CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Derma Dari Malaysia Bina Banglo Ustaz!

29-10-2013 12:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12972| Komen: 84

Description: Phnom Penh, 29 Oktober : Dia Menjaja Konon Dirinya Seorang Ustaz Yang Hidup Miskin Dan Diamanahkan Menjaga Sebuah Banglo Dua Tingkat Di Sebuah Perkampungan Miskin Dan Terpencil Di Sini, Sejak Beberapa ...

BANGLO mewah dimiliki seorang ustaz di sebuah kampung terpencil Kampung Cham, Kemboja.


Phnom Penh, 29 Oktober : Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di sini, sejak beberapa tahun lalu.


  Namun rahsia lelaki yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila banglo dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa miliknya.


Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.


    Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu.


Agak mengejutkan apabila banglo ustaz terbabit dilengkapi bekalan air bersih selain janakuasa bagi menyalurkan bekalan elektrik walaupun penduduk hanya menagih bekalan air hujan untuk keperluan harian, selain menjadikan kegiatan bertani dan menangkap ikan di sungai Mekong sebagai sumber pendapatan.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-10-2013 07:38 AM

MASJID lebih RM500,000 yang bakal dibina oleh ustaz terbabit.
Quote Dukulangsat 29-10-2013 07:55 AM
Sikap pemurah rakyat malaysia (terutamanya yg beragama islam) bagi tujuan keagamaan --- kita tak pernah selidik apa jua bentuk derma yg dikutip asalkan ikhlas... kesempatan itu diambil oleh puak2 yg x bertangguang jawap ni.....

Quote sueism 29-10-2013 07:58 AM
adakah nie salah satu yg nedim nazri sedekah untuk bina masjid???? saja tanya sebab org kat dia sedekah 3 masjid
Quote AdsMsia 29-10-2013 08:08 AM
ibadah korban kemboja pun orang boleh dok ambik untung......
macam2 cara orang nak buat duit ni..........
haishhhhhhhhhhhhh
Quote haryatie 29-10-2013 08:11 AM
hampeh nyer org..
suka suki dia jerk bermewah mewah utk diri sdiri..
kat dunia ko bersenang senang...
kat akhirat sok menjawab ler..
Quote batmana 29-10-2013 08:14 AM
pusat tahfiz amal punye ustaz ka..
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 08:15 AM
bersenang senang dahulu bersusah susah kemudian hari
Quote kakZue 29-10-2013 08:17 AM
Apabila donio mngaburi mato..gini ler jd nya
Quote xpdckelate 29-10-2013 08:31 AM
dia bina banglo untuk orang menumpang berteduh tu.....bersangka baik
Quote niceghost2005 29-10-2013 08:36 AM
haryatie posted on 29-10-2013 08:11 AM
hampeh nyer org..
suka suki dia jerk bermewah mewah utk diri sdiri..
kat dunia ko bersenang senang ...

Teringat aku selepas 911 kat New York.

Fihak US mula membuat selidik/kajian.
Madrasah2 n mesjid di US................akan dana depa.

Ghoper ghopernya dana depa mai dari Arab Saudi dan negara2 arab yg lain.
DANA itu adalah dari wang ZAKAT negara2 Islam.

Depa pung  ghamai2 nak saman berbillion billion terhadap Arab Saudi dan negara2 Islam yg laen.
Tapi haper Arab Saudi cakap???

"Depa minta bantuan................kami berikan dgn duit zakat. Apa depa buat dgn duit tu...............kami x tanya/x perlu tanyai."

Last last................sonyap jer pasai nak saman berbillion billion tu.

Hangpa nak derma..................derma laaaa
Jangan dok tanya apa depa buat dgn wang tu.
Wang tu dah bukan jadi HAK hangpa.

Cuba cuba laa baca HADIS Nabi saw.


Waallahua'lam
Quote annehuda 29-10-2013 08:36 AM
org malaysia ni masalahnye bile dinasihat jgn menderma kt org tgh pasar tu yg dok tunjuk sijil dr mane ntah, nnt kene marah plak. lantak la duit tu pegi mane pun asalkan dpt pahala kekdahnye. pdhal die tak sedar sbb dok menderma la makin menjadi2 scam pakai derma ni
Quote yayah8989 29-10-2013 08:36 AM
yeke ustaz? ntah2 non muslim
Quote gaara_X 29-10-2013 08:40 AM
Kat dunia ko lepas...kat sana...ko amik bahagian ko.....renungkan......
Quote fire_place 29-10-2013 08:52 AM
Tntg ustaz ni aku xtau lah.
Tp bg aku jumpa tabung derma ke,
Kat mamak sekalipun,org bukan islam derma pusat kebajikan ke..
Aku derma je.
Kalo budak2 mtk derma..sebahagian aku derma
Sebahagian suruh dia wat beli air ke makanan.
Coz konsep aku nak tggu nanti cari yg btol2 sampai sudah kita ni xbsikap pmurah.
Xkan derma akhirnya.
Dia tipu tu antara dia dgn Allah.yg penting niat kita.
Bg aku satu je,kalo hari ni aku nak kuar duit..asik psoal je niat org.
Sampai kesudah xkn beramal.yg cakap cari pusat2 tertentu,cari org yg bwajib..
Tentu2 dlm seminggu ke sebulan ada ke buat.masjid tu xkiralh.
Ni pndgn aku sdiri.tntg knp aku bg
Quote kecimpret 29-10-2013 08:57 AM
tak penah terbukak hati nak derma kat org2 camni...aku kalo nak sedekah kat masjid jer...konfom tak tipu
Quote Simunggu 29-10-2013 09:29 AM
letih lah nak menderma kalau nak selidik kemana wang derma RM2 tu pigi....
Quote ushioz 29-10-2013 09:34 AM
kecimpret posted on 29-10-2013 08:57 AM
tak penah terbukak hati nak derma kat org2 camni...aku kalo nak sedekah kat masjid jer...konfom tak  ...

teringat AJK masjid guna duit masjid beli kacang dan kopi. bila datang bendahari yang strict lansung digulingnya.
Quote KoSe 29-10-2013 09:34 AM
annehuda posted on 29-10-2013 08:36 AM
org malaysia ni masalahnye bile dinasihat jgn menderma kt org tgh pasar tu yg dok tunjuk sijil dr ma ...

setuju.. banyak je cara nak menderma dengan saluran yang betul..
Quote KoSe 29-10-2013 09:36 AM
fire_place posted on 29-10-2013 08:52 AM
Tntg ustaz ni aku xtau lah.
Tp bg aku jumpa tabung derma ke,
Kat mamak sekalipun,org bukan islam d ...

betul jugak konsep nie.. unless la kalau kita ni setiap hari pun pi masjid so, bolehla tiap2 hari pun derma kat masjid.. ni masjid pun tak pergi..pastu bila nak dermanya kan?

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055800 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top