CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Menyusuri Perjalanan Kemerdekaan Tanah Melayu

8-10-2013 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6501| Komen: 0

Description: Di Tanah Melayu, Gerakan Menuntut Pemerintahan Sendiri Bermula Seawal Tahun 1900an Dengan Digerakkan Oleh Golongan Ulama Seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimi ...
Latar Belakang Semangat Nasionalisme Asia Tenggara

Di Tanah Melayu, gerakan menuntut pemerintahan sendiri bermula seawal tahun 1900an dengan digerakkan oleh golongan ulama seperti Syed Syeikh al-Hadi,  Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol dan sebagainya.

Namun gerakan menuntut kemerdekaan lebih nyata selepas tamatnya Perang Dunia Ke 2 dengan penyerahan balik Tanah Melayu kepada tentera British oleh  tentera Jepun. Pengajaran dan kesedaran berada di bawah pemerintahan Tentera Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu khasnya dan kaum Cina.

Ini ditunjukkan dengan tumbuhnya banyak parti-parti dan persatuan-persatuan yang bergerak aktif ketika itu seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kembalinya British ke Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Ketuanan raja-raja Melayu dan kekuasaannya terhadap ugama Islam juga tercabar, maka Melayu memberontak !

Rentetan daripada itu telah diadakan satu Kongres Melayu Se-Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Seramai 41 persatuan-persatuan telah menghantar wakil masing-masing yang telah mengangkat Dato’ Onn dari Persatuan Melayu Johor sebagai Presiden Kongres.

Dalam kongres ini, semua pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu  - PEKEMBAR ataupun UMNO.  Selain itu satu ketetapan telah dibuat bagi membantah gagasan Malayan Union oleh British. Mereka juga bersetuju menetapkan satu tarikh bagi pelancaran pertubuhan ini.

Maka pada 11 Mei 1946,   satu persidangan telah diadakan di Istana Besar, Johor Bahru dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan.  Penubuhan UMNO adalah platform kepada orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada British.


Dalam menetapkan halatuju UMNO dan polisi kependudukan di Tanah Melayu, akhirnya Dato’ Onn telah bertindak keluar dari UMNO lalu menubuhkan Parti Negara. UMNO kemudiannya telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam masa yang sama juga, orang-orang Cina telah menubuhkan MCA, manakala orang-orang India pula menubuhkan MIC.

Gerakan menuntut kemerdekaan juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam tahun 1940-1950. Filipina mencapai kemerdekaan pada 4hb Julai 1946 daripada Amerika Syarikat. Manakala Indonesia telah diistiharkan merdeka sebagai sebuah negara repablik pada 17hb Julai 1945 setelah Jepun menyerah kalah di Asia Pasifik dalam Perang Dunia ke 2. Burma (kini Mymar) merdeka pada 1hb Ogos 1943 dibawah perjanjian dengan Jepun. Di Vietnam pula, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 2hb September 1945 daripada Perancis. Manakala Laos pula, mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 8hb April 1945.

Maka keseluruhan semangat kemerdekaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara itu telah menyemarakkan lagi kebangkitan penduduk-penduduk Tanah Melayu agar dipercepatkan pemerintahan sendiri.




1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043783 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top