Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini menafikan laporan media berhubung kaedah penyeluk saku digital yang telah tersebar luas di media sosial sejak semalam.
Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam satu kenyataannya hari ini, ia berkata, kad sentuh dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu suatu cip yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi. Manakala bagi urus niaga kad dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan TAC (transaksi kod kebenaran) yang dihantar ke telefon mudah alih mereka . "Maklumat penting pada kad juga tidak boleh diperolehi secara seluk saku digital." "Dengan ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan untuk transaksi yang tidak dibenarkan oleh si penipu." Semalam, media melaporkan kaedah penyeluk saku digital dengan hanya memuat turun aplikasi melalui sumber terbuka seperti di Playstore/Appstore.
Pencuri didakwa boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak semeter. Ia juga boleh menggunakan alat pembaca gelombang radio yang boleh didapati di talian. Dengan cara ini pula, pencuri boleh mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak 5 meter. Laporan itu mendakwa, alat pembaca gelombang radio ini dikatakan boleh menyimpan transaksi sekitar RM300 hingga RM1,500 tanpa memerlukan jaringan internet. Dalam pada itu, BNM turut menasihatkan pemegang kad untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa. Sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka telah terjejas atau mereka melihat apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka, pemegang kad berkenaan perlu memaklumkan bank dengan segera.- CARI |
3
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Namun pengguna masih boleh menyimpan data mereka apabila membalut kad ATM payWave dengan foil aluminium
Bagaimanapun presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim) mempertahankan teknologi kad debit baru ini yang mempunyai ciri keselamatan tinggi dan sukar diklon.
bangcak replied at 17-1-2017 11:01 PM
sapa org penting yg bawak masuk paywave nih kat malaysia?
mesti somebody penting sapai 'perlunya' ...
Andyscenes replied at 17-1-2017 10:44 PM
keraguan selama ni trhadap paywave ternyata betul, x ke nyusahkan aku gak kena g bank utk matikan pa ...
RFID (gelombang radio jarak dekat) atau NFC (yang teknologi wireless charger tu)
Lagubestbest replied at 17-1-2017 11:24 PM
Paywave tu nama gempak je, nama teknologinya cuma RFID (gelombang radio jarak dekat) atau NFC (yan ...
ADVERTISEMENT