CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengali Kubur Terjumpa Mayat Dibelit Kuku Sendiri !

21-8-2013 01:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28867| Komen: 217

Description: Tanjong Tokong - Pengalaman Terjumpa Mayat Yang Tidak Diterima Bumi Antara Detik Yang Tidak Boleh Dilupai Oleh Solihin Yusoff, 35, Sepanjang Bergelar Penggali Kubur.
21 Ogos 2013               

Mayat berkuku panjang belit badan


Pengalaman terjumpa mayat yang berkuku panjang menginsafkan Solihin.

TANJONG TOKONG - PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.

        
Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.
        
        “Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.
        

        “Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.
        
        “Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.
        
Kubur bercahaya
Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.
        
Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.
        
Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.
        
Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.
        
Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.
        
        “Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.
        
        “Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.
        
        Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.
        
Rasa ada kematian
        
Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.
        
Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.
        
Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.
        
        “Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.
        
        “Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.
        
Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.
        
        “Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,



9

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 21-8-2013 11:05 AM
kang ada orang recall balik
nih citer recycle

mcm selalu dgr citer mcm nehh
Quote anasue 21-8-2013 11:19 AM
umur 35    pengalaman gali kubur 25 tahun
maknanya sini dia start keje gali kuboq umuq 10 thn ka?
Quote C.K 21-8-2013 11:19 AM
Dia ga punyai hp bercamera kah?...jika tidak saya anggap ia hanyalah sebiah lagi kisah mastika
Quote atira 21-8-2013 11:24 AM
ni artikel dari suratkhabar caprut mana ?
Quote kakiputaralam 21-8-2013 11:25 AM
Cite kesukaan bangsa melayu


Quote kekure 21-8-2013 11:26 AM
anasue posted on 21-8-2013 11:19 AM
umur 35    pengalaman gali kubur 25 tahun
maknanya sini dia start keje gali kuboq umuq 10 thn ka?

Kesian memuda dah kena keje..
Membantu kelorga mencari rezeki lebih baik dari meragut katanya
Quote totokreturn 21-8-2013 11:28 AM
Utuseks kaaa mastika atau keluaran syarikat akhbar benteng melayu terakhir juga cerita nih....ekekeke
Quote reyust 21-8-2013 11:28 AM
macam2 kisah...semoga menjadi iktibar
Quote brums08 21-8-2013 11:28 AM
boleh jadi penulis skrip tanah kubur...
Quote gaara_X 21-8-2013 11:37 AM
benda mulia yang jarang orang kita pandang.....
Quote InVendeTTa 21-8-2013 11:38 AM
takdekah penggali kubur kristian ek?yg kubur2 org kapir2 tu
gamaknye kubur kapir ni lebih seriau dengan segala mcm bagai balasan kubur
Quote hzln 21-8-2013 11:45 AM
InVendeTTa posted on 21-8-2013 11:38 AM
takdekah penggali kubur kristian ek?yg kubur2 org kapir2 tu
gamaknye kubur kapir ni lebih seriau de ...

jgn tatau, sotkabar kapir caprut juga suka juga kluarkan artikel2 sebegini
bbrp tahun lepas di singapura, sewaktu mereka coba mengalihkan sebuah tapak perkububuran lama
mereka telah menjumpai mayat sorang nun yg udah mati 60 taun lalu dlm keadaan masih elok mcm mati semalam saja
wallahuaklam
Quote Al-Patih 22-8-2013 05:13 PM
atira posted on 21-8-2013 11:24 AM
ni artikel dari suratkhabar caprut mana ?

otosan ...
Quote APOLLYON 22-8-2013 09:02 PM
InVendeTTa posted on 21-8-2013 11:38 AM
takdekah penggali kubur kristian ek?yg kubur2 org kapir2 tu
gamaknye kubur kapir ni lebih seriau de ...

Hahahaha!betul betul...takkan aman sentosa jer kubur kapir kan kan,,yg slalu kubur byk bagi nasihat ni kubur moslem jer.meletup,terbakar,wangi,ada ular..jenazah terapung..semua hanya pada kUbur moslem..
Quote MissNigga 22-8-2013 09:07 PM
teringat tyme kecik kecik dulu .. citer cam ni selalu disiarkan Variasari

tapi citer paling best yang selalu difolloww up ialan citer bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis.... terbaekkk
Quote TuntungReturn 22-8-2013 09:07 PM

mastika keluaran utusan pernah mengeluarkan cerita jenazah ulamak dipayungi awan,tka pasal2 lobai kata tu ulamak depa,sedangkan dalam masa yg sama depa kata utusan penipu
Quote TuntungReturn 22-8-2013 09:10 PM

melayu ni kalo mayat tak dapat dikebumikan sebab liang lahad tak muat la mula la kata amalan mayat ni tak baik,banyak buat dosa.aku ade pengalaman mayat tak dapat dikebumikan sebab liang lahad ukuran die tak betol!penggali kubur tu silap kira..mula2 turunkan mayat,tak muat,mayat diangkat,pas tu dah dengar dh dok ckp macm2..last ade pak cik tu amik cangkul buang tanah skit.,muat ja..
Quote Peterpan17 22-8-2013 09:10 PM
MissNigga posted on 22-8-2013 09:07 PM
teringat tyme kecik kecik dulu .. citer cam ni selalu disiarkan Variasari

tapi citer paling be ...

Cerita Tamar Jalis tu cerita paling bodoh aku pernah baca. Smp aku ckp kat mak, jgnlah beli majalah2 begini. Mcm mana minda org Melayu nak berkembang. Byk sgt baca bahan bodoh mcm tu.
Quote MissNigga 22-8-2013 09:14 PM
Peterpan17 posted on 22-8-2013 09:10 PM
Cerita Tamar Jalis tu cerita paling bodoh aku pernah baca. Smp aku ckp kat mak, jgnlah beli majala ...

baca just for fun...
jgn percaya sudeh lew....

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top