CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Harga Rokok Naik Harga Lagi?

30-9-2013 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17868| Komen: 164

Description: Kuala Lumpur – Syarikat Tembakau, British American Tobacco (Bat) Malaysia Mendakwa Kenaikan Harga Rokok Sehingga Rm10.50 Bermula Esok Tidak Dapat Dielakkan Berikutan Kenaikan Eksais Tembakau Sehingga ...

KUALA LUMPUR – Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus.


BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini.

“Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur.


“Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini.

Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram.
Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang.

Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram
Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.
Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.
Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall.

RM10.50 dah jadi RM12.00 Berkuat kuasa hari ni.......



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 30-9-2013 08:45 AM
Bugima.




Quote MissNigga 30-9-2013 08:46 AM
biler rega rokok naik last tyme, ye ye jer ramai yang jual rokok elektronik...
tgk2 ... yg beli rokok elektronik isap balik rokok manual
Quote namirulmukminin 30-9-2013 08:46 AM
Wuhuhuhuhu.... Hebak... hebak... hebak.... Mesti ramai menjerit nak benti merokok lepas ni...

@akughi  
Quote sueism 30-9-2013 08:47 AM
hisap rokok daun aje lah save duit
Quote hanalisa 30-9-2013 08:54 AM
hisap jari sajalah..
Quote evolutionary 30-9-2013 09:00 AM
sumber mana weiiii
Quote salimrock 30-9-2013 09:01 AM
MissNigga posted on 30-9-2013 08:46 AM
biler rega rokok naik last tyme, ye ye jer ramai yang jual rokok elektronik...
tgk2 ... yg beli rok ...

pasal rokok elektronik tu berat, tak leh letakkat bibir..terjuih bibir tu nanti


tu la wa pun perasan, diorang yg beli rokok elektronik tu, belum lagi abis modal dah tukar ke rokok biasa balik
Quote hzln 30-9-2013 09:04 AM
asal mengyu kalah aje ada lah barang naik rega....

aritu minyak

ni rokok

nasib lah dpt pm tegar mengyu




Quote razhar 30-9-2013 09:20 AM
rokok dan alkohul patut diletak cukai 2000%....so sekurang2 nya rokok sebatang rega nya RM50.00 baru betul...
Quote amyainsamad 30-9-2013 09:21 AM
bengangnya..........
Quote 5229 30-9-2013 09:23 AM
bongek.cam nakharomm..
Quote hzln 30-9-2013 09:24 AM
syukur lah...nasib anda semua masih baik berbanding penghisap syisya...kena haram terus....
Quote matamata 30-9-2013 09:25 AM
Pagi tadi waktu bfast mamak kedai bg tau siap tunjuk notis kat aku....tp blm tampal lah....rega masih seploh limaposen masa aku beli arini.... Last edited by matamata on 30-9-2013 09:26 AM

Quote rospinki 30-9-2013 09:26 AM
simpati pada perokok tegar..tpi ada je rokok murah2 dalam 3.5 sekotak..kawan aku tu isap okok macam kotak dunhill tapi apatah katanya rege murah je..okok tiruan kot.
Quote Anakdesa 30-9-2013 09:27 AM
Padan muka korang.... kuang...3x

Menambahkan pencemaran udara je... elok diharamkan terus je...

Kihkihkih...
Quote PostBanhammer 30-9-2013 09:30 AM
hzln posted on 30-9-2013 09:04 AM
asal mengyu kalah aje ada lah barang naik rega....

aritu minyak

Mengyu? Wat dat?

Quote lkick2113 30-9-2013 09:31 AM
watpe isap dunhill...kenapa tak ubah cara hidup...isap winston je......aku dan dah ubah cara hidup, anda bagaimana???
Quote skeezotone 30-9-2013 09:32 AM
vape on!!!
Quote lkick2113 30-9-2013 09:32 AM
oops....lupa fatwa kata merokok haraeem...

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059100 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top