CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Tembelang, Tikam Bakal Abang Ipar!

17-10-2016 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 85907| Komen: 869

Description: Dalam pertengkaran itu suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada ...
Masalah status perkahwinan punca pembunuhan berlaku!

Kejadian pembunuhan tersebut terjadi kira-kira 11.30 pagi kelmarin yang bertempat di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam). 

Menurut laporan Bernama, mangsa yang berasal dari Kelantan iaitu Mohd Sukri Hussin ketika itu hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinan suspek yang berasal dari Kuala Terengganu.

Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa abang kepada bakal isteri suspek.


Dalam pertengkaran itu suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, suspek Muhammad Hafiz pada asalnya akan berkahwin dengan adik kepada mangsa dalam masa terdekat ini. 

Namun berikutan keluarga mangsa curiga dengan status petrkahwinan suspek, jadi membuat semakan di pejabat  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), pada masa itu suspek turut hadir bersama.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan seorang rakannya. Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini.”

Tambah ACP Wan Abdul Aziz lagi, pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- CARI

sumber foto: mstar


sumber foto: fynnkakiblock


25

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:14 PM
Calling for @Syd
Quote aechae 16-10-2016 03:16 PM
Muka dlm fon tu ke laki yg mati ke yg pembunuh?
Quote jazaa100 16-10-2016 03:17 PM
Byknya darah.......


Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:18 PM
aechae replied at 16-10-2016 03:16 PM
Muka dlm fon tu ke laki yg mati ke yg pembunuh?

suspek kes katanya
Quote xAthenax 16-10-2016 03:19 PM
ni muka siapa weh? The abang or pembunuh tersebut?
Quote Sazida 16-10-2016 03:19 PM
fynnkakiblock replied at 16-10-2016 03:09 PM
Berita dari Facebook Jkkk Fan Club
Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Tereng ...

Kalau jantan ni si pembunuh selayaknya ditangkap dan dibunuh jua. Rupa mcm lesung batu.bodoh punye pempuan. Abg ko dh mati, suke la ko kn? Ishhh
Quote aechae 16-10-2016 03:19 PM
fynnkakiblock replied at 16-10-2016 03:18 PM
suspek kes katanya

Ooo kasanova yg dh berbini 2 x sedar diri nk kawin lg lh ye? X ensem ponn  
Quote missDollie 16-10-2016 03:20 PM
Ngerinya! Tak pasal Abang jadi korban..
Quote xAthenax 16-10-2016 03:22 PM
aechae replied at 16-10-2016 03:19 PM
Ooo kasanova yg dh berbini 2 x sedar diri nk kawin lg lh ye? X ensem ponn

jenis tanam tebu di bibir?
pandai ngayat
Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:22 PM
Suspek melarikan diri dgn kereta tu. Kereta tu tidak ditukar nama owner masih owner lama. Owner lama nama Cikgu Azri dan polis bawa cikgu tu ke balai polis utk diambil keterangan.
Suspek masih dicari. Ada salah faham ttg pemilik kereta tu.
Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:23 PM
xAthenax replied at 16-10-2016 03:19 PM
ni muka siapa weh? The abang or pembunuh tersebut?

gambar suspek. suspek melarikan diri guna kereta tu.
Quote mawar_pink 16-10-2016 03:23 PM
percaya lg sang kekasih dr si abang...
Quote R2D2 16-10-2016 03:25 PM

Maut di tangan bakal adik ipar

KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Seorang lelaki maut di tangan bakal adik iparnya setelah ditikam dipercayai menggunakan pisau di pekarangan tempat letak kereta di Kompleks Sri Iman di sini pagi ini.

Mangsa, Mohd. Shukri Husin, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat enam kesan tikaman termasuk di dada dan leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa dari Kelantan dikatakan berkunjung ke Pejabat Agama Kuala Terengganu bersama beberapa ahli keluarganya bagi membuat semakan mengenai status bujang adik iparnya yang diragui itu.

“Suspek turut datang ke pejabat agama dan selepas pemeriksaan dibuat didapati lelaki berkenaan masih lagi dalam status berkahwin maka daripada situ wujud perbalahan antara mereka.

“Suspek dan mangsa yang masih berbalah kemudian keluar dari pejabat menuju ke arah tempat letak kereta dan tiba-tiba supek mengeluarkan pisau untuk menikam mangsa. Polis menemukan enam kesan tikaman dengan dua daripadanya di dada kiri dan leher,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Wan Abdul Aziz, suspek dikatakan akan berkahwin dengan adik mangsa tidak lama lagi.

Katanya, selepas kejadian itu suspek yang berusia 29 tahun dari Manir itu kemudian terus melarikan diri dengan seorang rakan lelakinya menggunakan kereta Honda Civic.

“Siasatan awal polis menjumpai kertas berukuran kira-kira enam inci yang tercicir di lokasi kejadian dipercayai bagi membalut pisau itu,” katanya.
Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:25 PM
aechae replied at 16-10-2016 03:19 PM
Ooo kasanova yg dh berbini 2 x sedar diri nk kawin lg lh ye? X ensem ponn

gambar perempuan tu ke kekasih suspek. mcm cun jgk.. syglaa
Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:26 PM
R2D2 replied at 16-10-2016 03:25 PM
Maut di tangan bakal adik ipar

KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Seorang lelaki maut di tangan bakal a ...

terima kasih
Quote Innrukia 16-10-2016 03:26 PM
cinta kerana nafsu... ni la jadinya
Quote nurul_akmar 16-10-2016 03:26 PM
kesian kat abg dia..
Quote Inezkhalidi 16-10-2016 03:26 PM
Innalillah...sian arwahnya. Nak selamatkan adik nyawa sendiri tergadai. Tu kalau adik dia tak insaf lagi, tak tahu nak kata apalah...
Quote fynnkakiblock 16-10-2016 03:28 PM
Inezkhalidi replied at 16-10-2016 03:26 PM
Innalillah...sian arwahnya. Nak selamatkan adik nyawa sendiri tergadai. Tu kalau adik dia tak insaf  ...

innalillah utk abang perempuan tu

Lihat semua komen(869)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.266748 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top