Persis Artis Siam? Cubalah Skrub Homemade Ini!

13-10-2016 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7911| Komen: 23

Description: Cantik itu adalah subjektif. Ada yang mahu cantik luaran untuk kepuasan diri sekali gus meningkatkan tahap keyakinan diri. Tak kurang juga yang pentingkan kecantikan dalaman. Kalau memiliki kedua-dua ...
Cantik itu adalah subjektif. Ada yang mahu cantik luaran untuk kepuasan diri sekali gus meningkatkan tahap keyakinan diri. Tak kurang juga yang pentingkan kecantikan dalaman. Kalau memiliki kedua-dua kecantikan ini, lagi bagus.




Kepada anda yang ingin kelihatan cantik tapi mahu berjimat, mari kita buat sendiri skrub muka diperbuat dari beras! Tak perlu keluar modal banyak, hanya memerlukan sedikit daya usaha untuk pembikinan 'homemade' skrub ini. Tak susah mana pun, kesemua bahan digunakan boleh didapati di dapur anda.

Tips kulit cantik ala  tradisonal Thailand ini sangat sesuai bagi wanita yang ingin berubah seperti artis cantik film-film Thailand. Skrub beras ini bukan sahaja boleh mencerahkan kulit muka dan badan, ia juga membuatkan kulit lebih berseri tidak kusam. Selain itu, kulit jadi lebih licin, lembut, halus dan mulus.



Bahan-bahannya:

1. Beras - Guna beras yang ada di dapur anda untuk tanak nasi setiap hari (bebas nak pakai jenama apa pun). Kuantiti beras terserah kepada anda mahu guna banyak mana. Kalau buat banyak, boleh disimpan dan mudah untuk diguna bila-bila masa. 



2. Kunyit (opsyenal) - Seeloknya guna kunyit hidup tapi kalau tak ada, guna serbuk kunyit pun tak mengapa. Hiris halus-halus dalam seruas.



Cara menggunakannya:

1. Kisar kering atau tumbuk beras dan kunyit. Jangan kisar terlalu kasar, nanti terluka pula badan dan jangan terlalu halus, takut tak terasa pula masa skrub nanti.



2. Basahkan muka atau badan terlebih dahulu kemudian ambil kuantiti beras kisar yang diperlukan, sapu dan gosok pada mana-mana bahagian yang diperlukan. Nak skrub seluruh badan pun boleh kalau anda rajin. Ingat! Jangan gosok terlalu kuat dan kasar pada muka, bimbang terluka. Amalkan dua atau tiga kali seminggu, dan lihatlah hasilnya! 

3. Skrub ini boleh dicampurkan dengan madu, lemon atau asam jawa semasa digunakan.

4. Jika muka anda berjerawat atau bermasalah seperti kering, akan rasa sedikit pedih tapi tak membahayakan.


Kelebihan skrub buatan sendiri ini tidak menggunakan bahan kimia, jadi ianya terjamin lebih selamat sebab kita sendiri tahu apa kandungan yang digunakan. Selain kulit akan rasa lebih lembut dan halus, skrub ni mampu menanggalkan sel-sel mati pada kulit.

Mudah saja kan? Semudah belajar ABC. Selamat mencuba dan menjadi lebih cantik! - CARI

29

Bagus
26

Marah
32

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 13-10-2016 12:08 PM
Ok...mmg tgh cr natural skrub
Quote prettyuglybabe 13-10-2016 01:14 PM
ok.. boleh try klu rajin
Quote amyza 13-10-2016 02:30 PM
Kalau nak letak kunyit tu make sure esoknye tak keje tidak kuning2 muka
Quote chinta89 13-10-2016 02:49 PM
mmg best.. iols  selalu gak buat. rse mcm panas2 n tegang kulit muka. biasa buat malam atau ptg lps blk kije. penah tetido hri tu.. sejam lebih baru basuh.. muke kuningggg ko!
Quote jerukkedondong 13-10-2016 03:04 PM
Tapi pnggunaan scrub ni lg best klu orang yg tolong tenyehkn kt muka dn bdn kita kan...
Quote mzzenma 13-10-2016 03:26 PM
mzz memang ada satu tupperware scrub ni dekat rumah..satu bekas lagi scrub kopi

best scrub ni tapi jenuh lah nak mencuci toilet lepas tu heheh
Quote becir 13-10-2016 03:48 PM
serbuk teh dan kopi pun ok jugak...kopi paling best kot, moisturizing too..
Quote jazaa100 13-10-2016 08:23 PM
pearl.silver replied at 13-10-2016 12:08 PM
Ok...mmg tgh cr natural skrub

Beli je bedak rambai....
Sepaket rm3

Mek-mek kelate rajin guna....
Quote jazaa100 13-10-2016 08:24 PM
becir replied at 13-10-2016 03:48 PM
serbuk teh dan kopi pun ok jugak...kopi paling best kot, moisturizing too..

Guna kopi 434....

  
Quote pearl.silver 13-10-2016 09:18 PM
jazaa100 replied at 13-10-2016 08:23 PM
Beli je bedak rambai....
Sepaket rm3


Ahaaa bedak rambai ada lg...
Sekali bancuh bau satu rumah..hihi
Tp kasar sikit kne gosok lembut2
Quote mirandanicky1 14-10-2016 08:30 AM
Memang bagus cuma rajin atau malas je..nk senang beli yg dah sedia digunakan dlm tube.
Quote Nadya_calista 14-10-2016 01:39 PM
mzzenma replied at 13-10-2016 03:26 PM
mzz memang ada satu tupperware scrub ni dekat rumah..satu bekas lagi scrub kopi

best scrub ni tap ...

macamne nak buat scrub kopi..?
Quote AppleJack 14-10-2016 07:41 PM
scrub kacang hijau pun best...kisar jgn halus sgt tapi jgn kasar sgt...scrub lepas sabun masa mandi..kulit jadi lembut..tak silap petua wanita india selatan..
Quote awanjingga 17-10-2016 12:57 PM
amyza replied at 13-10-2016 02:30 PM
Kalau nak letak kunyit tu make sure esoknye tak keje tidak kuning2 muka

jgn letak kunyit tu byk sagt

ok je aku dh cuba...
brkesan jugak..tpi kena rajin la...
Quote alia_borhan 22-10-2016 09:59 AM

Tumpang lalu....

Nak pakai mask semudah 1 2 3

face mask dari korea...

berminat boleh whatsapp alia 018 979 6095
Quote Ipo 22-10-2016 06:34 PM
saya pulak guna beras +daun pegaga
kisar dan buat scrub
Quote MezakSeng 27-12-2016 08:35 AM
Pakai je kopi/soda bicarbonate...hampas kopi jimat sikit..
Quote fefeeling 1-1-2017 11:00 PM
Homemade sometimes can cost more sobsobs..
Quote fefeeling 1-1-2017 11:00 PM
Boleh lah kot cuba kalau ada masa hehehe

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.057782 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top