CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fahrin Berhati-Hati Pilih Isteri

20-9-2013 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11220| Komen: 91

Description: Kes-Kes Yang Menimpa Rakan-Rakan Artis Seperti Fizz Fairuz Dan Adi Putra Sebelum Ini Membuatkan Pengacara Serta Pelakon, Fahrin Ahmad Lebih Berhati-Hati Dalam Mencari ...
Fahrin Berhati-Hati Pilih Isteri
Kes-kes yang menimpa rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz dan Adi Putra sebelum ini membuatkan pengacara serta pelakon, Fahrin Ahmad lebih berhati-hati dalam mencari calon isteri. Walaupun usianya sudah memasuki 34 tahun, namun pengacara program sukan ‘Intai Gelanggang’ ini mengakui tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang dan lebih selesa untuk hidup solo buat masa ini.

“Cabaran nak mengenali seseorang pada zaman sekarang bukannya mudah. Apabila timbul isu-isu seperti yang berlaku kepada rakan-rakan artis membuatkan saya lebih skeptikal untuk mengenali wanita dengan lebih terbuka. Saya tidak fobia namun saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan sekarang,” ujar Fahrin ketika ditemui di SimFlightKL, Subang Skypark Terminal, pagi Khamis.

“Melihat pada jadual saya yang agak padat sekarang, pandangan saya terhadap perhubungan ini lebih rasional. Jika mahu bercinta, kena lebih terkawal dari segi minda dan emosi. Saya sendiri agak terperanjat juga kerana saya tidak risau dalam usia sekarang ini saya masih belum mempunyai teman wanita. Apapun, saya sudah terima keadaan ini.

Lagipun, dalam usia begini, saya dah tak ada masa nak keluar ‘dating’. Apabila dah solo begini, ramai pula orang luar nak rekomen saya dengan anak mereka. Rasa kelakar juga apatah lagi saya tak kenal mereka,  namun saya balas dengan cara elok,” kata duta produk Garnier Men ini.

Bertemu dengan Fahrin ketika sidang media Garnier Men bagi memperkenalkan tema produk tersebut, ‘Be In Control’, GUA sempat bertanya kepadanya adakah dia seorang lelaki yang suka mengongkong  atau pernah dikawal oleh pasangannya sebelum ini, dan Fahrin menafikan perkara tersebut.

“Saya bukan ‘kaki control’ atau pernah menjadi mangsa ‘queen control’. Bagi saya, kita perlu sentiasa dengar pandangan atau nasihat orang lain. Lagipun, zaman dah berubah, wanita pun ada hak untuk bersuara dan bila masing-masing dah ada prinsip, jadi setiap pasangan perlulah bertolak-ansur,” ujar Fahrin.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Fahrin memberitahu dia bakal menjalani sebuah telefilem untuk tayangan Aidiladha berjudul ‘Lambaian Baitullah’ di TV9. Fahrin juga bakal muncul dengan dua telemovie pada bulan September dan satu telemovie pada bulan Oktober bersempena Hari Aids Sedunia. Manakala pada November ini, duta ‘Alicafe’ ini akan menjalani sebuah supertelefilem yang mengisahkan tentang seorang atlet kurang upaya negara.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 20-9-2013 04:37 PM
Fahrin 34 thn..................plzzzzzzzzzzzzzz dia kan 37 thn  
Quote maxim 20-9-2013 04:37 PM
dari dulu itu je la berita yg ko ada pahrin
Quote myakayina 20-9-2013 04:38 PM
so maknanya dia ni bujang terlajak lagi lah yer? still available..
Quote jasmeen 20-9-2013 04:38 PM
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sangat
Quote mrmerell 20-9-2013 04:39 PM
awat ada dua tajuk thread abam pahrin nih??
Quote edoraixora 20-9-2013 04:41 PM
sekel posted on 20-9-2013 04:37 PM
Fahrin 34 thn..................plzzzzzzzzzzzzzz dia kan 37 thn

eh...betul lah die 34 tahun
mude setahun dr ex-gf si linda onn tu

Quote dahliateck 20-9-2013 04:43 PM
hrp2 x gayah la, lain macam jer
Quote 311gurl 20-9-2013 04:43 PM
fahrin ni patut berbisness,sbb nama dia org ingat lagi walaupun dh kelam2 sikit..
nak harapkan jadi duta,bukan selama2nya..job brlakon pun jarang je nmpk kt tivi

benang2 pahrin mostly tajuk cmgini,
-fahrin masih solo,masihmencari jodoh
-fahrin tidak memilih pasangan
-fahrin dah kahwin?gambar page sekian2
-siapa gadis sebelah fahrin tu?
-kekasih fahrin org biasa,,serik bercinta dgn artis

ramalan iols benang fahrin yg akan datang
-fahrin pasrah jodoh x sampai,bakal ikut jejak anuar zain ke rumah org2 tua Last edited by 311gurl on 20-9-2013 04:44 PM

Quote whatsup33 20-9-2013 04:49 PM
byknya thread psal tajuk yg sama
Quote sekel 20-9-2013 04:50 PM
edoraixora posted on 20-9-2013 04:41 PM
eh...betul lah die 34 tahun
mude setahun dr ex-gf si linda onn tu

LO lahir thn 1977
Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:51 PM
maxim posted on 20-9-2013 04:37 PM
dari dulu itu je la berita yg ko ada pahrin

tau tak pe. isteri nya entah bila nak tunjuk
Quote edoraixora 20-9-2013 04:54 PM
sekel posted on 20-9-2013 04:50 PM
LO lahir thn 1977

ooo...yeke? jadik maknenye die mude 2 tahun la dr linda onn
yg pasti FA mmg 34

Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:54 PM
whatsup33 posted on 20-9-2013 04:49 PM
byknya thread psal tajuk yg sama

da itu je berita pasal fahrin selagi tak kawin

ye tak @maxim ?


Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:55 PM
myakayina posted on 20-9-2013 04:38 PM
so maknanya dia ni bujang terlajak lagi lah yer? still available..

tak lah terlajak sgt kot..

eh uols..wan raja tu baru 33..


moteppp?..
Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:56 PM
mrmerell posted on 20-9-2013 04:39 PM
awat ada dua tajuk thread abam pahrin nih??

nak wat guano...kena banyakkan thread
Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:56 PM
dahliateck posted on 20-9-2013 04:43 PM
hrp2 x gayah la, lain macam jer

kih3.....
Quote tapibukanaku 20-9-2013 04:57 PM
311gurl posted on 20-9-2013 04:43 PM
fahrin ni patut berbisness,sbb nama dia org ingat lagi walaupun dh kelam2 sikit..
nak harapkan jadi ...

da itu je yg mampu fahrin update utk mengekalkan nama heols di pasaran..

lain lah, fahrin bernikah. fahrin dapat anak kembar 3. fahrin berbulan madu.
Quote HUHA 20-9-2013 04:59 PM


apa kaitannya dgn gambar ni????
Quote tintin22 20-9-2013 04:59 PM
ali ali cafe

heart abg paren

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066749 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top