CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Pertama Kali Sebuah Tasik Bawah Tanah Terbesar Ditemui Di Planet Marikh

26-7-2018 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2216| Komen: 1

Description: TAMPA 25 Julai - Sebuah tasik besar bawah tanah ditemukan buat pertama kali di planet Marikh sekali gus meningkatkan kemungkinan lebih banyak air dan kehidupan lain yang wujud di planet itu. Ahli a ...

Selama ini, para saintis berusaha untuk merungkai misteri sama ada hidupan pernah wujud di planet Marikh dengan harapan dapat menempatkan sebahagian penghuni bumi ke planet terbabit.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Astro Awani, baru-baru ini buat pertama kali sebuah tasik bawah tanah yang besar di bawah lapisan ais dengan keluasan kira-kira 20 kilometer telah ditemui di planet merah itu.

Ianya sekaligus memberi keyakinan buat para ahli astronomi antarabangsa berkemungkinan terdapat lebih banyak sumber air malah kewujudan hidupan. 

Jurnal sains Amerika Syarikat turut melaporkan, tasik tersebut merupakan cecair terbesar pernah ditemui di planet tersebut.

Tegas Prof Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne di Australia, hasil penemuan itu penting dan amat mengagumkan.


"Air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama."

Dipercayai Marikh pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.

Air tasik itu bagaimanapun tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5 km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.


kredit foto: www.thejakartapost.com

Difahamkan penemuan kali ini adalah dijalankan oleh para penyelidik dari Itali dengan menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003.- CARI

25

Bagus
22

Marah
14

Terkejut
29

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 27-7-2018 09:09 AM
wah menarikk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053106 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top