CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Ugut Gantung Diri

25-10-2013 03:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6087| Komen: 28

Description: Muar - Seorang Pengawal Keselamatan Mengambil Tindakan Di Luar Kawalan Apabila Mengugut Untuk Menggantung Diri Pada Bumbung Rumah Dalam Kejadian Di Sini, Kelmarin.



MUAR - Seorang pengawal keselamatan mengambil tindakan di luar kawalan apabila mengugut untuk menggantung diri pada bumbung rumah dalam kejadian di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 59 tahun itu, bertindak sedemikian dipercayai kerana ingin menutup kesalahannya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal apabila polis berjaya menyelamatkannya  selepas usaha memujuk oleh isterinya tidak membuahkan hasil.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kejadian sekitar jam 2.15 petang itu disedari jiran pasangan berkenaan selepas mendengar suasana kecoh di rumah pasangan terbabit  berikutan perselisihan faham yang berlaku.

Menurutnya, jiran itu yang panik apabila mengetahui lelaki terbabit cuba untuk membunuh diri bertindak segera menghubungi pihak olis bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, polis mendapati lelaki berkenaan sedang memanjat pintu besi rumah dengan tali nilon ada pada lehernya.

“Lelaki terbabit memanjat pintu berkenaan untuk mengikat tali di bumbung rumah dipercayai untuk menggantungkan dirinya,” katanya ketika mengesahkan kejadian, semalam.

Sahadan berkata, sebelum itu, lelaki itu terlebih dahulu bertindak mengurung isterinya yang berusia 48 tahun bersama salah seorang daripada empat anak mereka di dalam rumah ketika cuba untuk menghalang perbuatannya.

Jelasnya, lelaki tersebut enggan mendengar nasihat dan menerima pujukan polis, sebaliknya berterusan mengugut untuk membunuh diri sebelum bertindak terjun daripada bumbung rumah berkenaan.

“Kejadian cemas hampir 20 minit itu berakhir apabila polis sempat menyambut lelaki berkenaan yang terjun daripada bumbung rumah, dan mengalami sedikit pendarahan pada bahagian mulut,” katanya.

Sahadan berkata, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

8

Bagus

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carly_lah 25-10-2013 11:16 AM
dah tua pun takut bini... tapi pandai lak berscandal....
Quote Nash^Roy 25-10-2013 11:17 AM
ni musim pak guard alami sakit mental ka?
Quote sapp73 25-10-2013 11:19 AM
bodoh...diri sendiri yang berskandal...sendiri nak gantung diri... Padan muka kena tahan polis
Quote sashin 25-10-2013 11:20 AM
so dramaaaaaa.....
Quote namirulmukminin 25-10-2013 11:23 AM
Nash^Roy posted on 25-10-2013 11:17 AM
ni musim pak guard alami sakit mental ka?

Hahahaa... betul la tu....
Quote arte 25-10-2013 11:24 AM
mahu bini dua? kerja guard je..tu pasal putus asa kot..
Quote diner 25-10-2013 11:24 AM
ai nak bunuh diri pon boleh kena jel??
Quote vv2005 25-10-2013 11:27 AM
kesianya..mati yang tidak kesampaian
Quote amyainsamad 25-10-2013 11:29 AM
hahahaha...nk skandal sgt tp tau takut
Quote sweetsugar 25-10-2013 11:30 AM
karier popular bulan ni jatuh kpd PAKGAD!
Quote hazlinshah 25-10-2013 11:30 AM
dah tua2 pun, pendek akal....kesian
Quote haryatie 25-10-2013 11:36 AM
pndai berscandal da tua2 bangka tu..
suruh jerk dia pegi mati cepat2...
bio je la dia gantung diri...semak jerk... Last edited by haryatie on 25-10-2013 11:38 AM

Quote xAthenax 25-10-2013 11:37 AM
pak gad lagi....
sot
Quote ringcat 25-10-2013 11:38 AM
gantung la...asal tak nyusahkan orang lain.
Quote annehuda 25-10-2013 11:39 AM
Sahadan berkata, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.


cubaan nk seek attention dibalas dgn ditahan polis plak. haha
Quote Mellyzza 25-10-2013 11:42 AM
Pak gat lagiks...fenomena pak gat:lol
Quote akuwell 25-10-2013 12:10 PM
aiyork pocit, jangan main-main la. Da kantoi skandal, tau takut bini. Jadah sampai nak bunuh diri.
Quote akies 25-10-2013 12:13 PM
carly_lah posted on 25-10-2013 11:16 AM
dah tua pun takut bini... tapi pandai lak berscandal....

bini dia garaang kut..
tu yang dia cari lain..dh kantoi..takut pulak
menda laa
Quote Modngengade 25-10-2013 12:17 PM
arte posted on 25-10-2013 11:24 AM
mahu bini dua? kerja guard je..tu pasal putus asa kot..

kewangan tk mampu tapi batin teringin

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.169404 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top