CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awal Bakal Tinggalkan Melodi?

4-11-2013 10:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18100| Komen: 106

Description: Ada Menyampaikan Kepada Kita Yang Rancangan Infotainment Popular Tv3, Melodi Akan Bertukar Pengacara. Terkejut Juga Kita Mendengarnya Kerana Jika Tak Salah, Pengacara Sekarang Iaitu Awal Dan Zizan Bar ...
Bakal tukar pengacara

Ada menyampaikan kepada kita yang rancangan infotainment popular TV3, Melodi akan bertukar pengacara. Terkejut juga kita mendengarnya kerana jika tak salah, pengacara sekarang iaitu Awal dan Zizan baru saja mengendalikan program popular itu.
Apabila ada yang menyampaikan berita ini, anggapan kita Zizan akan meninggalkan Melodi memandangkan kebelakangan ini dia ada banyak komitmen.

Lihat saja kesibukannya, yang harus mengacarakan dua program dalam satu hari iaitu Melodi dan Akademi Fantasia 2013. Selepas ini Zizan dijadualkan bakal sibuk dengan sesi latihan teater muzikal Bahayanya Wanita. Itu belum lagi jadualnya membabitkan kerjaya nyanyian dan juga filem yang menurut sumber, tawarannya sudah beratur dan menunggu pengesahan daripada pengurusan Zizan.


Bagaimanapun, penjelasan diberikan orang yang menyampaikan cerita ini kepada kita sangat mengejutkan kerana yang meminta untuk meninggalkan Melodi bukan Zizan sebaliknya Awal Ashaari.

Tanya kita mengapa, bukankah Awal sudah sinonim dengan Melodi? Jawapan diberikan, Awal ada tanggungjawab lain yang lebih besar. Tambah pula dia kini harus mengendalikan programnya sendiri, Awal Lagi. Kita juga mendapat perkhabaran yang dia juga sudah mengesahkan untuk terbabit dengan beberapa program dirancang Astro. Pengacara serba-boleh itu juga mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan selepas ini.

Begitu ceritanya. Tanya kita, siapa yang bakal menggantikan tempat Awal andai benar cerita yang disampaikan ini? Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta.

Mendengarkan dua nama ini, dalam hati kita berbisik. Cekap sungguh produksi Melodi apabila memilih dua artis ini menggantikan tempat Awal. Kalau dinilai dari sudut kemampuan, memang kedua-duanya ada bakat.

Amyza pernah diberi ruang mengendalikan rancangan infotainment Galaksi TV9 menggantikan Kiah Propa yang waktu itu cuti bersalin. Baru-baru ini apabila mengendalikan Melodi sebagai pengacara jemputan sewaktu Jom Heboh di Sarawak, ramai memuji kemampuannya. Dia juga pernah beberapa kali mengendalikan program gameshow dan terbaru, Woot! Woot! yang disiarkan di TV3.


Sementara Che Ta mula dikenali sebagai pengacara sejak terbabit dalam program Primadona di Astro Prima. Kemampuannya juga dipuji peminat dan dia mempunyai unsur humor selaku pengacara terutama apabila berbicara dalam dialek utara.

Apapun pada kita ini satu perkhabaran yang baik dan tidak sabar mengetahui siapakah yang dipilih produksi Melodi untuk digandingkan dengan Zizan. Tidak kiralah siapa dipilih, sebab pada kita baik Amyza mahupun Che Ta, mereka mampu membuatkan studio Melodi gamat.

Perubahan ini dikatakan bakal berlaku pada Januari tahun depan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurwa 3-11-2013 02:38 PM
jangannnn laa che ta...tak sanggup
Quote anis01 3-11-2013 02:41 PM
che ta?
kat primadona pun ada banyak masa che ta macam blur2 je
Quote noell 3-11-2013 02:42 PM
nurwa posted on 3-11-2013 02:38 PM
jangannnn laa che ta...tak sanggup

@dino sanggup...so ahad adalah hari mengadap tv bagi beliau...tak bleh pi mana
Quote Kassim_Patalon 3-11-2013 02:53 PM
kalau Bukit Che Ta, @AdamBillionaire sanggup
Quote shanshero 3-11-2013 02:57 PM
Tu pun nak kecoh ahhhhhhhhhhh....
Quote debab_78 3-11-2013 02:57 PM
vote for amyza adnan.. mulut kepoh baru best..
Quote mitnick 3-11-2013 03:29 PM
nsb baek xditinggal zizan sorg2 kat melodi tue...
Quote hyie 3-11-2013 04:19 PM
bagusla...dia pun memang x sesuai mengacara Melodi. Zizan bagi clue untuk penonton teka, Awal gigih bagi jawapan terus...hilang elemen seprais. Awal sesuai mengacara rancangan formal. Kebolehan memang dah sedia ada.
Quote mixed 3-11-2013 04:22 PM
Ayooo tlg jgn amik che ta jd host melodi
Ckp pn x betul dlm primadona tergagap

Elok biar amyza aznan mmg fetah kepoh
Bila ganti kiah propa kt galaksi

Begitu ceritanya. Tanya kita, siapa yang bakal menggantikan tempat Awal andai benar cerita yang disampaikan ini? Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta.
Quote setankuning 3-11-2013 04:25 PM
bagus la awal tu berambus. poyo syiok sendiri.
Quote syafiq79 3-11-2013 04:36 PM
Chek ta x maulah...bg je kat amyza tu...jnji melodi ceria..mcm zmn ogy n apek..
Quote ratusolo 3-11-2013 05:55 PM
yes not che ta pls...of all the people ade ke che ta yg kena shortlist...
Quote cikmouse 3-11-2013 05:59 PM
bgs arrr...dh lama x layan melodi sejak 2-2 nieee jdk pengacara...
Quote faiz-za 3-11-2013 06:01 PM
Tolong lah jangan che ta..
Takat cakap loghat kedah sepata dua
Banyak nya diam je nanti
Quote dahliateck 3-11-2013 06:36 PM
tapi cikta asal dia buka mulut je iols gelak, dia lawak kalo dpt ckp

primadona tu org berlumba2 nak ckp so dia suka sengap jer, which is good i think, annoying yg spesis org nak ckp dia pun nak lumba ckp

hak ni nanti diorg gilir2 cakap, iols lg byk ketawa dgr dia ckp dr dgr so-called pelawak2 pompuan ni, dgn terjerit2, over, x lawak gak
Quote dellema 3-11-2013 07:35 PM
satu undi utk amyza
seram dgr che ta gelakk
Quote ratuiphone 3-11-2013 07:51 PM
kalau che ta..dengar gelak dia je la nanti..pastu kuar le dialek dia....letih plak nak dengar nanti..
ambik je si amyza tu..sesuai sgt
Quote lotionmilo 3-11-2013 08:05 PM
amyza ok kot.che ta ada kontroversi. tak sesuai sikit
Quote September14 3-11-2013 10:00 PM
biarlah sapa pun, bukan aku tgk.. tp klu cheta nak gak la tgk 1st episode tu.. nak tgk dia gelak tu..

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064428 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top