CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tular Lagi, Kedai Kek Singgit Jual Sepotong Kek Cuma RM1!

14-12-2016 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18908| Komen: 39|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Apa dia, sepotong kek dijual dengan harga cuma RM1? Biar betul?

Apa dia, sepotong kek dijual dengan harga cuma RM1? Biar betul?

Mungkin itulah yang terpacul di mulut ramai pelanggan yang seakan tak percaya dengan harga kek di kedai ini. 


Namun, ia benar terjadi dan sebuah kedai bernama Kedai Kek Singgit yang terletak di Bachok, Kelantan sememangnya meriah dengan sambutan sehingga orang ramai terpaksa beratur panjang!

Setiap potong kek dijual dengan harga RM1, malah terdapat sesetengah kek dijual dengan harga RM10 untuk sebiji kek. 

Antara kek yang mendapat sambutan termasuklah kek tiramisu, black forest, red velvet cheese, mango heaven dan sebagainya. 

Yang uniknya, kedai kek Singgit ini mempunyai masa tertentu untuk menjual semua produknya termasyuklah kek, donut dan pizza, seperti berikut:

08.30pg = Mula proses kek
11.00pg = Jual Donut RM1

03.00ptg = Jual Kek Slice RM1 & Pizza Rakyat RM15
05.00ptg = Jual Kek Famili
05.30ptg = Tutup kedai

Apa lagi, bagi mereka yang gemarkan pencuci mulut ini seharusnya tak melepaskan peluang mendapatkan kek di sini bila datang ke Kelantan nanti. - CARI









Alamat : 
Plot 782, Blok C, No.16, Jalan Bachok, Kg. Beris Kubor Besar,
Bachok, Kelantan
(Sebelah Ar-rahnu Yapiem. belakang bangunan 7e. Area simpang empat trafic light Beris Kubur Besar)

Masa Operasi :
08.30pg - 05.30ptg
(Khamis & Jumaat Cuti)

Facebook :
https://www.facebook.com/KedaiKekSinggitMSBachokKelantan/
20

Bagus
26

Marah
32

Terkejut
17

Sedih
23

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 14-12-2016 01:36 PM
klu satu slice lebar 4 jari rm1, berbaloi la nak beratur panjang..
kalau takat 1 or 2 jari pastu kena makan beberapa slice nak puas, then sama je kot..
kos buat kek pun bukannya mahal sangat..
cuma time consuming dan tak semua orang ada oven..
Quote chinta89 14-12-2016 01:40 PM
prettyuglybabe replied at 14-12-2016 01:36 PM
klu satu slice lebar 4 jari rm1, berbaloi la nak beratur panjang..
kalau takat 1 or 2 jari pastu ke ...

setuju sgt.. lagipun berapa lamalah bertahan pniagaan gini?

eh nt ade ckp ak x support plk.. x pe at least diorg berusaha dari aku lah yg komen ni hihihi.
Quote WajibulGhunah 14-12-2016 01:49 PM
Gamba tu mcm gamba yg org buat kt tengganu kek singgit tu
Gamba copy paste ke apa??
Ke just gamba hiasan??
Quote RatuDunia94 14-12-2016 02:50 PM
Rasa camne plak? Pd akak x kisah sebenarnya harga murah or mahal kalo bab2 makanan yg penting rasa sedap n puas.. Tp ok la x semua org mampu nk beli kek nama pelik2 kalo harga mahal..
Quote atiqah_bea 14-12-2016 03:16 PM
prettyuglybabe replied at 14-12-2016 01:36 PM
klu satu slice lebar 4 jari rm1, berbaloi la nak beratur panjang..
kalau takat 1 or 2 jari pastu ke ...

Uols..iols penjual kek. Home baker aje since 2009. Brg2 kek mahal naik mendadak sejak dlu. Gulas kastor rm5 sekilo. Tepung dah jadi rm4.20 sekilo. Choc yg premium rm125 2kg. Tu belum kira lagi kekacang yg hrganya semua rm50 ke atas sekilo.

Yg dpt jual kek singgit ni, diorg bermain dgn volume. Diorg ckp kena jual atleast 60biji kek sehari baru ada untung. Brg2 pun kena beli in bulk bru dpt murah byk. Production pun non stop. Cuba bygkan pekerja diorg cnfirm sgt penat sbb kena ngadap kek beratus sehari. Tmpt buat keje pun kena luas. Oven kena besar. Mixer kena ada berbiji2

Sesetgh org x nampak semua ni. Bila ada yg jual murah seringgit je satu, ramai yg beranggapan kitorg penjual kek terutama home baker ni ambil untung byk. Padahal realitinya kitorang je yg thu di zaman abg jib ni   
Quote atiqah_bea 14-12-2016 03:20 PM
WajibulGhunah replied at 14-12-2016 01:49 PM
Gamba tu mcm gamba yg org buat kt tengganu kek singgit tu
Gamba copy paste ke apa??
Ke just gamba  ...

Yg sebetulnya mmg kat bachok. Owner dia mek siti ni mmg ada kilang tepung ptemix. Tu dpt jual kek murah
Quote azimodin 14-12-2016 03:50 PM
Bagi aku la bagus ade kedai bergini. Boleh jadi pilihan untuk orang2 yang kurang mampu. Anak2 mereka juga inginkan kek sekali sekala. Secret recipe satu slice dah RM9. Kalau 3 anak dah   RM27. Bila ade kedai singgit ni RM20 pon dah kenyang makan kek.
Quote prettyuglybabe 14-12-2016 03:53 PM
atiqah_bea replied at 14-12-2016 03:16 PM
Uols..iols penjual kek. Home baker aje since 2009. Brg2 kek mahal naik mendadak sejak dlu. Gulas k ...

dont worry.. iols tahu beza home baker dengan kedai/kilang punya..
yang artikel ni dah sah-sah kedai yang juga jual barang buat kek..
so kos memang banyak sangat jimat..
tak mustahil la boleh jual satu slice rm1..


Quote munchkin 14-12-2016 03:57 PM
nak murah masak/bake sendiri. why always nak control harga orang. bila ko dah masak sendiri then baru ko tahu kos barang tu. they also have to make profit nak bayar bils etc.
Quote emeralda 14-12-2016 04:50 PM
sedapnya nampak.. nyum nyum
Quote yasinfi 14-12-2016 05:05 PM
bila masaak banyak2 ni jaga kebersihan tak...hope jabatan kesihatan selalu buat lawatan..
Quote emelia1509 14-12-2016 05:16 PM
Sebijik kek macam byk slices je..Ok la tu kot jual singgit..

Iols beli homemade baker RM 150 Victoria Sandwhich..Tapi memang best la, dah la penuh fruity..

Yang pix kat atas tu sesuai dgn harga la..Macam biasa je..Ala2 kek span tepek cream atas tu je..
Quote siskepoh 14-12-2016 05:36 PM
bila la pulak nak ada kat kiyell. senang sis nak borong.
Quote Artemesiaa 14-12-2016 06:16 PM
Zaman sekarang ni apa2 yang dijual dengan harga budget selalu dapat sambutan
Quote krustykrab 14-12-2016 10:11 PM
atiqah_bea replied at 14-12-2016 03:16 PM
Uols..iols penjual kek. Home baker aje since 2009. Brg2 kek mahal naik mendadak sejak dlu. Gulas k ...

Baca komen uolls ni teringat sabrina bakery ....mmg murah gila lah kek2 dia dah tu topping melaut boleh kena diabetes tp rege murah tahap gaban, iolls slalu terpikir mcm mn dia boleh survive dgn harga mcm tu, tp tgk skrg mcm maju gila biz dia..staf je dah berkoyan2, hari2 beratus produk kuar..
Bayangkn dia ckp diaguna coklat brand mahal, cheese lagi, mcm mn la dia blh survivekan...
Quote drivethru 15-12-2016 01:22 AM
Aku sekarang tgh menggila makan nadeje mille crepe. Ade ke orang yg jual sepotong seringgit.
Quote chazey 15-12-2016 05:29 AM
Akak tak suka kek murah ini. Rasa tepung saja.
Quote chazey 15-12-2016 05:31 AM
drivethru replied at 15-12-2016 01:22 AM
Aku sekarang tgh menggila makan nadeje mille crepe. Ade ke orang yg jual sepotong seringgit.

Minta maaf ja la.

Tak sangka uol pun konfiden je makan crepe cake deyol. Nadeje tak dapat halal sebab guna elkohol untuk certain cake kan.
Quote chazey 15-12-2016 05:33 AM
krustykrab replied at 14-12-2016 10:11 PM
Baca komen uolls ni teringat sabrina bakery ....mmg murah gila lah kek2 dia dah tu topping melaut  ...

Barangkali sheol campo coklat brand mahal dengan murah. Orang tak biasa baking pun tau pun beda.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091226 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top