Eeww, gelilah! Kembang tekak tengok ulat menari-nari dalam makanan, terus terbantut selera makan. Silap-silap kat situ juga muntahkan balik apa yang dah dimakan tadi.
Keadaan ini berlaku kepada seorang wanita ketika dia sedang menikmati makan malamnya, namun tidak bernasib baik apabila ayam goreng dibelinya terdapat ulat yang masih hidup. Siap menari bergolek-golek lagi! China Press Daily melaporkan, wanita dikenali sebagai Chen, 31, membeli tiga bungkus nasi briyani dari sebuah kedai mamak yang baru dibuka di Kuantan kira-kira jam 7 petang. Selain itu, dia turut membeli beberapa ketul ayam goreng serta kari kambing untuk ibu bapanya.
Pujian orang ramai terhadap kedai berkenaan mendorong Chen untuk mencuba makanan di situ dan ternyata ayam gorengnya kelihatan sungguh menyelerakan! Apa lagi, Chen pun terus memutuskan untuk membelinya dan semuanya berjumlah RM38. Ketika ayahnya sedang menikmati nasi briyani, Chen membuka bungkusan ayam goreng dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati beberapa ekor ulat masih hidup di dalam ayam berkenaan. Siapa sahaja yang selera melihat benda menggelikan sedemikian ketika sedang menjamu selera. Mereka terus membawa makanan tadi ke kedai mamak terbabit untuk membuat aduan. Bagaimanapun, pekerja kedai mamak itu hanya mampu memohon maaf dan memulangkan semula duit wanita berkenaan. Namun, Chen nekad memanjangkan perkara tersebut ke pihak berkuasa yang kemudiannya memaklumkan akan menyiasat perkara tersebut. Perkara ini merima pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang mengaitkannya dengan isu status bumiputera untuk mamak. "Kita pula nak bagi status bumiputera kepada mereka, hebat! "Saman saja mamak ni," antara komen netizen. Berhati-hatilah walau di mana sahaja anda membeli makanan. - CARI |
Sazida replied at 31-7-2017 06:38 AM
Kawan iols penah cite dia kena mcm ni. Ade ulat. Mase tu mkn kt situ. Dia bawak nasik n ayam tu pegi ...
ADVERTISEMENT