CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menjamu Selera' Di Cyber Cafe

18-10-2013 02:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6029| Komen: 28

Description: Suasana Eksklusif Dan Mewah Serta Menyediakan Pekerja Wanita Warga Asing Yang Menggiurkan Merupakan Taktik Terbaru Pusat Siber Berunsurkan Perjudian Dalam Menjalankan Operasi Mereka Di Sekitar Bandar ...


Pekerja wanita warga asing yang menjadi daya tarikan pusat siber eksklusif itu.

KLANG - Suasana eksklusif dan mewah serta menyediakan pekerja wanita warga asing yang menggiurkan merupakan taktik terbaru  pusat siber berunsurkan perjudian dalam menjalankan operasi mereka di sekitar Bandar Parklands.

Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, sebanyak sembilan premis diserbu dan 212 set komputer disita dalam operasi khas itu, kelmarin.

Menurutnya, tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada majlis.

“Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam yang peka dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pemilik yang berterusan mengingkari undang-undang.

“Selain daripada itu, lokasi sekitar yang menjadi tumpuan pekerja warga asing menjadi salah satu faktor kewujudan premis pusat siber yang berunsurkan perjudian terutama sekitar kawasan ini," katanya.

Andry berkata, MPK  akan memperhebatkan operasi seperti ini dari masa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan ditetapkan terutama yang melibatkan judi siber.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutama yang di bawah umur agar tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral melibatkan judi dalam talian memandangkan ketika serbuan, terdapat individu di bawah umur sedang leka melayari permainan dalam talian di situ.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 18-10-2013 09:38 AM
aku lagi rela layan internet kat rumah ataupun handset lagi murah hehehe

tu khas untuk jantan gatal boleh lah pergi situ
Quote purpledesire 18-10-2013 09:40 AM
kaki2 judi mmg suka la kalo ada benda menarik camnie..

Quote mizmini 18-10-2013 09:45 AM
siber kafe  pon dah ada kategori mewah eik
Quote skyreds 18-10-2013 09:46 AM
side order jek cybercafe tu...
Quote vv2005 18-10-2013 09:47 AM
agaknya sejam berapa RM lah ekkk
Quote cik.ijaw 18-10-2013 09:50 AM
pernah g cc yg mewah camni..tu pun sbb terdesak internet rumah down...cc tu memang nampak mewah..kot2 lah dia cas mahal..tp bila bayar rege sama cam cc biasa..muroh..xtau lak kalau ada wat side business kan
Quote raihaneem 18-10-2013 10:02 AM
cantik cyber cafe...

lg best berinternet kat rumah..smbil masak, smbil menyapu..boleh layari internet cari resepi , baca forum..hihi
Quote dragger 18-10-2013 10:20 AM
Nampak mewah CC tu.. heheh

dah lame tak g CC..

last pegi CC tahun lepas.. teman membe register email.. time tu urgent
Quote nurfariezza 18-10-2013 10:21 AM
mak aihh...mase i study2 dlu, cc kbnyakan mcm ape je..
dgn sempit n xslesa.. krusi plastik je...
hebat btol cc skng..
Quote ell768 18-10-2013 10:23 AM
dolu2 pernah masuk sekali cc mewah..mewah laa kot kat midvalley...charges mahei sikit laaa..x sama mcm cc biasa..ada lg ke idak xtau ler..hahahhaha
Quote azlinahmad 18-10-2013 10:39 AM
wahhh...kerusinya empuk
Quote aikong 18-10-2013 11:10 AM
sambil layan tenet sambil kena urut ni,tak perlu ogawa atau gintell lagi
Quote alepmama 18-10-2013 11:11 AM
wah ni promo terbaru
lepas ni sure banyak lagi cc buat gini
Quote Sagoo 18-10-2013 11:18 AM
best ni..nk kene pegi..bole la bukak mel sesambil peha d gesel2 oleh pelayan2 wanita
Quote tapibukanaku 18-10-2013 11:22 AM
aikong posted on 18-10-2013 11:10 AM
sambil layan tenet sambil kena urut ni,tak perlu ogawa atau gintell lagi

ogawa mahal..
Quote tapibukanaku 18-10-2013 11:24 AM
raihaneem posted on 18-10-2013 10:02 AM
cantik cyber cafe...

lg best berinternet kat rumah..smbil masak, smbil menyapu..boleh layari inte ...

tu perempuan. kalau lelaki dia nak menyapu kat tempat lain.
Quote aikong 18-10-2013 11:37 AM
tapibukanaku posted on 18-10-2013 11:22 AM
ogawa mahal..

ala2 maria ozawa murah sikit kot...
Quote tapibukanaku 18-10-2013 11:59 AM
aikong posted on 18-10-2013 11:37 AM
ala2 maria ozawa murah sikit kot...

kalau camtu mmg murah
Quote exp1388 18-10-2013 08:23 PM
Bestnya kalau sambil layan Internet ada urut on the spot...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.066169 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top