CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Joging Rutin Zarul

18-10-2013 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13023| Komen: 42

Description: Selain Melakukan Pemeriksaan Secara Berkala, Vokalis Kumpulan Umbrella Yang Pernah Menjadi Kegilaan Ramai Pada Pertengahan 1990-An Menjadikan Aktiviti Berjoging Serta Bersukan Di Gimnasium Sebagai Rut ...


Mencecah usia 40 tahun, Zairulkefli Husin atau nama komersialnya Zarul semakin peka dengan penjagaan kesihatan.

Selain melakukan pemeriksaan secara berkala, vokalis kumpulan Umbrella yang pernah menjadi kegilaan ramai pada pertengahan 1990-an menjadikan aktiviti berjoging serta bersukan di gimnasium sebagai rutin. Ketika bertemu penulis beberapa minggu lalu, Zarul berkongsi hobi barunya iaitu mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor, malah tidak keberatan membenarkan Metro Ahad merakam aksinya melakukan aktiviti sihat itu. 

Bagaimanapun, dek kerana kekangan masa, lokasi terpaksa ditukar ke Batu Caves yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia, terutama penganut agama Hindu. Bagai dijanji, seawal jam 10 pagi Zarul tiba, malah bersedia mendaki 272 anak tangga. Ternyata mendaki kompleks kuil Batu Cave yang terletak di ketinggian 100 meter dari dasar laut adalah ‘kacang’ bagi penyanyi yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu.

 “Sudah lama saya tak ke sini. Biasanya saya berjoging di sekitar kawasan perumahan empat kali seminggu dan jika terbang ke luar negara, saya habiskan masa dengan aktiviti gim di hotel. “Sebenarnya, saya aktif bersukan sejak di bangku sekolah tetapi apabila masuk alam pekerjaan makin kurang aktif sebelum giat kembali apabila berat badan naik tahun lalu. 

“Kepala saya selalu rasa pening, lebih-lebih lagi apabila mahu duduk atau bangun dari duduk. Syukur lepas kerap berjoging, saya tidak alami pening kepala lagi,” kata bapa kepada seorang anak ini. Antara sebab lain dia prihatin dengan kesihatan adalah bagi mengurangkan risiko mewarisi penyakit kencing manis yang dideritai keluarganya. Setakat ini hasil pemeriksaan doktor, dia bebas kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. “Pada usia sekarang, saya kena jaga kesihatan. Selain amalkan pemakanan sihat, kena kerap bersenam. 

Kalau ada kelapangan, saya dan isteri akan mendaki Bukit Broga. Selain keluarkan peluh, kami dapat melihat pemandangan indah dari puncak bukit. “Isteri tak suka berjoging tapi kalau ajak ke Bukit Broga, dia mesti ikut. Biasanya kami mulakan pendakian jam 6 petang, sempatlah tengok matahari jatuh. Panorama ketika itu sangat cantik hingga tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata. “Bukan tak suka tengok matahari naik, tapi saya lebih terpanggil menikmati pemandangan matahari terbenam. Warna langit ketika itu sungguh menakjubkan. 

“Insya-Allah, saya akan jadikan amalan mendaki Bukti Broga sebagai antara aktiviti wajib jika berada di ibu kota,” katanya. Menyentuh sambutan single Ramalanku Benar Belaka 2013, Zarul terharu dengan penerimaan positif generasi muda. Sejak ia berkumandang, ramai remaja mula mengikuti perkembangannya di laman sosial. 

Objektif merakam semula lagu itu bagi menarik perhatian pendengar muda nampaknya berjaya, namun dia menerima dengan lapang dada apabila kebanyakan pendengar yang lahir sezaman dengannya lebih sukakan lagu asal. “Sebenarnya, single ini mukadimah saya sebelum muncul dengan karya baru. Niat saya mahu tarik perhatian pendengar muda dan harap mereka dapat terima saya. “Setakat ini saya ada beberapa lagu, tinggal lagi perlu pilih dan tunggu masa sesuai untuk rakam. Selain lagu solo, saya akan berduet dengan penyanyi wanita popular.


“Setakat ini perkara itu masih dalam perbincangan dan saya berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya yang berkhidmat sebagai anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) pada 2000 hinggalah kini. Zarul juga tidak ketinggalan menzahirkan perasaan bersyukur apabila ramai menyokong kemunculan semulanya selepas menjayakan persembahan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

Sejak itu, dia menerima lamaran daripada pelbagai pihak untuk menjayakan persembahan, malah beberapa komposer menawarkan lagu untuk didendangkan.

3

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dahliateck 18-10-2013 01:10 PM
edisi cuci mata









Quote p.timur3831 18-10-2013 01:37 PM
dahliateck posted on 18-10-2013 01:10 PM
edisi cuci mata

tu ke wife dia yg keja pramugari tu?
Quote dahliateck 18-10-2013 01:42 PM
p.timur3831 posted on 18-10-2013 01:37 PM
tu ke wife dia yg keja pramugari tu?

wife dia pramugari ke, iols pun x tau



Quote rosasa 18-10-2013 01:44 PM


nsem.. tak dimamah usia muka dia ni
Quote peah311 18-10-2013 01:44 PM
hensem kan die? huhu
Quote neez_cookies 18-10-2013 01:55 PM
haaa..hensem2!!
Quote menjad 18-10-2013 01:57 PM
hensem yang sekarang kurang dari yang dahulu!
Quote princess_happy 18-10-2013 01:57 PM
keje leklok....nyanyi nih part time je...
Quote maxim 18-10-2013 02:10 PM
boring gile tajuk thread!!
Quote ilya 18-10-2013 02:12 PM
Aku Joging takde orang nak masukkan dalam  Forum Gossip pun.. puiiihh
Quote dahliateck 18-10-2013 02:26 PM
berapa tinggi mamat ni



Quote dahliateck 18-10-2013 02:28 PM
heols kan nerd style, harusla tajuk ala2 nerd
Quote dahliateck 18-10-2013 02:30 PM
rajin2 ler jenguk blog heols www.zarulumbrella.com
Quote sekel 18-10-2013 02:32 PM
stamina & body kena jaga......................lg pun dh umur 40an still maintain ensem, masih keja pramugara
Quote dahliateck 18-10-2013 02:36 PM
nyanyi kat plaza alam sentral









Quote maxim 18-10-2013 02:40 PM
lagu legend

[youtube]PpZ7nqO9gQY[/youtube]
Quote dahliateck 18-10-2013 02:46 PM
org dah ada vc baru la

iols noob, x educated, x reti tepek video

http://www.youtube.com/watch?fea ... d&v=mOvCsIyP_OA
Quote dahliateck 18-10-2013 02:47 PM
suka imej dia, old skul sgt, classy

iols mmg minat imej ala2 james bond
Quote dahliateck 18-10-2013 02:48 PM
motip vc cam budak baru nak up ada text2 plak, ilang classy beliau

bongek punya director vc Last edited by dahliateck on 18-10-2013 02:52 PM

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.256172 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top