CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidur Atas Siling

1-11-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5817| Komen: 26

Description: Gelang Patah, 1 November : Tiga Wanita Warga Vietnam Sanggup Tidur Di Ruang Kosong Di Atas Siling Rumah Disewa Mereka Sejak Beberapa Bulan Lalu Kerana Bimbang Ditahan Jabatan Imigresen Yang Memperheba ...

Pemeriksaan kemudiannya menemui tiga wanita terbabit sedang menyorok di bawah selimut.

Gelang Patah, 1 November : Tiga wanita warga Vietnam sanggup tidur di ruang kosong di atas siling rumah disewa mereka sejak beberapa bulan lalu kerana bimbang ditahan Jabatan Imigresen yang memperhebatkan usaha menggempur pendatang asing tanpa izin.

Ketiga-tiganya ditahan pada serbuan Jabatan Imigresen Johor di sebuah rumah di Kampung Baru Gelang Patah, di sini, pada jam 1 pagi semalam.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pihaknya mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi mencurigakan dari atas siling rumah berkenaan.

 “Kami bertambah curiga apabila melihat kerusi plastik diletakkan di atas peti sejuk dipercayai digunakan untuk memanjat ke atas siling.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nexusys 1-11-2013 07:13 AM
desperet nyaaaaa....... apa yang syok sangat kat mesia nih?
Quote nuwuwuda 1-11-2013 08:52 AM
ini macam pun boleh.
Quote RosesAre_Red 1-11-2013 09:01 AM
tak panas ke tdo atas siling?
Quote amyainsamad 1-11-2013 09:14 AM
mmg terdesak............
Quote nurfariezza 1-11-2013 09:25 AM
tdo kt siling pn kne tgkap jgak...
psni try tdo kt atas bumbung plak....
Quote mute 1-11-2013 09:25 AM
kurus ramping la duk atas syiling tu....bagus tol dah menyorok tu dudk la diam2, kerusi la siap letak kat peti lagi...masih perlukan idea lagi nak menyorok nie

tahniah imegresen cekap megesan
Quote leylapple 1-11-2013 09:27 AM
bongok betul....

ingat dah cukup pandai nak sembunyi atas siling, tapi kerusi pulak lupa nak simpan....

Quote vv2005 1-11-2013 09:27 AM
sanggup apa saja kan
Quote pumpkingirl 1-11-2013 09:39 AM
Ni baru warga vietnam...pasni tunggu la kemasukan beramai ramai warga kambodia pulak..malaysia truly asia
Quote undark 1-11-2013 10:15 AM
nexusys posted on 1-11-2013 07:13 AM
desperet nyaaaaa....... apa yang syok sangat kat mesia nih?

negara luar susah.. dtg msia ada kerja.. sbb tu sanggup bergolok gadai nak dtg msia.. cuma org msia x rasa tu..

Quote akughi 1-11-2013 10:25 AM
Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen mmg ganas dan bersungguh2.....

sblm ni ramai macai yg pertikaikn tindakan jabatan Imig ni.....ternyata jauh meleset....

ops bersepadu sedang mencapai KPI
Quote nexusys 1-11-2013 10:34 AM
undark posted on 1-11-2013 10:15 AM
negara luar susah.. dtg msia ada kerja.. sbb tu sanggup bergolok gadai nak dtg msia.. cuma org msi ...

kiranya meleisia ni maju la nih....hahahahaha, betul betul... kita meleisien ni tak tgk dari angle lain... kat negara derang hazab
Quote MeeSai 1-11-2013 10:42 AM
indon pulak biasanya menyorok bawah lantai..
cuba selak2 tikar getah..carpet..
Quote ell768 1-11-2013 11:25 AM
situ pun boleh jd port..isk..awat laa x gali kubur jer..lepas tu tido dalam tu..kompem lg selamat..
Quote xpdckelate 1-11-2013 11:27 AM
nak cari makan
Quote asher 1-11-2013 11:27 AM
mesia nie dh mcm tong sampah..mcm2 bangsa ada..
Quote purpledesire 1-11-2013 11:30 AM
kalo camnie la gayanya tdo kat kandang kuda pun dieorg sanggup..

Quote hawaq 1-11-2013 11:33 AM
leylapple posted on 1-11-2013 09:27 AM
bongok betul....

ingat dah cukup pandai nak sembunyi atas siling, tapi kerusi pulak lupa nak simp ...

kalo simpan kerusi depa tak leh nak turun lak
Quote leylapple 1-11-2013 11:37 AM
hawaq posted on 1-11-2013 11:33 AM
kalo simpan kerusi depa tak leh nak turun lak

ha...

mesti tak penah nyorok atas siling nie...

ada caranya...dgn bawak krusi tu naik sekali....

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top