CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Masjid Bersejarah Syria Musnah

20-9-2013 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3431| Komen: 0

Description: Beirut - Sebuah Masjid Bersejarah Abad Ke-12 Di Tengah Bandar Syria, Musnah Selepas Terkena Bedilan Bom Dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (Fsa) Dan Tentera Kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Bangunan Masjid Umayyad musnah teruk selepas terkena bedilan udara ketika pertempuran di Aleppo, Syria.

BEIRUT - Sebuah masjid bersejarah abad ke-12 di tengah bandar Syria, musnah selepas terkena bedilan bom dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, pekarangan Masjid Umayyad itu dijadikan medan pertempuran dan lokasi tawanan kumpulan pemberontak.

"Masjid berkenaan dikenali sebagai Masjid Besar Aleppo terletak berhampiran pasar Kota Lama dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.

"Masjid ini pernah rosak teruk ketika pertempuran pada Oktober 2012, seminggu selepas insiden kebakaran di pasar Kota Lama," katanya.

Kumpulan pemberontak kini berada di laluan selesa apabila mendapat sokongan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang sanggup membekalkan bantuan perubatan dan makanan bernilai AS$60 juta (RM186 juta).

"Kenyataan itu disuarakan Setiausaha Negara AS, John Kerry sewaktu menghadiri persidangan antarabangsa membincangkan isu Syria di Rom," katanya. - Al-Jazeera


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042886 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top