CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukit Bendera Amat Perlu Sambungan Kereta Kabel - Nazri Aziz

19-12-2016 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7223| Komen: 32

Description: Sambungan kereta kabel amat diperlukan di Bukit Bendera dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memohon sejumlah RM325 juta bagi pembinaannya. Ianya bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tet ...

Sambungan kereta kabel amat diperlukan di Bukit Bendera dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memohon sejumlah RM325 juta bagi pembinaannya. Ianya bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tetapi juga menjadi salah satu kaedah pengangkutan.


Memetik laporan The Star, demikian yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz selepas merasmikan THE TOP@Komtar di Pulau Pinang kelmarin.

"Kami telah memohon sejak dua tahun lalu dan akan terus meletakkannya dalam cadangan belanjawan sehingga kerajaan mempunyai wang yang cukup untuk itu." 

"Ia bermula dari Taman Botani Pulau Pinang. Laluan pertama naik ke Bukit Bendera dan dari sana penumpang boleh mengambil satu lagi kereta kabel ke Teluk Bahang."

Tambah beliau, stesen kereta kabel yang dirancang di Teluk Bahang akan dibina berhampiran Taman Tema Escape.


Jumlah pengunjung ke Bukit Bendera telah meningkat daripada 200,000 pada tahun 2008 kepada 1.6 juta tahun ini, ujar Nazri. - CARI

sumber foto: Grafik CARI

30

Bagus
24

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 19-12-2016 12:00 PM
Mmg pon..kena beratur panjang nak naik atas.
Quote Joannalee 19-12-2016 12:01 PM
Selia dulu tempat tu... byk tikus ok...besar... geli
Quote alieyrina 19-12-2016 12:40 PM
X perlu pun ....!
Quote Decaffeinated 19-12-2016 01:08 PM
Buat sekali hotel atas tu boleh?

Greenie jgn hencap iols k...
Quote hayati_hassan 20-12-2016 08:18 AM
bagus jugak cadangan tu boleh merancakan industri perlancongan penang
pernah terfikir caner laluan hiking dr teluk bahang ker bukit bendera
Quote sabar_sabariah 20-12-2016 08:44 AM
last aku pergi bukit bendera ni masa umur 10 thn
masa tu masih guna kereta kabel yg slow giler tu
sekarang dah meriah tempat ni ek
kalau nak pergi ni takleh masa cuti sekolah ni
mesti ramai orang
Quote rospinki 20-12-2016 09:25 AM
best best i love paneng
Quote debab_78 20-12-2016 07:12 PM
Aku pergi bukit bendera semalam. Beratur nk beli tiket je dh dkt sejam. Mmg la ada fast lane tuk beli tiket. Tp sorang rm30 so xmmpu la nak berfast lane bagai. 9 org kot fmly nk naik atas tu. Tren tu laju gak weyh.. igtkan slow hamat..  siap berekon (kepam jugak bau sbb tren penuh).  Naik atas mmg enjoy. Byk benda2 baru. Sekali imbas mcm kt genting lak berkabus sejuk mcm tu. Tp me tak lama sbb nk hujan. Sempat la bgambar kt padlock b tulisan love tu... nnti cuti nk g lagi.. sbb tak puas kt atas tu. Plg penting nk g awal pagi so leh lepak lama2 kt atas tu ambil bgambar..
Quote enchikfitz 20-12-2016 07:36 PM
Kalau nak pi Bukit Bendera tu jgn la p time2 hujung tahun.


Tapi view kat sana mmg cun. Baru pergi last week
Quote alesandra 20-12-2016 07:44 PM
apakehei la kat atas tu sampai beratur pjg2?masa aku kecik2 dulu......sendu je....
Quote alesandra 20-12-2016 07:59 PM

bodoh ko...80an lah!
Quote drivethru 20-12-2016 08:11 PM
Xde ke orang nak upgrade kan maxwell hill. Seram betul naik Jeep ke atas tu.
Quote Jajabeans 20-12-2016 08:13 PM
Hazab bukit bendera ni time cuti2 sekolah. Beratur nk bli tiket dh berejam. Nak naik tren pun berejam. Xmo dh aku pi
Quote Lagubestbest 20-12-2016 09:36 PM
Jgn sebut bukit bendera, kenangan geng travel indo jemput aku join bergambar sama dok kat depan kat tengah2 okay sbb ingatkan aku dah jadi otai lone ranger indo kat situ cukup menginsafkan keegoanku.
Quote Mizlyn 20-12-2016 10:36 PM
I beli online..ingat cepat la naik.. sekali kena beratur jugak nak beli fastlane x mampu..sbb ramai ahli keluarga yg ikut

Tobat nak naik dah.. beratur jer dekat 1jam.. naik ketepi rasa x sampai 10min..

Tapi view cantek la.. naik kat area masjid baru rasa sejuk.. i bawa sweater ingat sejuk..panas rupanye hahha
Pastu tengok teropong masuk rm1.. utk 2 min..jenuh nak dpt fokus.. elok dpt fokus view masa lak tamat .. enjoy naik bukit bendera ni..cuma mcm serik la nak naik
Quote DARSITA 21-12-2016 06:41 AM
Korang ni sembang jer lebih ~ meh aii tepek gambar. Aii pegi Bkt Bendera last June. Best wehhh!! bulan puasa kabus tebal terliur tgk minuman buah buahan yang dia orang jual. Ada acara zumba lah silap mata lah. Puas hati sungguh! Turun bukit beli buah pala barang lima nam bungkus!!

Aii naik kereta kecik round round atas tu siap dpt ambil periuk kera. Ahakss!! lepas tu aii bagi tips US dollar ~ suka sangat adik drebar tu taww.
Quote DARSITA 21-12-2016 06:48 AM
penang4.jpg

Btw apa kata buat pusat pelancungan ke rumah banglo mistik ini
Quote DARSITA 21-12-2016 06:49 AM
Penang3.jpg


Staff dia orang boleh tak naik time tak sibuk? some staff tu siap bawa minyak goreng dua tiga botol utk hantar pada ahsoo yang menjual makanan atas Bkt Bendera.

Quote DARSITA 21-12-2016 06:50 AM
Penang2.jpg

Krim salam kat dia ni ;-)

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.079226 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top