CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Yusry & Lisa Surihani Elak Berduet Dalam Lakonan

10-10-2013 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20095| Komen: 107

Description: Kuala Lumpur, 8 Okt 2013: Selepas Mendirikan Rumahtangga, Pengarah Dan Pelakon, Yusry Abdul Halim Bertegas Dia Akan Mengelak Jika Ada Produksi Yang Meminta Dia Dan Isterinya,
KUALA LUMPUR, 8 OKT 2013: Selepas mendirikan rumahtangga, pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim bertegas dia akan mengelak jika ada produksi yang meminta dia dan isterinya, Lisa Surihani berlakon sebagai suami isteri, mahu pun pasangan kekasih

Yusry berkata bukan tidak selesa bergandingan dengan isterinya, cuma dia tidak suka kisah cinta mereka suami isteri seolah-olah dijaja kepada umum.

"Saya rasa lebih baik kami tidak digandingkan sebagai pasangan kekasih atau berkahwin dalam drama atau filem. Saya takut orang keliru pula kisah kehidupan suami isteri kami sebenar dengan di dalam filem atau drama.

"Lagipun, saya tak mahu penonton atau peminat terlalu disogok dengan cerita kami berdua di dalam sebuah lakonan.

"Namun, saya tidak kisah jika hendak digandingkan dalam satu lakonan atau babak asalkan wataknya tidak melibatkan hubungan istimewa," katanya kepada murai.com.my ketika sesi fotografi dan temuramah Filem Ular di Hotel Everly Putrajaya, semalam.

Yusry dan Lisa Surihani pertama kali digandingkan bersama dalam filem Ular terbitan Show Biz yang akan mula ditayangkan pada Disember ini.

Ular merupakan filem yang menjalani penggambaran beberapa minggu sebelum mereka sah menjadi pasangan suami isteri iaitu pada Januari lalu.

Berkongsi pengalaman pertama kali berlakon dengan Yusry yang ketika itu belum lagi menjadi suaminya, Lisa memberitahu dia sangat gementar ketika babak bersama kerana perlu berlakon bersama jejaka yang dia sedang dilamun cinta.

"Pertama kali kami digandingkan saya punya perasaan malu terhadap Yusry yang sukar dibendung. Padahal selama ini saya berlakon dengan lelaki lain saya tidak merasakan perasan sebegitu.

"Terus- terang, saya hingga mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry.

"Tapi nasib baik ianya berlaku pada awal-awal sahaja dan selepas kami berbincang bersama tentang watak dan sebagainya, baru saya boleh biasakan diri," luahnya.

Selain Yusry dan Lisa Surihani, Ular turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Namron, Zarina Zainudin, Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Zarina Anjolie, Mamat Sepah dan ramai lagi.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 9-10-2013 11:43 AM
cuma dia tidak suka kisah cinta mereka suami isteri seolah-olah dijaja kepada umum.

bukan ke selama ni si lisa yg gigih dok tayang kemesraan kat IG?
Quote maxim 9-10-2013 11:44 AM
"Terus- terang, saya hingga mengigil apabila dalam satu babak itu memerlukan saya untuk memandang wajah dan mata Yusry.

mengada-ngada
Quote azie.dz 9-10-2013 11:45 AM
bula kuar cita lisa je aku nak muntah...dan dan nak kuar apa yg di makan
Quote azura84 9-10-2013 11:46 AM
ntah...mengada2 sgt stetmen menggigil tu..propa je lebey..mencikkk
Quote prettymanja 9-10-2013 11:47 AM
khen..mcm Dia sowang ade Laki Kayo yg encem.. huhu
Nyampahhhh !!! Larikkkkk
Quote miss_qasehs 9-10-2013 11:53 AM
nyampah si kayu kayan suke sngt mnunjuk...
Quote mass_mirza 9-10-2013 11:57 AM
erkkkk.... dua2 kayu kayan....
Quote dayana88 9-10-2013 12:00 PM
prettymanja posted on 9-10-2013 11:47 AM
khen..mcm Dia sowang ade Laki Kayo yg encem.. huhu
Nyampahhhh !!! Larikkkkk

encem ke? boley la...hahahhaha

Quote mizmini 9-10-2013 12:35 PM
elok la tuh.. kang terlepas dialog jd isu lak
Quote September14 9-10-2013 12:47 PM
nyampah aku diorg nih.. apapun tgk hrtu lisa blakon dlm istanbul aku dtg, not bad lah.
Quote dayana88 9-10-2013 12:50 PM
September14 posted on 9-10-2013 12:47 PM
nyampah aku diorg nih.. apapun tgk hrtu lisa blakon dlm istanbul aku dtg, not bad lah.

itu je cerita die ok, (even x suke part bila die blogging nak goyang2 kepala lah apelah).


drama film lain die mmg out.

Quote vv2005 9-10-2013 12:52 PM
pelik..yang halal Malu plok
Quote September14 9-10-2013 12:56 PM
dayana88 posted on 9-10-2013 12:50 PM
itu je cerita die ok, (even x suke part bila die blogging nak goyang2 kepala lah apelah).

boleh terima la lakonan dia dlm citer tu, smpai habis gak layan..
Quote lady_bonia 9-10-2013 01:23 PM
Berlalon kayu dua2 ni...huhuhu...
Quote akik 9-10-2013 01:28 PM
eeeww...dua-dua berlakon kayu..mesti sampah cite ular tu
Quote makcik.karipap 9-10-2013 01:41 PM
tak payah la berlakon dedua tu pun.. duduk rumah je sudah...
Quote jepp 9-10-2013 01:47 PM
yusry tu ensem je kat mata kaka....












kaka takleh tgk ular, wlu gmbr
nanti kaka loya dan muntah..

tak koser nak tgk wlu ada yusrikkkkk
Quote hanezzafirah 9-10-2013 01:50 PM
menyampah tgk baru2 ni die dlm betul ke bohong (astro)
Quote annezghaff 9-10-2013 02:03 PM
maxim posted on 9-10-2013 11:44 AM
mengada-ngada

kan?? berpurak-purak

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top