CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpan Dlm Asb, Syarat Nak Beli Rumah Baru

30-8-2013 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13577| Komen: 41

Description: Kuala Lumpur: Pelabur Amanah Saham Bumiputera (Asb) Kini Boleh Memiliki Rumah Sendiri Melalui Skim Projek Perumahan Prefer 1malaysia Dengan Bayaran Serendah Rm400 Hingga Rm700 Sebulan. Skim Yang D ...

Kuala Lumpur: Pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Projek Perumahan Prefer 1Malaysia dengan bayaran serendah RM400 hingga RM700 sebulan. 


Skim yang diperkenalkan Konsortium Marak Strategi merangkumi Marak Strategi Sdn Bhd, NCT United Development Sdn Bhd dan Spind Malaysia Sdn Bhd, sebagai pembekal bahan binaan itu, kali pertama diperkenalkan. 

Projek berimpak tinggi itu menggunakan sistem transformasi dan inovasi dalam sektor pembinaan serta kewangan hartanah melalui kerjasama bank, agensi berkaitan kerajaan dan syarikat swasta secara konsortium. 


Menerusi skim itu, pelabur perlu melabur RM200,000 dalam tempoh 25 tahun, sebagai kaedah jaminan kepada sewa beli rumah berkenaan. 

Ia turut mendapat sokongan Gabungan NGO Malaysia; CUEPACS, PEWARIS Malaysia, BATAS Malaysia dan SRIKANDI Malaysia. 

Presiden Kumpulan Marak Strategi Sdn Bhd, Datuk Muhammad Ismail Amairuddin, berkata skim berkenaan akan membantu golongan Bumiputera memiliki kediaman sendiri. 


Nilai sebenar RM360,000 
Skim itu adalah projek pembinaan rumah bersama skim sewa beli bernilai sebenar seperti RM360,000, tetapi hanya mengenakan pembayaran bulanan antara RM400 ke RM700 sebulan. 

Selepas insentif tanggungjawab sosial korporat (CSR) penyewa beli rumah hanya perlu membayar ansuran keseluruhan RM150,000 hingga RM250,000 bersih dalam tempoh 25 tahun, katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium dengan NGO yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, di sini, semalam. 

Turut hadir Presiden Gabungan NGO Malaysia, Md Radzi Daud; Pengarah Urusan Spind Malaysia Sdn Bhd, Catherine Yap; Presiden SRIKANDI Malaysia, Norashikin Abd Ghani dan Presiden PEWARIS Malaysia, Datuk Paduka Ab Malek Ranting. 

Katanya, pakej itu termasuk yuran guaman percuma, cukai pembelian percuma, insurans rumah percuma (MRTA), skim pembayaran ansuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diserapkan dalam pembayaran sewa beli serta insurans perubatan bernilai RM1,200 setahun. 

Beliau berkata, setakat ini 700 unit rumah jenis pangsapuri serta teres dibina di Dengkil, dan daripada itu hanya 263 unit yang hampir 80 peratus siap boleh dijual melalui skim perintis itu.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 30-8-2013 11:28 AM

... tak faham .. apa kean mengena dengan simpanan ASB? boleh jual balik tak rumah tu nanti? kenapa ada perkataan PREFER?
Quote azeotrop2012 30-8-2013 11:34 AM
adoi..sapa yg pandai terjemahan tolong kejapp...tak paham sepatah haram ni
Quote soebyuk 30-8-2013 11:37 AM
tak paham jugak .....
melabur 200k dalam ASB dalam masa 25 thn ....baru dapat   skim perumahan ini.  yg nilai sebenar  360k....

yg baki tuh 150k-250k  .. kena bayar dalam masa 25 thn gak  dgn kadar 400-700/m  .... gitu ka?
Quote leylapple 30-8-2013 11:44 AM
sayawifenikmie posted on 30-8-2013 11:28 AM
... tak faham .. apa kean mengena dengan simpanan ASB? boleh jual balik tak rumah tu nanti? kenapa ...

ye la kak lid...

i pun tak paham...

yang i paham sikit2, kene ada buku asb dan ada buat pinjaman 200k selama 25 thn kat mana2 bank...

tapi kan, rumah tu kan beli secara asing...apa kene mengene dgn asb???

adakah lepas abis pinjaman asb baru dapat beli rumah or 2-2 loan kene berjalan serentak???

kalo 2-2 loan jalan serentak, 'sakit' lah peminjam tu, dahla kene bayar loan asb, kene pulak bayar loan rumah...

atau pun, buat loan asb 200k, then hanya bayar 160k sebab rega rumah 360k??

tak paham la....
Quote leylapple 30-8-2013 11:45 AM
ataupun, dh buat loan asb 200k tu, rumah tu percuma????
Quote azparaguz 30-8-2013 11:56 AM
masih tidak memahami, mohon pencerahan TT
Quote gaara_X 30-8-2013 12:00 PM
banyak yg tersirat dari tersurat...ngan berselindung sangat laa
Quote rospinki 30-8-2013 12:03 PM
leylapple posted on 30-8-2013 11:44 AM
ye la kak lid...

i pun tak paham...

ni kira brdging loan..loan yang kita simpan dalam asb tu works for both purpose satu bagi kt developer thru the bank.

for instance kita amik loan asb 200k masuk asb kat situ dh ada blr bank untung atas angin dah..pastu kat asb this amount will run for dividen and pay for our loan as well.





Quote leylapple 30-8-2013 12:10 PM
rospinki posted on 30-8-2013 12:03 PM
ni kira brdging loan..loan yang kita simpan dalam asb tu works for both purpose satu bagi kt devel ...

mmg ler bila kita buat asb loan, bank dapat untung...

tapi mcm mana proses pembayaran rumah tu pulak berdasarkan simpanan asb???developer dapat dividen tu ker??mcm mana dia dapat?sedangkan buku dan asb loan tu atas nama peminjam, bukan atas nama developer...

dan satu lagi, takder mention pun yang developer amik dividen kita as pembayaran rumah??

Menerusi skim itu, pelabur perlu melabur RM200,000 dalam tempoh 25 tahun, sebagai kaedah jaminan kepada sewa beli rumah berkenaan.

Nilai sebenar RM360,000
Skim itu adalah projek pembinaan rumah bersama skim sewa beli bernilai sebenar seperti RM360,000, tetapi hanya mengenakan pembayaran bulanan antara RM400 ke RM700 sebulan.

Selepas insentif tanggungjawab sosial korporat (CSR) penyewa beli rumah hanya perlu membayar ansuran keseluruhan RM150,000 hingga RM250,000 bersih dalam tempoh 25 tahun, katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium dengan NGO yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, di sini, semalam.
apa kaedah sewa beli??maksudnya bulan2 sewa kat developer ker???maksudnya sepanjang 25 thn tu hidup menyewa??

apa itu insentif CSR?berapa byk insentif tu??dalam bentuk apa?



Quote rospinki 30-8-2013 12:18 PM
leylapple posted on 30-8-2013 12:10 PM
mmg ler bila kita buat asb loan, bank dapat untung...

tapi mcm mana proses pembayaran rumah tu  ...

bukan deviden tu kasi kat dvloper works for both tu masud aku untung kat peminjam tu jgak..

contoh:

loan granted 200k kt asb tu plus dviden dh bole cover utang bayar kt bank balik, tapi ke developer by progress billing payment thru bank direct deduct from asb acct si peminjam.

the calculation simple..cuma developer and banker play safe this time.

dono how to xplain u..
Quote leylapple 30-8-2013 12:27 PM
rospinki posted on 30-8-2013 12:18 PM
bukan deviden tu kasi kat dvloper works for both tu masud aku untung kat peminjam tu jgak..

con ...

i stil dont get it from u

ok...

peminjam labur dalam asb, 200k for 25 year..ini antara peminjam, bank dan asb..peminjam pinjam duit bank, labur dalam asb, asb dapat duit.

developer dapat duit pulak dari mana????

as u said, bank pulak bagi duit yang supposed dikreditkan pada asb..how is this happen?tak mention pun dalam artikel tu?

kalo duit dari bank masuk ke developer, mcm mana dgn asb??means asb bagi dividen free pada peminjam??

mcm berbelit2 la...aku buat escrow account pun tak mcm nie...

konsep ini aku rasa mcm fishy...sebab takkan lah asb senang2 nak bagi dividen kat peminjam, sedangkan duit tu tak dimasukkan dalam akaun asb (in real)

lagi satu, apa membezakan loan asb biasa dgn loan asb perumahan nie???

baik asb yang buat rumah, jual pada peminjam by crediting money dalam asb

dalam hal ini, nampak sangat bank ambik untung atas pagar, dan developer amik untung senang2...

yang tinggal asb ler yang membayar dividen percuma kat peminjam selama 25 thn...
Quote chaintea 30-8-2013 12:35 PM
apa kaitan simpanan ASB and beli rumah?

ada sesape leh explain?


Quote soebyuk 30-8-2013 12:35 PM
pemahaman aii lak .....

asb yg buat business ngan pemaju . so kat sini peminjam /pembeli tidak terlibat.

pembeli/peminjam hanya akan bayar yg balance tuh dalam masa 25thn  dalam 400-700 per month .



utk pinjaman loan asb lak .... peminjam kena tanggung gak setahun dua tahun . lepas pada tuh , dividen drpd pelaburan leh topup ....
Quote rospinki 30-8-2013 12:39 PM
leylapple posted on 30-8-2013 12:27 PM
i stil dont get it from u

ok...

iyerler fishy..makin berbelit lak aku mikir er...over the grace period the lender and buyer settle the loan while developer has to claim to the bank who granted the loan to asb.

over the loan tenure mestila amount tu dh makin kurang direct kredit to pay to the developer, we earn deviden as how much as balance remain.

kalau ko tengok jenis2 loan ni kan mau pinau mata kau..aku dh buat benda ni smua nak citer kat ko memang bebelit2..and ofkos for the sake of bank profit at the end of the day



Quote soebyuk 30-8-2013 12:39 PM
kalau bagi mereka yg tidak buat pinjaman , tapi simpan rm200k .... so untung lah . dapat dividen dari pelaburan ,


hanya bayar  balance rm150k-250k ....  400-700 per month .... .... pemahaman  aii laa ...
Quote abgsedapmalam 30-8-2013 12:40 PM
200k 25thn sebulan byr dekat rm1200 jadi campurkan dgn rm400 ke rm700 tu jadi rm1600 atau rm1900...lepas 25thn rumah dpt asb 200k pun dpt...

asb loan tu thn pertama jer byr lepas2 tu byr pakai dividen yg dekat 16k tu..

idea pemaju ni tak berbaloi sebab lepas 25thn asb loan yg habis hutang tu mereka sapu....

baik beli macam biasa sambil buat loan asb sendiri.. Last edited by abgsedapmalam on 30-8-2013 12:42 PM

Quote leylapple 30-8-2013 12:42 PM
soebyuk posted on 30-8-2013 12:35 PM
pemahaman aii lak .....

asb yg buat business ngan pemaju . so kat sini peminjam /pembeli tidak te ...

yu lupa satu pihak lagi..bank yang granted loan utk asb....
Quote soebyuk 30-8-2013 12:45 PM
rm200k bukan  hak milik pelabur .... rasanya lah ....
peminjam untung sebab just hanya kena bayar  pinjaman yg balance tu sahaja .... ... pendapat  aii la...
Quote leylapple 30-8-2013 12:45 PM
rospinki posted on 30-8-2013 12:39 PM
iyerler fishy..makin berbelit lak aku mikir er...over the grace period the lender and buyer settle ...

itulah i pikir....

i dont think so developer akan dibayar ikut tahun2....mesti dia nak dibayar secara lump sum (yela, rumah dah siap org pun nak belli dan duduk)

sebab tu i pikir, kalo duit tu langsung di bayar pada developer, asb nak bayar dividen based on what???

better lagi antara peminjam, asb dgn developer tanpa melibatkan bank...

adakah bank tersebut bank CIMB???

or developer tu yu-no-hu???

or another bail out project by ASB???

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.436193 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top