CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Noh Teruja Penghijrahan Mizz Nina

14-11-2013 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3956| Komen: 3

Description: Penghijrahan Mizz Nina Atau Nama Sebenarnya Shazrina Azman Sekembalinya Dari Menunaikan Haji Baru-Baru Ini Mengejutkan Ramai Peminatnya.


PENGHIJRAHAN Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sekembalinya dari menunaikan haji baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya.

Ternyata penampilannya yang 'urban' sebelum ini tidak menjadi penghalang untuknya berhijrah ke arah lebih baik.

Suaminya, Noh atau nama sebenarnya Mohd Noh Salleh, mengakui dialah orang pertama yang teruja dan gembira dengan perubahan isterinya itu.

“Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa.

“Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu,” katanya yang turut berkongsi gambar Mizz Nina yang sudah bertudung di laman Twitternya.

Menurut vokalis Hujan ini,  isterinya itu kini turut menghadiri kelas mengaji untuk menambah ilmu agama. Malah sebagai suami, dia sedaya upaya memberikan sokongan dan dorongan.

Ditanya apakah selepas ini, mereka akan memilih muzik ketuhanan dalam lagu-lagu mereka, Noh berkata, itulah yang paling tepat dan sesuai dengan imej isterinya itu.  

“Insya-ALLAH sebenarnya kami memang dah perlahan-lahan ke arah itu (muzik ketuhanan). Mungkin ada yang terlepas pandang kerana sudah biasa dengan genre muzik urban yang kami bawakan sebelum ini. Apa pun, kami mengharapkan peminat akan terus sentiasa menyokong ” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Noh memberitahu, selain sibuk menguruskan studio baru miliknya, dia sedang menyiapkan ‘band project’ terbaru Da Vagabonds bersama Herri Hamid (gitaris bittersweet), Irfan Iskandar(drummer ACAB) dan Alea(bekas ahli kumpulan Velvet).

“Bagi sesiapa yang berminat, boleh mengunjungi www.reverbnation.com/davagabonds untuk mengetahui perkembangan terbaru bagi EP ini.

“Pada 16 November ini adalah pelancaran EP Da Vagabonds yang pertama di AltHQ Bukit Bintang,” katanya dalam rangka menyiapkan EP tersebut.

Dalam pada itu, Noh berkata, kumpulannya, Hujan, bakal mengadakan konsert orkestra di Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Disember ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alepmama 11-11-2013 03:22 PM
semoga istiqomah
Quote AisyDani13 18-11-2013 09:53 AM
Wwaaahhh..
alhamdulillah
Quote kambinggila 20-11-2013 09:32 PM
alhamdulillah harap harap ikhlas

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.045838 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top