CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Marsha Belum Bercinta, Beri Komitmen Pada Karier

18-11-2013 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14083| Komen: 26

Description: Diburu Kisah Cinta Terbaru Bersama Seorang Hartawan, Ada Pula Khabar Yang Mengatakan Dia Bakal Memeluk Islam Sekaligus Menguatkan Lagi Gosip Yang Menimpa Dirinya Itu. Marsha Yang Ditemui Di Parti Eh! ...



KUALA LUMPUR, 14 NOV 2013: Sering dilihat ceria dengan hilai tawa dalam rancangan Propaganza saban minggu, pengacara popular Marsha Milan kekal professional dan lebih serius dalam menjawab persoalan yang menjurus kepada kisah peribadinya.

Mengakui belajar daripada pengalaman silamnya itu, Marsha lebih berhati-hati kala berbicara hal mengenai peribadi malah dia kini meletakkan karier sebagai keutamaan dek rezeki murah yang diterimanya.

Diburu kisah cinta terbaru bersama seorang hartawan, ada pula khabar yang mengatakan dia bakal memeluk Islam sekaligus menguatkan lagi gosip yang menimpa dirinya itu.
Marsha yang ditemui di parti EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi semalam menjelaskan status sebenarnya.


“Cerita pasal saya akan memeluk agama Islam dalam masa terdekat itu tidak benar. Saya tidak mahu terburu-buru kerana saya telah belajar begitu banyak daripada pengalaman saya. Kalau boleh hal-hal peribadi ini saya tidak mahu terlalu saya kongsikan kerana takut tersalah kata nanti lain pula tafsiran orang.

“Mengenai cinta biarlah saya katakan saya belum secara rasminya bercinta. Tipu kalau saya tiada mengenali sesiapa sekarang tetapi gelaran hartawan seperti yang dikatakan itu terlalu besar pengertiannya.

“Saya dan dia merupakan teman dan kami kenal pun sudah lama. Bahkan saya juga pernah berjumpa dengan keluarganya sebelum ini. Cuma kini lebih rapat tetapi masih dalam proses mengenali antara satu sama lain, itu sahaja,” jelas Marsha dalam tutur yang penuh berhati-hati ketika menjawab persoalan gosip ini.

Dalam pada dia diburu kisah peribadi yang seringkali panas itu, Marsha kini sibuk dengan projek di bidang seni suara serta dunia lakonan. Graduan AF3 itu kini dalam proses menyiapkan sebuah klip video untuk filem animasi Frozen terbitan Disney yang memilihnya untuk menyanyikan OST animasi itu dalam bahasa Melayu.

“Pada mulanya saya dipilih untuk alih bahasa filem animasi Frozen itu dalam bahasa Melayu bersama beberapa pelakon tempatan lain. Selepas itu saya diberikan kepercayaan untuk menyanyikan semula lagu OST filem animasi itu yang merupakan lagu asal nyanyian Demi Lovato yang berjudul Let It Go.

“Seorang pengarah daripada India akan mengarahkan video klip ini dan ia merupakan peluang serta pengalaman yang mengujakan. Selain daripada itu saya akan tampil dengan filem Laga bersama Wan Hanafi Su.

“Dengan kesibukan karier ini saya memang meletakkan peribadi selepasnya. Ketika peluang dan rezeki datang ini lebih baik saya tumpukan pada karier saya dahulu,” ucapnya ketika menceritakan perkembangan kariernya yang semakin positif dan komitmen penuh Marsha terhadap kariernya itu.
15

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leader79 16-11-2013 11:53 AM
minah nie kerap putus cinta...
adalah yg x kena tue.. haha
Quote mitnick 16-11-2013 01:17 PM
nak focus pd karier, focus laa dlu pon xpe
Quote jargon 16-11-2013 03:00 PM
Rasanye dia ni xleh idop tanpa cinta...sbb setiap kali clash dia akn ckp nk fokus karier tapi pada masa yg sama dpt pengganti n bg hrpan tggi kt bf tu...bile clash mule la telan pil byk2...cume x dinafikn dia ni setia orgnye...slh sorg ex marsha dlu kazen aku...
Quote leader79 16-11-2013 03:18 PM
jargon posted on 16-11-2013 07:00 AM
Rasanye dia ni xleh idop tanpa cinta...sbb setiap kali clash dia akn ckp nk fokus karier tapi pada m ...

dia pun lawa la jugak, tapi nasib jer x baik dlm bercinta...
Quote tomet05 17-11-2013 02:53 PM
ok lah tuh .. fokus pada kerjaya
Quote leader79 17-11-2013 06:00 PM
marsha nie kalau buat jadi awek mmg best, gedik lebih nie..
Quote chazey 18-11-2013 01:00 AM
jargon posted on 16-11-2013 03:00 PM
Rasanye dia ni xleh idop tanpa cinta...sbb setiap kali clash dia akn ckp nk fokus karier tapi pada m ...


Kazen ko ka mamat oil n gas yang buang sheol lepas habis manis pehtu selamba kawin awek lain sampai sheol kecewa telan pil masuk sepital tu?
Quote blewnatural 18-11-2013 01:02 AM
muka dah tantek
tp selalu putus cinta
try mandi munge la nty ..
Quote prettymanja 18-11-2013 02:45 AM
Marsha nie eventho gediks tp iols suke dia tau. Tp cian dia slalu je keciwa dlm Cinta. Jd mangsa Jantan2x Keparat yg amik kesempatan..
ingt lg time2  Tsumawi dulu, hampir2 Mawi tergoda dgn kemanjaan dia tetiba dicantas oleh Si Kikin Tepung Gomak tu..
Quote jargon 18-11-2013 09:03 AM
chazey posted on 18-11-2013 01:00 AM
Kazen ko ka mamat oil n gas yang buang sheol lepas habis manis pehtu selamba kawin awek lain sam ...

Bukanlah..kazen aku lom kwen lg...kwn pon kjap je dlm bbrape bln je..erm maklang gn paklang x bape suka calon kazen aku...kazen aku skrg ni dah ade awek retis senduu gak aku lupe nme...kazen aku mmg trberangankn retisss nk jdkn wife ..erm btw marsha wlpun setia kt duit kazen aku makin brtambah2 setia jgk..hehe..maklang pon x brkenan jgk awek kazen aku skrg...sexy...sama cm marsha gedikss...
Quote chazey 18-11-2013 11:17 AM
jargon posted on 18-11-2013 09:03 AM
Bukanlah..kazen aku lom kwen lg...kwn pon kjap je dlm bbrape bln je..erm maklang gn paklang x bape ...

Kazen ko bajet hot sangat tau.

Kirim salam. Musti ensem.
Quote jargon 18-11-2013 02:08 PM
chazey posted on 18-11-2013 11:17 AM
Kazen ko bajet hot sangat tau.

Kirim salam. Musti ensem.

hensem?bolehlah...

Quote BellExOra 18-11-2013 05:38 PM
hurm smpi seru nt kwen la ko kn
Quote rosasa 18-11-2013 09:45 PM
Takut kongsi ‘S’
SUMBER
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang kini intim dengan usahawan dikenali sebagai ‘S’ sejak empat bulan lalu enggan bersikap terbuka mendedahkan hubungan itu kepada khalayak.

Marsha, 28, berkata, kesilapan yang dilakukan sebelum ini dengan berkongsi banyak perkara mengenai hubungan lalu hanya memakan diri apabila ia tidak menjadi dan berakhir dengan perpisahan.




“Untuk hubungan kali ini, saya tak nak fikir sangat. Biar ia berlangsung secara semula jadi dan spontan.

“Saya sudah banyak belajar daripada kesilapan sebelum ini. Kali ini, saya lebih berhati-hati dan takut kalau nak berkongsi status hubungan,” katanya.

Desas-desus mengenai hubungan terbaru penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga ini mula diperkatakan beberapa bulan lalu apabila Marsha sering berulang-alik ke Pulau Pinang untuk berjumpa kekasihnya.


Marsha berkata, pintu hatinya terbuka menerima lelaki itu empat bulan lalu walaupun mereka sudah saling mengenali kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu.

“Dia seorang lelaki matang, pendengar dan penasihat yang baik. Saya selesa dengannya walaupun dia muda tiga tahun daripada saya.

“Saya berani katakan kehidupan saya sekarang lebih gembira dan bahagia sejak berkawan dengan dia.

“Tapi jangan tanya soal kahwin sebab kami baru saja berkawan. Biarlah kami kenal lebih dekat dan kita lihat nanti pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya perkembangan kerjaya, Marsha berkata, dia baru saja terbabit dalam proses alih suara untuk filem Disney berjudul Frozen yang bakal ditayangkan di pawagam 28 November ini.

“Dalam filem alih suara Bahasa Malaysia ini, saya memegang watak Puteri Elsa. Selain saya, Liyana Jasmay juga terbabit.

“Terkejut juga bila dapat tawaran ini sebab itu syarikat dan filem antarabangsa tapi saya cuba penuhi sebaik mungkin,” katanya yang turut menyanyikan lagu tema berjudul Bebaskan untuk filem berkenaan.

Selain Frozen, jadual seninya terisi dengan rangka promosi filem terbaru Laga yang akan ditayangkan pada 23 Januari depan dan rakaman episod mingguan program Propaganza.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/12


tt @leader79 mohon edit/update tajuk... marsha tidak intim dengan wan hanafi su tetapi dengan S.. atau marsha intim dengan s ...bf muda marsha S ..suka hati tt la..ai bg idea..nak buat thread berlambak sgt nama marsha..
Quote rosasa 18-11-2013 10:14 PM
http://instagram.com/p/goB6G1Gpa8/
Quote rosasa 19-11-2013 07:52 AM
abam @teky mohon edit tajuk .. tt belum respon marsha ada bf  
Quote annehuda 19-11-2013 08:30 AM
S = syok sendiri?
Quote sayangkid 19-11-2013 08:47 AM
Xtau dkt mate aku marsha ni tk cantik..mcm muke typical flifina karat adela...
Quote yayah8989 19-11-2013 12:42 PM
ok selamat la mashaaa

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060098 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top