CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Betty Rahmat ,Gaduh Dengan Rebecca

12-11-2013 02:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 77088| Komen: 585

Description: Saya Harap Dia Berpijak Di Bumi Yang Nyata. Terimalah Qada Dan Dadar Allah Swt. Itu Adalah Ketentuan Tuhan!,” Tegas Rabecca Nur Al-Islam Ahmad Bagi Mengulas Kenyataan Eirma Fatima Yang Bercadang Memb ...



SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Terimalah qada dan dadar ALLAH SWT. Itu adalah ketentuan Tuhan!,” tegas Rabecca Nur Al-Islam Ahmad bagi mengulas kenyataan Eirma Fatima yang bercadang membawa kes saman itu ke mahkamah tinggi.

Jelas Rabecca, dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan setelah lebih lima bulan turun naik mahkamah.

"Itu hak dia. Sebelum ini pun, mahkamah dah tentukan saya berada di pihak yang benar. Jadi, kita tunggu sajalah,” katanya pada Zass.

Bagaimanapun, Rabecca kesal dengan beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh pemilik  Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu menerusi sebuah akhbar tempatan semalam.


Rabecca berkata, isu kontrak tidak sepatutnya dipersoalkan lagi memandangkan ia sudah ditandatangani atas persetujuan bersama sebelum ini.

“Dalam perjanjian itu, saya dimaklumkan akan berlakon sehingga 28 episod. Tetapi, di saat-saat akhir, saya disingkirkan atas alasan yang tak munasabah.

“Memang itu hak dia untuk singkirkan saya. Tapi sebagai pelakon, hak saya telah diketepikan  kerana tidak dimaklumkan!.

“Lebih teruk lagi, saya pula dituduh tak berdisiplin. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya sebab produksi lain takut nak ambil saya berlakon,” katanya.


Rabecca berkata, meskipun dia berlakon untuk 19 episod namun, ia cuma menerima bayaran sehingga 17 episod sahaja. Malah, tuntutan baki bayaran untuk 11 episod yang selebihnya dilakukan demi memenuhi haknya ke atas kontrak asal.

“Saya terkilan kerana dia (Eirma) menuduh saya tidak membawa berbincang perkara ini terlebih dahulu.

“Sedangkan, sebelum saya mengeluarkan surat saman, saya berkali-kali menghubunginya sama ada melalui panggilan, SMS atau BBM. Tapi, dia langsung tidak melayaninya,” katanya.


Dalam pada itu, Rabecca memberitahu dia akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Rabecca memenangi kes saman ke atas penerbit itu kerana gagal melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya untuk drama berjudul Dejavu di Kinabalu yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, tahun lalu.

Dia memfailkan saman itu di mahkamah majistret sivil dua tahun lalu, di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nhao 11-11-2013 11:02 PM
ni aku on the pone x leh nak upload pic yg aku snap... sapa2 blh tlg kalo x esok aku upload
Quote nak_tau 11-11-2013 11:02 PM
Hah, bgusla gaduh... bercmpur aduk da..
yg si adik menyibuk apasal nak jd gengster ke ape..
Quote nhao 11-11-2013 11:03 PM
over la p serang kat insta yg public tu sume org baca... aku pon kepochi la jugak
Quote nak_tau 11-11-2013 11:03 PM
Cer tepek nak baca gak.. biarla si erma ngn becca je.  Yg die nk menyibuk watpe. Karang di saman oleh laki becca trus rata gigi
Quote MelahJanda 11-11-2013 11:03 PM
rebecca, lana nordin
dua ekor yg kalau kerja kerani sekolah memandu tadak sapa heran (sebab hodoh)
selalu masuk paper je yg terkenal sangat ni
berlakon pun tak tau drama apa
Quote abbey 11-11-2013 11:05 PM
Ce tepek skit apa yg trjadi....
Quote nak_tau 11-11-2013 11:07 PM
MelahJanda posted on 11-11-2013 11:03 PM
rebecca, lana nordin
dua ekor yg kalau kerja kerani sekolah memandu tadak sapa heran (sebab hodoh)
...

Kihkihkih.... iollss pun x kenal.. kenal pun sebab nama islamic gtu..
yg lg sorang kononnya mcm pelakon ollywood..sape tu iolls x ingat da.
Quote nhao 11-11-2013 11:10 PM
nak_tau posted on 11-11-2013 11:03 PM
Cer tepek nak baca gak.. biarla si erma ngn becca je.  Yg die nk menyibuk watpe. Karang di saman ole ...

aku nk tepek jap aku try lg ye
Quote nak_tau 11-11-2013 11:11 PM
nhao posted on 11-11-2013 11:10 PM
aku nk tepek jap aku try lg ye

I'm waiting... chayox2x...
Quote aQuA_dIaMoNd 11-11-2013 11:11 PM
norsham mmg kaki hasut kaki sentap perasan cun puii
Quote nhao 11-11-2013 11:11 PM
MelahJanda posted on 11-11-2013 11:03 PM
rebecca, lana nordin
dua ekor yg kalau kerja kerani sekolah memandu tadak sapa heran (sebab hodoh)
...

betty tu pon sama... bolela 3 org ni
Quote nhao 11-11-2013 11:13 PM
caner nak upload puc dr tepon ni x leh ponnnn ((
Quote melinda_kerr 11-11-2013 11:15 PM
Serious aku akan lebih respek Erma klau jd professional dan tak menyindir si brlah tu.. Dah jd sama2 bodoh dah.. Ermm
Quote sok_suci 11-11-2013 11:17 PM
Yeahhhs seronok gak ni bcakaran ni..becca retis ambulans nenonenoneo haha.
Quote AprilNing 11-11-2013 11:22 PM
Rebekah ni bukan baru beranak ke
sempat pulak nak becakaran bagai..
pegi susu kan anak lagi faedah dari bergaduh dgn mak beruk..
Quote adi143 11-11-2013 11:23 PM
sangat kanak-kanak perangai mereka ni dengan berbalas sindiran di media sosial
Quote iena_jr 11-11-2013 11:25 PM
tengah gigih nak upload. internet slow pulak
Quote Suchi 11-11-2013 11:26 PM
tepeklah wei sblm depa delete. nk gaduh mnde lg gok.. mende dh lepas pun..
usah nk sindir2 n bls membalas.. buang karen jer lebih.
Quote nak_tau 11-11-2013 11:28 PM
Please sape yg ada tepek k..like childish kan..si erma ni leh tahan gak kan dngn adiknya tu...

Teringt plak cter erma masa ngn ogy dulu..terjerit2x mengaum2x..
hehehehe

Lihat semua komen(585)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.212158 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top