CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samseng Menyerang Penduduk Di Pekan Kuala Kangsar

3-10-2013 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6912| Komen: 36

Description: Kuala Kangsar - Penduduk Di Kuala Kangsar Gempar Apabila Ribuan Lebah Menyerang Pekan Daerah Itu Sebelum Bertindak Menyengat Beberapa Penduduk Dalam Satu Kejadian, Khamis Lalu.

Serangan lebah bukan pertama kali berlaku di pekan Kuala Kangsar.


Mukrim membersihkan lantai stesen minyak yang dipenuhi ribuan lebah yang sudah mati.

KUALA KANGSAR - Penduduk di Kuala Kangsar gempar apabila ribuan lebah menyerang pekan daerah itu sebelum bertindak menyengat beberapa penduduk dalam satu kejadian, Khamis lalu.

Kejadian jam 7 petang itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang gagal menyelamatkan diri daripada disengat.

Petugas stesen minyak, Mukrim Sobri Md Akir, 25, berkata, dia terkejut apabila melihat ribuan lebah mengerumuni lampu di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, bilangan lebah semakin banyak setelah cuaca semakin gelap dan serangga tersebut berkumpul di kawasan terang dan berlampu.

“Banyak juga (lebah) yang langgar cermin kedai di stesen ini. Saya dengar, ada pelanggan yang disengat serangga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki enggan dikenali berkata, lebah itu pada asalnya berkumpul di tiang lampu berhampiran pekan sebelum berubah lokasi apabila keadaan semakin gelap.

Katanya, kumpulan lebah itu tidak menyasarkan manusia, namun mereka yang disengat mungkin disebabkan berada terlalu hampir dengan serangga itu.

“Kumpulan lebah itu seakan-akan tertarik dengan cahaya lampu. Yang menyengat manusia itu mungkin lebah yang terlepas dan terasing dari kumpulannya,” katanya.

Seorang lelaki yang hanya dikenal sebagai Imran pula berkata, dia disengat lebah ketika sedang melihat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) menghapuskan serangga itu.

Menurutnya, dia disengat di lengan dan pergelangan tangan terus beredar dari kawasan tersebut kerana bimbang keselamatan dirinya.

Dalam pada itu, menurut maklumat daripada penduduk tempatan, fenomena lebah datang secara berkumpulan itu bukan kali pertama terjadi.

Menurut mereka, kejadian sama pernah berlaku beberapa tahun dahulu dan serangga tersebut tidak membuat sarang di kawasan berkenaan, sebaliknya ‘serangan’ itu lebih kepada ‘persinggahan’ sebelum beredar ke kawasan lain.


3

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ren0_0 3-10-2013 08:07 AM
arghhhhh....tertekannya bila nampak rupa samseng yang sebenar
Quote haryatie 3-10-2013 08:09 AM
ingat td btul2 samseng mana la...
Quote bbalik 3-10-2013 08:10 AM
Kumpulan lebah itu seakan-akan tertarik dengan cahaya lampu.




ingat kelkatu je suka lampu...
rupanya lebah pun suka lampu juga...
Quote rospinki 3-10-2013 08:14 AM
Lebah tu kehilangan tempat sesuai utk bersarang..hutan2 dh habis digondol disondol..
Quote AbukRokok 3-10-2013 08:15 AM
Mesti ada org da jolok sarang lebah..
Quote namirulmukminin 3-10-2013 08:18 AM
Ada orang buat operasi amek madu ni kot...
Quote abas8888 3-10-2013 08:22 AM
atau ribut sudah kasi terbang dia punya sarang...kalau ada orang yg kacau sarng dia memang teruk orang tu kena..
Quote jofizo 3-10-2013 08:26 AM
byknye yg mati.... kurang le madu pasnih
Quote cikatilia 3-10-2013 08:36 AM
bahaya woo samseng ni if lebih dari 10 ekor
bisa mati
Quote the_killer 3-10-2013 08:42 AM
semalam harimau kumbang...kali ni lebah...haiwan pon tertekan kerana kos hidup makin tinggi
Quote gujiwa 3-10-2013 09:09 AM
sakit wooo kena sengat ngan lebah.. aku fobia nk turunkan tingkap bila dalam kereta.. lebah masuk.. sengat kaki aku...siap dapat injection and MC lagi.. nk bawak kereta pun terketar2x..
Quote mixed 3-10-2013 09:20 AM
Aku penah kena sengat dgn lebah
Sb x nmpk lebah yg dh tingtong jatuh kt lantai dek kerna laki ku spray dgn ridsect

Masa tgh mengandung 8 bln nasib baik dpt kuarkan sengat
And x jd apa2 sakit wooo
Quote outcast 3-10-2013 09:28 AM
hahha aku ingat geng kongsi gelap mana laaa
yg berani mati ...
rupanya  hok ni  .....
nih kalo dtg serang geng 04, 0 8  semua bertaburan lari  jugak
Quote NIXAR 3-10-2013 09:34 AM
aku penampaq jugak TT nie
Quote ga-in 3-10-2013 09:40 AM
ramainya samseng.....ni msti sbb diorg ingat harga minyak naik mlm td nih....pakat2 nk isi penuh tank
Quote PostBanhammer 3-10-2013 09:44 AM
Bee-yatch punya tajuk thread.
Quote ninjamontel 3-10-2013 09:47 AM
aduss ingat samseng mana
Quote the_killer 3-10-2013 09:47 AM
NIXAR posted on 3-10-2013 09:34 AM
aku penampaq jugak TT nie


Quote the_killer 3-10-2013 09:48 AM
ninjamontel posted on 3-10-2013 09:47 AM
aduss ingat samseng mana

lebah ni dikategorikan samseng kerana menyerang orang...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top