CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tinggalkan 6 Anak Kelaparan

7-10-2013 09:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24984| Komen: 340

Description: Kuala Selangor - Hanya Disebabkan Tidak Puas Hati, Sepasang Suami Isteri Sanggup Meninggalkan Enam Anak Mereka Yang Masih Kecil Bersendirian Di Sebuah Rumah Di Jalan Bukit Panjang, Jeram, Kira-Kira Ja ...
Enam beradik ditinggal kelaparan



KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"enduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apam 6-10-2013 07:08 PM
naik sebak aku ngenangkan budak2 tu....sabarlah
Quote ell768 6-10-2013 07:10 PM
Makpak celaka
Quote dilaOHdila 6-10-2013 07:11 PM
aduhai siannya nasib anak anak dia urang ni.....
Quote Acong 6-10-2013 07:11 PM
nie laa negara kebajikan PR....!!!


puiii....!!!
Quote matamata 6-10-2013 07:15 PM
Samsuri Sulaiman
Daud Jaumar

JAWA BAnjar Caprut...
Quote mamiayu 6-10-2013 07:16 PM
sedihnya, syilake punya mak pak......... buat anak je pandai
Quote jaketbiru 6-10-2013 07:16 PM
Kite tunggu je la drama mak pak budak2 nie...apa alasan diorg akan bagi...
Quote noor2 6-10-2013 07:16 PM
ala sedihnya baca berita ni...kalaula i boleh bela depa..
Quote rosasa 6-10-2013 07:17 PM
kesiannya...kalau aku kaya... aku jaga semua...

Semoga besar nanti jadi manusia berguna, semoga allah berikan seseorang yg bertanggungjwab utk jaga dorg
Quote mamiayu 6-10-2013 07:18 PM
ya allah..... 24 jam baby tu tak diberi susu
Quote noor2 6-10-2013 07:18 PM
udah tahu tak mampu tak cukup wang janganla beranak banyak2......menyusahkan anak2 ja mak pak ni...



terasa nak sumpah seranah ja..
Quote mysara 6-10-2013 07:38 PM
  1. "Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
Copy the Code
kenapa anaknya nak balik kelantan? mak pak depa tu org kelantan merempat kat kuala selangor ke?
Quote aechae 6-10-2013 07:47 PM
aiyooo...kecik2 lg anak2 nya...

pegilah sape2 yg mampu buat kebajikan amek n jga budak2 ni

mak pak yg selfish tu alang2 da lari biar kna langgar terus...mati lg bgus klu apapn xbleh buat
Quote ikan_kaghing 6-10-2013 07:48 PM
Siang gaduh guna parang bagai nak rrakkk satu kampong
Malam gaduh guna batang bagai nak rrakkk katil dan kelambu

Paih tu dapat anak berderet2 taktau nak jaga...loqlaq sungguh

Quote nreezt 6-10-2013 07:51 PM
konpom mak bapak from Hell!!
Quote d-7-0ne 6-10-2013 07:56 PM
silakak pnya  bapak pndai mngontol je, tapi tdak ada rasa tnggungjawab....
Quote arianakhalid 6-10-2013 08:02 PM
Aku sedih ... Mmg gila manusia ni....

Lepas tu dah tua2 esok kene campak kat rumah org2 tua...buat muka sememeh sedih konon anak tak nak melawat......
Quote liyanur 6-10-2013 08:02 PM
bergaduh smpai berparang2 tp anak2 bersusun paku.....
Quote marine_admiral 6-10-2013 08:02 PM
kita puasa sekejap pun dah tak sabar nak berbuka,, xtau budak2 ni macam mana perasaan diorang ditinggalkn tanpa apa,,sampai yang kecil pun hampir2 kebuluran di negara yang kaya ini

Lihat semua komen(340)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086047 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top