CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapur Penuh Tahi Kucing

20-9-2013 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16071| Komen: 110

Description: Alor Setar - Tahap Kebersihan Yang Amat Menjijikkan Apabila Tahi Kucing Didapati Bersepah Berhampiran Dapur Sebuah Kedai Tomyam Di Kuala Kedah Malam Kelmarin.
Penguatkuasa menemui tahi kucing dalam sebuah premis yang diperiksa


Kucing dilihat berkeliaran di sekitar premis makanan

ALOR SETAR - Tahap kebersihan yang amat menjijikkan apabila tahi kucing didapati bersepah berhampiran dapur sebuah kedai tomyam di Kuala Kedah malam kelmarin.

Selain itu, keadaan dapur kotor dan persekitaran kedai dipenuhi haiwan berkeliaran yang dapat dilihat sepanjang operasi tomyam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sinar Harian yang turut sama dalam operasi itu mendapati, ramai peniaga tidak mengutamakan kebersihan terutama di bahagian dapur, malah membiarkan haiwan seperti kucing dan tikus berkeliaran bebas di kawasan premis termasuk penemuan tahi kucing di bahagian dapur.

Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar II, Dr Narimah Hanim Ibrahim berkata, 10 notis Perintah Penutupan Premis Sementara membabitkan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, premis terbabit diberi notis tutup selama dua minggu kerana didapati tidak bersih hingga boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada pelanggan.

Dalam tempoh itu, pemilik premis atau pengendali makanan perlu memastikan premis mereka dalam keadaan bersih sebelum pemeriksaan semula dilakukan pegawai kesihatan.

“Kita menasihati pemilik premis dan memberi tempoh untuk membersihkan kedai masing-masing bagi mengelak mereka diseret ke mahkamah.

“Jika masih ingkar, kita tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah mengikut Akta Makanan 1983 atau Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya kepada media selepas tamat operasi itu awal pagi semalam.

Selain notis penutupan, 15 premis dikenakan kompaun MBAS termasuk permit perniagaan tamat tempoh membabitkan nilai keseluruhan RM4,700.

Beliau yang tidak puas hati dengan tahap kebersihan premis makanan yang diperiksa apabila mendapati  pengendali makanan masih tidak mengambil suntikan imunisasi.

“Mereka juga dinasihati mengikuti kursus asas pengendalian makanan supaya dapat meningkatkan dan membaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di premis.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pemilik premis dan pengendali makanan mengambil berat tahap kebersihan,” katanya.

Seorang pengusaha premis sanggup menutup lampu kedainya seolah-olah tidak beroperasi setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di kedai berhampiran walaupun terdapat pelanggan ketika itu.

Selain itu, berlaku pertengkaran pemilik restoran dengan pegawai kesihatan setelah tidak berpuas hati dengan arahan agar premis mereka ditutup serta merta.

Operasi itu disertai 50 anggota penguat kuasa termasuk dari MBAS memeriksa 18 premis makanan bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam.



Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 20-9-2013 09:32 AM
ingat penang td...
Quote miawpink 20-9-2013 09:35 AM
mak aihh kotor nya
bela kucing dan tikus

tikus dan kucing tu kawan baik ke?
Quote alepmama 20-9-2013 09:38 AM
eeeee kembang tekak aku
Quote purpledesire 20-9-2013 09:40 AM
ee..gelinye..pengotor btol la dieorg nie..
Quote rospinki 20-9-2013 09:43 AM
yang ni pulak mesti pegawai tu siap angkut taik kucin letak kat situ
Quote the_killer 20-9-2013 09:44 AM
miawpink posted on 20-9-2013 09:35 AM
mak aihh kotor nya
bela kucing dan tikus

dulu depa bergaduh...nenek moyang kucing dan tikus masa zaman Ais dulu bergaduh...skang dah baik sebab ada perjanjian damai tak silap aku
Quote solstice 20-9-2013 09:46 AM
Benci aku ngan kedai makan yg pengotor ni
Quote miawpink 20-9-2013 09:48 AM
the_killer posted on 20-9-2013 09:44 AM
dulu depa bergaduh...nenek moyang kucing dan tikus masa zaman Ais dulu bergaduh...skang dah baik s ...

terima kasih atas pencerahan
Quote xdielzx 20-9-2013 09:49 AM
ewwww!
Quote dr.R 20-9-2013 09:49 AM
Aku pernah makan BBQLand di cawangan Shah Alam di Seksyen 28, sebelum ni restoren tu kat area dalam Bazaar dan banyak kucing berkeliaran. Pernah tengah makan kucing tu selamba je berak, masa tu orang tak ramai sebab weekday dan nasib baik masa tu dah nak habis makan dah sesi makan dessert. Sekarang ni tempat dia dah cantik dan ok kat area luar dan berkaca, tapi memang tak kan pergi dah sebab masih teringat-ingat lagi.

Quote Peterpan17 20-9-2013 09:54 AM
the_killer posted on 20-9-2013 09:44 AM
dulu depa bergaduh...nenek moyang kucing dan tikus masa zaman Ais dulu bergaduh...skang dah baik s ...

Macai mana?? Ari tu depa dok canang cina pengotor. Skrg ni giliran Melayu pula yg pengotor.
Quote md_nana 20-9-2013 09:56 AM
masalahnya, ramai org suke jek buang kucing kat kedai makan
Quote mute 20-9-2013 11:33 AM
patut la sedap, ade aroma rupenyer
Quote nurfariezza 20-9-2013 01:58 PM
aura taik kusing 2 yg wt tomyam 2 jd sdap...
Quote prettyuglybabe 20-9-2013 02:00 PM
kesian kucing-kucing tu..
Quote jojo67 20-9-2013 02:06 PM
glemer kucing tu masuk paper.......taik kucing memang busuk...selalu akak kena buang taik kucing sejak bela anak kucing ni
Quote setia00 20-9-2013 02:08 PM
tak kesah mane2 negeri pun, mesti ada jugak tempat makan yang kotor..
dekat kl ni besepah kedai makan tepi jalan...
Quote obelisk 20-9-2013 02:14 PM
apesal la gamba ni lucu sgt...

Quote chaintea 20-9-2013 02:17 PM
Euuwwww....

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.267841 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top