CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengidam KFC? Kini Anda Boleh Nikmati Aromanya Setiap Masa Di Rumah!

8-12-2016 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5740| Komen: 16|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Bagi penggemar dan pencinta masakan dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), pernahkah anda terfikir untuk menikmati aromanya setiap hari?
Bagi penggemar dan pencinta masakan dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), pernahkah anda terfikir untuk menikmati aromanya setiap hari?

Jika ya, anda bernasib baik kerana KFC kini mencipta lilin wangi yang mengeluarkan aroma persis di restoran makanan segera berkenaan. Malah, anda boleh menikmati aromanya setiap hari di rumah.

Hanya 25  batang lilin dikeluarkan, tetapi sayangnya, lilin ini tidak dijual di pasaran. Produk edisi terhad itu hanya diberikan kepada pelanggan di New Zealand yang berjaya mendapatkan cabutan bertuah.


Sumber foto: IG KFC

Menurut portal Telegraph, Syarikat KFC memuat naik foto lilin itu menerusi laman sosial Instagram rasminya beberapa minggu lalu dan menjemput pengikutnya untuk memberikan saranan produk baru yang mereka mahu syarikat itu keluarkan.


25 pemenang yang berjaya memberi saranan terbaik menerima lilin wangi yang mengeluarkan aroma dari dapur restoran berkenaan sebagai hadiah.

Antara saranan diberikan termasuk, lipgloss berperisa Ayam Goreng KFC, minyak wangi KFC dan losyen badan.

Wah! Kalau dah terhidu aroma ayam goreng KFC, pastilah perut akam berkeroncong mahu diisi dengan makanan dari restoran itu pula. Ada sesiapa berminat dengan lilin KFC ini tak? - CARI
8

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 8-12-2016 06:30 PM
blh gemuk juga
xsuka bau ayam kfc trus pning
Quote siskepoh 8-12-2016 06:38 PM
xkose sissss...
Quote cahayahati 8-12-2016 06:45 PM
Iols x leh bau ayam kepsi ni.....allergik!
Kalau terbau je,perut terus jd lapar balik walaupun bru lepas mkn lunch
Quote dubuk 8-12-2016 07:51 PM
cahayahati replied at 8-12-2016 06:45 PM
Iols x leh bau ayam kepsi ni.....allergik!
Kalau terbau je,perut terus jd lapar balik walaupun ...

aish aish aishhh.. dubuk pun sama! yang ada jagung tu sedappp
Quote HannahMontana 8-12-2016 08:15 PM
ketagih tu kita bimbang campur dgn bahan yg bukan2....yg pelik2....
Quote WajibulGhunah 8-12-2016 08:20 PM
Benda sedap mmg la boleh ketagih
Toksah pikir la ada pelaris ke ada dadah ke arak ke apa
Just yakin k
Quote cik-jaja 9-12-2016 06:10 PM
err ade ke yg nk lilin ni
Quote BoongaKertas 13-12-2016 09:30 AM
meols nakkk!!!  
Quote mesmerize 13-12-2016 03:49 PM
kualiti kfc dah merudum betul skrg yea
tadi acah2 lapar pegi la makan kfc
amik ngan nasi tu sebab ingat bole kenyang sampai malam so takyah la makan berat lagi utk dinner
sekali ayam tak habis, nasi pun tak habis.. tak sedap betul dah di tekak ai
sementelah kfc tu takde orang so ada budak kfc ni takde kerja nak buat agaknya, duduk meja sebelah ai pun usya je kenapa kakak ni makan tak habis..
ai pun cakap kat dia.. tak habis la dik.. akak takde selera..
walaupun sebenarnya nak cakap, dik kenapa kfc dah tak sedap?
Quote emeralda 14-12-2016 04:52 PM
hmm, kalu bau kfc tanpa kfc, mcm pelik je rasa
Quote doublethread 18-12-2016 05:17 AM
Memang la suka kepsi tapi idok le hadap nak bau kepsi satu rumah. I stick to levender
Quote samperit 24-12-2016 10:13 AM
bau ayam kepsi ni kadang2 boleh lah...kalau selalu sgt loya plak
Quote KakManja 26-12-2016 05:29 PM
sedapp weii kalau cam kfc..
Quote KakManja 26-12-2016 05:29 PM
sedapp weii kalau cam kfc..
Quote sssf83 29-12-2016 04:28 PM
crispy tenders tu sedapppp.. bau kfc ni mmg buat terliur bila time lapar. tapi bila dah dpt makan kfc, terus tak nak dah bau tu, rasa kembang tekak terus. so taknak la candle ni..
Quote fefeeling 1-1-2017 03:14 PM
Hahaha no thanks! Habis baju aku pegi keje bau KFC semerbak >_<

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062631 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top