CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Had laju dikurang 10km sejam..Sila bertabah memandu

10-8-2012 04:53 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9780| Komen: 156

Description: Had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j
KUALA LUMPUR - Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.

Katanya sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.

"Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Wong Shaw Voon dan Timbalan Ketua Pasukan Bukit Aman ACP Mohd Fuad Abd Latif.

Kong berkata semua kenderaan barangan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian juga dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara pada 17 dan 18 Ogos serta 25 dan 26 Ogos.Katanya, larangan tersebut dikeluarkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung masing-masing sebelum dan selepas Aidilfitri.
Sementara itu, beliau berkata Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih di dalam peringkat percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujung tahun ini.Katanya, pada masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi 'blackspot' di seluruh negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkar.
"Kesemua kamera akan dipasang secara berperingkat dan buat masa ini kita lakukan percubaan terhadap sistem tersebut bagi memastikan pelaksanaannya nanti berjalan lancar dan berfungsi dengan betul".Beliau berkata sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan 'Zon Operasi Kamera' yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungan dua kilometer daripada lokasi kamera.
Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.
Dalam pada itu, Kong berkata bagi memastikan keadaan bas dan pemandu dalam keadaan baik, JPJ akan membuat pemeriksaan di 32 buah terminal utama di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada brek dan tayar bas.
"Demi memastikan pemandu bas ekspres bebas dari pengaruh dadah, pasukan narkotik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut bersama membuat pemeriksaan di terminal-terminal bas utama di seluruh negara.
"Selain itu, JPJ juga akan mempunyai pasukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres untuk memerhatikan tingkah laku pemandu bas," katanya.-Bernama


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perang_sivil 10-8-2012 12:44 AM
better jual keta Viva je kat Malaysia ni...
Quote chaoyunjie 10-8-2012 12:47 AM
mudah2n akan berkurangan kadar kemalangan jalan raya kelak
Quote JohnDeSouza 10-8-2012 12:52 AM
better bawak moto chopper aja slow2 50 km/j.pom pom pom
Quote NadineNajmie 10-8-2012 12:52 AM


better 60km/j ........
Quote jejai 10-8-2012 12:53 AM
perang_sivil posted on 10-8-2012 12:44 AM
better jual keta Viva je kat Malaysia ni...


uols jgn ckp macam tu...viva pun boleh lari satu 6 ok
Quote _dj_ 10-8-2012 12:54 AM
Bgs lah tu. kelajuan membunuh.
Quote Muntz 10-8-2012 12:55 AM
Kat jalanraya Pan Borneo camner nak drive laju. Jalan tak berapa smooth satu, satu lagi selalu traffic jam kat area Sarikei dgn Serian. Nak terbang pun kena fikir 2-3 kali.
Quote jonlabu 10-8-2012 12:59 AM
perang_sivil posted on 9-8-2012 05:44 PM
better jual keta Viva je kat Malaysia ni...

viva pun biasa lari 110. kalo aku bwk 80 kat highway baik tumpang lori sayur jer.
Quote Esperanza 10-8-2012 01:00 AM
better jgn buat highway langsung kat mesia yg terchenta nih... kompom kurang eksiden!
Quote matlampir 10-8-2012 01:02 AM
aku nengok VVIP yang polis escort tu berdesup je bawak kete...buat undang2 tapi yg tukang buat pun bawak kereta  camhamjadah je..
Quote DCrystal 10-8-2012 01:13 AM
Pakat naik moto ni la balik kampung yer...
Quote KumbangPolkaDot 10-8-2012 01:18 AM
bukan solution yang baik
Quote mamat2009 10-8-2012 01:25 AM
kalau bawak 80 atau 90, xda nye bahaya....yg eksiden sebb bawak laju tuh, mmg betul2 laju...jalan biase pun lenjan lebih 120..
Quote ohnoLia 10-8-2012 01:26 AM
setuju. ohnolia harap setiap 10km ada buat roadblock jua...
Quote rurouni 10-8-2012 01:28 AM
nasib jalan persekutuan n jalan negeri je, lebuhraya tak.tapi time raya pun mmg byk kete, camne nak byk laju. klau lorong 2 lane boleh bwk laju...tapi definisi laju berbeza-beza setiap org, ade yg satu 3 ke atas baru laju, 90 - satu 2 bwk normal katenye
Quote mysara 10-8-2012 01:55 AM
bawa pelan ngantuk le
dah le perut kenyang...
Quote rdzaccess 10-8-2012 03:03 AM
Ha ha ha ...dapatlah aku tengok Lamborghini bawa pelan pelan...
Quote Presiden_Lanun 10-8-2012 03:05 AM
ohnoLia posted on 10-8-2012 01:26 AM
setuju. ohnolia harap setiap 10km ada buat roadblock jua...

cadangan paling bangang 10Km ada roadblock... baik pakai basikal atau kereta lembu je..
Quote myoujin 10-8-2012 03:12 AM
gila apa... masalahnye bukan had 80km/j tu yang laju.. orang malaysia ni bawak kat 80 jadi 120..,

pikir camne nak bagi orang bawak ikut halaju la bukan turun kan halaju

bangau tol


cuba korang pacak AES tu tiap 1km.. mesti orang bawak berhemah punye

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101877 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top