CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kenapa Shila Amzah Takut Tengok 'Bencinta'?

1-10-2013 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29523| Komen: 188

Description: Gua Mendapat Satu Kiriman E-Mel Dari Peminat Yang Menyertakan Sekeping Gambar Status Twitter Penyanyi Lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah Yang Dikemaskini Olehnya Pada 29 September 2013. Tweet Berkenaa ...


GUA mendapat satu kiriman e-mel dari peminat yang menyertakan sekeping gambar status Twitter penyanyi lagu ‘Patah Seribu’, Shila Amzah yang dikemaskini olehnya pada 29 September 2013. Tweet berkenaan berbunyi,

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.”

Bagi sesiapa yang sudah menonton filem tersebut atau melihat ‘trailer’ filem ini, pasti dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai jalan cerita filem ‘Bencinta’ yang berkisarkan tentang keganasan yang berlaku terhadap wanita. Watak utama cerita itu, Fathia (lakonan Nora Danish) dipukul dan dikasari oleh suaminya, Faizal (Farid Kamil). Di akhir cerita, Fathia membalas dendam atas perbuatan suaminya itu.Status yang dikemaskini oleh Shila di laman Twitternya menimbulkan pelbagai tanda tanya. GUA menghubungi Shila untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.


Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu. Walaupun begitu, saya tetap akan teruskan rancangan saya untuk menonton filem ‘Bencinta’ bersama-sama dengan peminat saya di GSC Mid Valley pada Rabu, jam 9.45 malam,” jelas Shila memulakan perbualan.

Ketika ditanya adakah sebenarnya Shila pernah mengalami situasi yang dialami oleh watak Nora Danish dalam filem itu sehingga dia menulis kenyataan ‘been there’, Shila enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.“Saya enggan mengulas lanjut. Orang boleh faham sendiri. Apa yang penting sekarang, saya mahukan wanita-wanita di luar sana tampil lebih kuat dan tidak menjadi lemah,” tutur Shila lagi.Mengulas mengenai rancangannya untuk menonton filem itu bersama-sama peminatnya, Shila menjelaskan yang idea itu datang daripada ibunya sendiri, Fauziah Sarman.“Idea untuk menonton filem itu datang daripada ibu saya sendiri.

Jadi kepada peminat saya, Shilalas atau sesiapa sahaja yang ingin turut serta, boleh datang ke sana nanti. Selain dapat menonton dan menyokong filem tempatan, program ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara saya dan peminat,” ujar pelantun lagu ‘Beribu Sesalan’ ini.Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Shila pulang ke Malaysia untuk mengadakan ‘showcase’ dan melancarkan album solo terbarunya pada 10 Oktober ini.

Selain itu, Shila berada di Malaysia kerana ingin memberi sokongan buat Anugerah Planet Muzik 2013 yang bakal berlangsung pada 18 Oktober hadapan. Shila bertanding dalam lima kategori iaitu ‘Artis Wanita Terbaik’, ‘Lagu Terbaik Malaysia’, ‘Artis Serantau Paling Popular’, ‘Lagu Serantau Paling Popular’ dan ‘Ikon Media Sosial’.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tebuanharimau 1-10-2013 09:47 AM
benci tapi cinta kot
Quote epysha 1-10-2013 10:22 AM
silalat spon peminat kew?
Quote Leeen82 1-10-2013 10:44 AM
betul la dia penah kena pukul ngan Shanaz?
Quote xoic726 1-10-2013 10:50 AM
Macam citer Enough je pesengannya...
Quote abfarha 1-10-2013 10:53 AM
Statement sheols is masih trauma..

"Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu."

kne teruk la kot.
Quote sokmogitu 1-10-2013 10:58 AM
dengarnya lakonan FK mmg 5 bintang dlm felem ni... x pernah lagi mamat ni belakon watak panas baran...watak ganas2 darah muda ada la... adakah boleh mengalahkan kebaranan que haidar dlm felem LBS?
Quote ladyfree 1-10-2013 10:59 AM
so benarlah sharnaz penah angkat tgn?
Quote Loh_83 1-10-2013 11:00 AM
xoic726 posted on 1-10-2013 10:50 AM
Macam citer Enough je pesengannya...

aah ... jalan citer memang ikut citer enough tu...

Quote ladyfree 1-10-2013 11:01 AM
tp apepun better jangan lah buat statement mcm tu... kan ke buka aib si sharnaz lak...

macamlah satu msia tak tahu shilalas penah couple dgn shananas je....xde org lain

Quote poyohabis 1-10-2013 11:02 AM
betul la tu penah kene sepak pukul semua gan bangla tu..pe la laki mcm tu pun nak nangis2 lagi bila putus..nsb baik bapak dia tlg kalo tak mampos asyik kene sepak terajang jer...baru bercinta blm nikah lagi..org kalo dah bercinta pon dah pukul sepak nie dah kawin lg teruk kene...baik ler jgn kawin gan lelaki mcm nie...kalo pandai buat taklik ms akad nikah..kalo sepak terajang isteri terus jatuh talak 1...kawan aku ramai yg tambah taklik mcm nie...coz persediaan katanye...
Quote sekel 1-10-2013 11:04 AM
xoic726 posted on 1-10-2013 10:50 AM
Macam citer Enough je pesengannya...

pengarah nie tiru citer 'Enough'......busaannnnnnnnnnnnnnn  
Quote mitnick 1-10-2013 11:05 AM
sape yg memukul sape yg dipikul dlm kehidupan shila?

boipren lama ombak rindukah?
Quote dayana88 1-10-2013 11:07 AM
mengiyakan si shananaz tu baran dan suka naik tgn le nii Last edited by dayana88 on 1-10-2013 11:09 AM

Quote Mamason 1-10-2013 11:09 AM
Owhhhh.....cam tu ekkk.... kang panas balik citer shila ni ngan shanaz.... Elok laa tu...buat statement pada perkara yg dah lepas.... ntah aper2... hari tu putus cinta ko jugak yg menangis2  kan??? macm kena paksa ngan mak pak ko jerk... tup2 cam nie pulakk....

Cita nie mcm meniru citer omputeh tu... idak ada idea dah ke deme2 nie????
Quote dayana88 1-10-2013 11:09 AM
dalam cte enough j.lo ada anak. dalam bencinta ni ND ad anak gak ke
Quote whadda 1-10-2013 11:10 AM
sebijik sejibun ikut cite Enough... ngeri kot shila nak tengok teringat sharnaz penah angkat tangan kat die kot... benci tapi sayang kekdahnye...
Quote chicsee 1-10-2013 11:11 AM
Dulu masa bercinta bukan main punya backing, kata semua tu tak betul. Sekarang betul pulak? hmmm
Quote blue_ivy 1-10-2013 11:12 AM
Poyo je shilalat ni.klo shahnaz tu kaki pukul kenapa ko dr dlu x tggalkn dia?mmg dia maksdkn shahnaz la tu.
Kan dia bitau shahnaz pirst love dia!
Quote menjad 1-10-2013 11:16 AM
statement dia tue merujuk pada shanaz kah!... move on jer lah shilalat... dah putus dah... xperlu nak sebut benda dah lepas... nie kang mengundang spekulasi... pasni wartawan akan tanya shanaz pulak... apa benda yg wat shilalat trauma... kan nie akan mengundang kemarahan pihak yg satu lagik ....ker dia sebenarnya masih nak menduga hati pihak sana...

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.299205 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top