CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Meriam Raya Kampung Talang

12-8-2013 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11227| Komen: 42

Description: Memang sudah menjadi tradisi di Kampung Talang, Kuala Kangsar untuk bermain meriam dimalam raya bagi menyambut mereka yang pulang kembali ke kampung. Pada satu ketika dahulu, meriam buluh digunakan. A ...
Memang sudah menjadi tradisi di Kampung Talang, Kuala Kangsar untuk bermain meriam dimalam raya bagi menyambut mereka yang pulang kembali ke kampung. Pada satu ketika dahulu, meriam buluh digunakan. Atas sebab keselamatan, kini penduduk Kampung Talang bermain meriam menggunakan meriam paip besi. Saiznya lebih kurang 2 hingga 3 meter panjang. Bunyi lebih kuat dihasilkan oleh meriam yang lebih panjang. Setiap satu diletakkan antara jarak 8 kaki dengan ketebalan dalam 3 hingga 4 inci dan berdiameter 300mm. Pada satu 'kawasan' meriam, ada 11 pucuk meriam dan semuanya diacukan ke arah sawah padi pada sudut 30 darjah.

Sewaktu penulis berada di tempat bermain meriam, penonton diarahkan supaya berada 5 meter di belakang meriam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Tambahan pula, sisa karbait yang panas berwarna putih akan dilepaskan ke belakang dan kemungkinan berbahaya.
Bunyi yang dilepaskan sangat kuat sehingga bingit telinga dan tanah turut bergegar, malah turut didengari sejauh Sayong di seberang sungai Kuala Kangsar.
Ada tiga kawasan bermain dan setiap kawasan berada pada penjuru tengah sawah padi dan saling berbalas tembakan.
Orang ramai seawal jam 11 malam telah membanjiri kawasan bermain meriam, gerai-gerai makanan dan minuman turut dinaikkan di sepanjang tebing sawah.
Tembakan meriam berterusan sepanjang malam tanpa henti sehinggalah solat hari raya bermula di Masjid Kampung Talang keesokannya.


perang.jpg

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nash^Roy 12-8-2013 04:35 PM
Nabi ada ajar ke time raya kena main meriam..
Quote salimrock 12-8-2013 04:38 PM
mereka ni pakar ke?

Quote lavapost 12-8-2013 04:40 PM
syiokkk je beraya...

Quote jazaa 12-8-2013 04:55 PM
lavapost posted on 12-8-2013 04:40 PM
syiokkk je beraya...

Hari yg makbul berdoa ada 4 mlm- mlm lailatulqadar, mlm nisfu syaaban, mlm dua hari raya-( raya aidilfitri, raya aidil adha)......

Mcmana le malaikat tgok org melayu beraya dgm bakor meriam.....nadib baik aku tak dok kat perak atau sayung.....

Quote lavapost 12-8-2013 04:58 PM
jazaa posted on 12-8-2013 04:55 PM
Hari yg makbul berdoa ada 4 mlm- mlm lailatulqadar, mlm nisfu syaaban, mlm dua hari raya-( raya ai ...

sebelum n selepas main mercun pun boleh berdoa aper....


Quote little_sis 12-8-2013 05:00 PM
maybe ni yg dgr sampai ke kg aku nihh..
mlm raya x putus2 bunyi meriam..
Quote salimrock 12-8-2013 05:48 PM
jazaa posted on 12-8-2013 04:55 PM
Hari yg makbul berdoa ada 4 mlm- mlm lailatulqadar, mlm nisfu syaaban, mlm dua hari raya-( raya ai ...

ini pun org melayu ikut org cina...bakar mercun, bunyi-bunyian..nak halau hantu..syaiton nirrojim..iblis..dsbnye...

pastu esok raya bagi duit raya letak dlm sampul warna hijau....


org islam di Amerika yg berbangsa american diorang mcm ni ke sambut eid?

Quote kakiputaralam 12-8-2013 06:24 PM
Hebat la bangsa perak
Quote jazaa 12-8-2013 06:48 PM
lavapost posted on 12-8-2013 04:58 PM
sebelum n selepas main mercun pun boleh berdoa aper....

HaaH ek.....tgah main pun blh brdoa....m
Quote lavapost 12-8-2013 06:56 PM
jazaa posted on 12-8-2013 06:48 PM
HaaH ek.....tgah main pun blh brdoa....m

Moga moga dapat anak yg soleh..
Quote Nash^Roy 12-8-2013 07:24 PM
Ni sume lbh pd budaya yg xde kena mengena ngan sambutan 1syawal lgsg.. nabi pun mesti heran tgk.. suruh cari ilmu smpi ke china.. ilmu meriam yg melayu carik..
Quote raxief 12-8-2013 08:50 PM


main la benda ni
Quote mak_wa95 12-8-2013 08:55 PM
kuale...............................kuale................panjut le.....meriam le....
Quote sue_0684 12-8-2013 08:56 PM
raxief posted on 12-8-2013 08:50 PM
main la benda ni

pergh...amik kaw...baru ranap satu kg ni..
Quote boyagombak 12-8-2013 09:06 PM
Oghang Sayong Kuale Kangsor kute men meghoyam, deme keturunan panglime ghaje kut
Quote ultra78 12-8-2013 09:15 PM
inilah ajaran melayu bila sambut raya

lagi kuat bunyi meriam, lagi besar pahala

Quote 5229 12-8-2013 09:23 PM
terbaaaikkkk....
Quote batmana 12-8-2013 10:17 PM
Nash^Roy posted on 12-8-2013 04:35 PM
Nabi ada ajar ke time raya kena main meriam..


"dan diharuskan membakar mercun untuk mendapat pahala di awal syawal, kerana dosa akan terhapus tiap kali meriam dibakar dengan kuat......."

~ hadis melayumasakini....  
Quote batmana 12-8-2013 10:19 PM
patut mufti2, sultan tmpt tu, haramkn la benda2 membazir mcmni, bukan budaya, mahupun kehendak islam.
wat malu aja..

ni kalu ada yg terkorban , mampus, barula sibuk nk bagi komen dlm tv..
cm taik semonya...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.129720 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top