CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semakin Ramai Kanak2 Ketagih Main Game

16-10-2013 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8619| Komen: 70

Description: Ada Juga Di Kalangan Mereka Memukul Ibu Bapa Sendiri Atau Cuba Membunuh Diri Apabila Dihalang Bermain,” Kata Profesor Bersekutu Chanvit Pornnoppadol. Chanvit Yang Bekerja Di Jabatan Pskiatri, ...



Bangkok: Lebih 2.7 juta kanak-kanak di Thailand ketagih dengan permainan komputer, menurut anggaran terbaru berdasarkan kajian di seluruh negara itu.

Kajian itu diadakan pada suku kedua tahun ini dan membabitkan 20,000 kanak-kanak.      

Keputusannya membayangkan 15 peratus kanak-kanak ketagih kepada permainan komputer.      
        
Thailand mempunyai 18 juta kanak-kanak, menurut perangkaan rasmi.

Dorong kelakuan agresif

“Kanak-kanak yang mengalami ketagihan berkelakuan agresif dan cenderung bersikap ganas.

“Ada juga di kalangan mereka memukul ibu bapa sendiri atau cuba membunuh diri apabila dihalang bermain,” kata Profesor Bersekutu Chanvit Pornnoppadol.      
Chanvit yang bekerja di Jabatan Pskiatri, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, berkata ada juga orang yang ketagih permainan komputer ponteng kelas dan tidak tidur semalaman.

“Mereka enggan menyertai aktiviti sekolah, emosi menjadi tidak stabil dan prestasi akademik lebih teruk,” katanya.

Kanak-kanak yang ketagih permainan komputer perlu menjalani rawatan, kata Chanvit sambil menambah 30 hingga 40 kanak-kanak dirawat setiap tahun.

“Bagaimanapun, saya percaya bilangan yang dirawat lebih tinggi lagi,” katanya.

Bercakap di majlis sama, penasihat Menteri Kebudayaan, Sura Techatat, mengakui teknologi IT juga memberi kesan.

“Kita perlu berhati-hati dengan memerhati anak kita jika ada masalah sama  dan cuba mencari penyelesaian,” katanya.             

2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitisitu25 16-10-2013 10:08 AM
anak aku bab game da berjaya larikan tab..skrg gila tgk tv lak..channel disney ngan cartoon network tu..
Quote rospinki 16-10-2013 10:11 AM
biar anak2 tahu siapa BOSS...main game ke tengok tv ke...tpi atas arahan dari pihak atasan iaitu mak..bapak takle harap sama je dan juga jabatan pemantauan dan penguatkuasaan berkanun mak jugak..
Quote mbhcsf 16-10-2013 10:13 AM
cuba buat perkaitan dengan bilangan  kekanak yang menghdap rabun jauh dengan tabiat main komputer game especially yg kat tablet i

kat Bangkok, menarik jugak .
Quote mdmyana 16-10-2013 10:15 AM

Alhamdulillah..
anak ai tak kemaruk game.

Ada TV, no Astruk
Ada handphone, bukan hok smart punye..
Nak main, main kat luar rumah; badminton,bola, basikal.
Even boleh main indoor game; chess, UNO, monopoly.

Sebenarnya, parents yang kawal anak-anak
Ni ai banyak nengok, anak-anak yang "kawal" mak bapak
Quote cegitu 16-10-2013 10:19 AM
sitisitu25 posted on 16-10-2013 10:08 AM
anak aku bab game da berjaya larikan tab..skrg gila tgk tv lak..channel disney ngan cartoon network  ...

Samalah mcm anak Akak...kalau marah main game, dia tengok TV atau pun DVD ...
anak zaman moden mcm ni lah...
Quote sitisitu25 16-10-2013 10:24 AM
cegitu posted on 16-10-2013 10:19 AM
Samalah mcm anak Akak...kalau marah main game, dia tengok TV atau pun DVD ...
anak zaman moden mc ...

nak suh main kat luar..nak main ngan sape..takde kwn..takut hilang plak..last2 kayuh basikal pun dlm umah ..kdg2 susah nak suh dia tido..duk ajak dia tido kul 10..dia duk ckp..nanti la mommy..nanti la..ngan suara mengumpan n bodek gitu..

tp smpi kul 10.30 je i tahan nk tggu..klu dia degil gak..i tutup sume lampu tggl tv je bukak..pastu i masuk tido..

pandai pulak dia masuk tido sendiri sbb takut hantu katanya
Quote singgahjer 16-10-2013 10:47 AM
sama ler ngan anak2 aku..tp depa tk suka main game..depa lagi suka layan youtube...layan lagu laa..layan oh my English la..Barbie princes laa...padahal semua tu kt tv pon ada....kdg2 depa layan cara2 mcm mana nk make up...anak2 aku pompuan...sorang 6 tahun..sorang lg 5 tahun...
Quote -electrifying- 17-10-2013 03:13 PM
aku xkn bg ank2 aku maen gadget2 ni, bg guli, congkak, gasing lawan ng aku. dh leh klhkan aku bru leh pgan gadget2 ni. kah3
pi mapoih smpi lebam xkn dpt, melaenkan bile aku dh rase ank aku dh agk dewasa bru bg.
Quote JohnDeSouza 17-10-2013 03:57 PM
x seswai utk budak2 suma tablet,game ni.
Quote haryatie 17-10-2013 04:03 PM
mmg pun...
ank aku mabuk PS3 ..da la cd dia mahal giler...
sengsara aku..
Quote jonlabu 17-10-2013 04:05 PM
mak2 yang biarkan anak2 habiskan masa main gadjet2 ni biasanya adalah mak2 yang pemalas.
Quote noor2 17-10-2013 04:12 PM
i lebih rela anak2 main benda2 ni duk rumah daripada depa berpeleseran luar rumah merata2...
Quote gaara_X 17-10-2013 04:18 PM
bahagikan masa bergame ngan bersukan.....
Quote dr.R 17-10-2013 04:20 PM
Kat pejabat aku ni bapak dan mak orang pun dah ketagih dengan game kat gadget masing-masing, kalau taraf awek dan ibu orang ketagih Candy Crash yang lelaki dan bapak orang ketagih main Monster Warlord. Letih aku dengan mereka-mereka ni sampaikan semua kerja tertangguh sebab nak kejar world battle kononnya, akhirnya CEO pun masuk campur dan beri kata dua termasuk pasang CCTV.



Quote pelicano 17-10-2013 04:34 PM
Memang susah sangat nak block budak2 sekarang dari menggunakan teknologi, it's like a way of life... Tapi kalau parents monitor boleh jer, InsyaAllah... Ajak anak tu buat aktiviti luaran sama2, gi camping, naik beskal, swimming, busuk2 pun gi gardening kat luar tu sama2.

Ni tak, mak bapak pun sama addicted dgn fon... tengok jer la family yang keluar makan kat restoren, semua sebok dgn gajet masing2, anak remaja sebok update twitter / main game, mak sebok upload gambo makanan kat pesbuk, bapak sebok grup wasap dier / baca porem , si kecik sebok tengok video upin-ipin kat tab... tak heran ler kalau budak2 ketagih game / teknologi...
Quote kacimara 17-10-2013 04:35 PM
buang astro ganti dgn Njoi Xde cartoon.
tiada bayaran bulanan
Game ni kalau x di ajar dia xakan pandai kecuali dah besar ada pengaruh rakan sebaya.
ak mmg setuju yg game di pemusnah sosial anak2.
sbb ak membesar dgn game walau mase tu dah masuk sekolah.
ak kurang pandai untuk bergaul dengan org walau adik beradik ak.
Quote clarizsa 17-10-2013 04:42 PM
adoi.. my boy slalu amuk nk main game kt tab.. papa dia xtahan hati tgk ank nangis trus bg je.. haish..
Quote clarizsa 17-10-2013 04:43 PM
tp klu channel disney junior tu bgus gak.. ajar bdk ABC, 123..
Quote sheetRock 17-10-2013 04:45 PM
kadang2 jeles n budak2 kecik..

aku yg tua kertu pun takder tab..

anak sedara aku..tak smpai 5 thn da keulur ilir n tab dan smartphone nyewrrrr

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.108341 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top